omniture

Temenos akan Mempercepat Pemodenan Platform Perbankan Transaksi Societe Generale, Bank Global Terkemuka di Eropah dan Asia

Temenos
2021-06-16 20:56 1293
  • Temenos akan menyediakan aktiviti pengurusan Pembayaran dan Tunai kepada Societe Generale menggunakan platform bersepadu dan natif awan untuk mengurus akaun di Eropah dan Asia serta perkhidmatan pembayaran untuk pelanggan institusi kewangan dan korporat di Asia
  • Platform generasi seterusnya ini membolehkan Societe Generale berinovasi dengan pantas dan menyampaikan perkhidmatan yang unik untuk memenuhi keperluan pelanggan korporatnya yang semakin meningkat di seluruh dunia
  • Dengan Temenos, Societe Generale akan menerima pakai ISO 20022 untuk pemesejan pembayaran dan mematuhi skim pembayaran antarabangsa meliputi pelbagai bidang kuasa

GENEVA, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Temenos (SIX: TEMN), sebuah syarikat perisian perbankan, hari ini mengumumkan bahawa Societe Generale, salah sebuah bank terbesar di Eropah dari segi jumlah aset, telah memilih Temenos untuk memodenkan pengurusan akaun dan sistem pembayaran bagi aktiviti Perbankan Transaksi Global mereka di Eropah dan Asia.

Perbankan Transaksi Global merupakan sebuah perniagaan yang besar. Menurut McKinsey, sektor ini menjana pendapatan berjumlah $1 trilion setiap tahun dan mencakupi 40% daripada keseluruhan pendapatan perbankan global.

Societe Generale merupakan peneraju global dalam sektor ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan secara komprehensif dan bersepadu dengan mengendalikan keperluan transaksi harian dan operasi pelanggan korporat dan institusi.

Dalam menghadapi revolusi teknologi yang mencorakkan semula kehendak pelanggan dan landskap yang kompetitif, platform teknologi Temenos yang tangkas akan membolehkan Societe Generale menyampaikan produk dan perkhidmatan perbankan korporat yang canggih dengan keutamaan pengalaman digital untuk terus maju ke hadapan.

Societe Generale akan menggantikan sistem lama yang sedia ada dengan platform perbankan natif awan Temenos di 13 buah negara di seluruh Eropah dan Asia sebagai sebahagian daripada pelan transformasi strategik untuk menawarkan perkhidmatan perbankan transaksi global baharu dan unik serta memacu pertumbuhan.

Dengan memanfaatkan fungsi perbankan korporat Transact Temenos yang pelbagai, Societe Generale menetapkan matlamat untuk meningkatkan tawaran produk dan perkhidmatannya dengan beberapa penambahan yang diharapkan dapat memenuhi keperluan pelanggan serta menyokong segmen yang dikenal pasti sebagai kelompok pertumbuhan utama masa hadapan, dengan lebih baik.

Pembayaran Temenos akan menyediakan jentera pembayaran bagi transaksi kewangan di semua negara di Asia. Dengan platform generasi seterusnya ini, entiti-entiti antarabangsa bank tersebut akan dilengkapi ISO20022 di peringkat domestik dan antarabangsa. Bank akan turut mendapat manfaat daripada ketangkasan dan fleksibiliti untuk memproses pembayaran daripada mana-mana saluran, sama ada luaran atau dalaman dengan mesej atau format fail yang berbeza, semuanya dalam masa nyata.

Teknologi natif awan Temenos akan membolehkan Societe Generale mengguna pakai pelaksanaan hibrid dengan perisian Temenos di pusat datanya atau dalam awan - semuanya dijalankan daripada kod sumber yang sama. Dengan beroperasi pada platform bersepadu untuk pengurusan akaun dan pembayaran di seluruh lokasi geografi, hal ini dijangka akan meningkatkan kecekapan operasi dan ketangkasan secara ketara sambil mengurangkan kos dan risiko.

Philippe Morère, CIO Global dan Timbalan COO, Perniagaan Global & Penyelesaian Pelabur Societe Generale berkata: "Temenos merupakan suatu penyelesaian yang telah terbukti yang menawarkan kefungsian dan ketangkasan untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik kepada pelanggan kami dengan kebolehskalaan dan prestasi bagi menyokong pertumbuhan masa hadapan.

"Manfaat terbesar Temenos adalah keupayaannya untuk mengendalikan platform bersepadu di premis atau pada awan sekali gus menyediakan perkhidmatan yang boleh disepadukan dengan mudah dengan Pasaran SG Platform B2B digital kami. Manakala bagi Asia pula, platform bersepadu Temenos bagi pembayaran dan perbankan teras di seluruh lokasi geografi akan membantu kami mengoptimumkan kecekapan pemprosesan dan meningkatkan inovasi perkhidmatan bagi pelanggan perbankan transaksi kami."

Max Chuard, Ketua Pegawai Eksekutif Temenos menambah: "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan bank berprestij Tier 1 untuk mempercepat transformasi digital mereka.  Dengan teknologi natif awan dan API pertama Temenos, entiti perbankan boleh berinovasi dengan pantas, mudah dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan perbankan transaksi global mereka yang semakin meningkat. Pemodenan strategik ini akan memberikan ketahanan masa depan kepada infrastruktur teknologi bank tersebut yang membolehkan ia beralih kepada awan mengikut kadar masa yang ditetapkan sendiri. Menjadi pilihan Societe Generale bagi menjayakan projek yang penting ini menunjukkan kemajuan teknologi dan visi kami yang sama untuk menambah baik sistem perbankan."

Seni bina Temenos adalah berasaskan API terbuka. Seni bina ini membolehkan data mengalir merentasi seluruh barisan perniagaan bank korporat yang berfungsi daripada pembayaran hinggalah kepada pengurusan tunai, mendayakan kecekapan dan mengurangkan jumlah kos pemilikan melalui penggabungan sistem dan model perniagaan baharu. Forrester telah mengiktiraf pelaburan dan inovasi Temenos dan platform tersebut telah dinobatkan sebagai peneraju dalam The Forrester Wave™: Platform Pemprosesan Perbankan Digital (Perbankan Korporat), S3 2020. Pembayaran Temenos juga diiktiraf sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape bagi Platform Pembayaran Bersepadu Sedunia dan menduduki tempat Pertama dalam IBS Intelligent Sales League Table (Jadual Liga Jualan Pintar IBS) selama tiga tahun yang lalu.

Tentang Temenos

Temenos AG (SIX: TEMN) ialah peneraju dunia dalam perisian perbankan. Lebih 3,000 buah bank di seluruh dunia termasuk 41 daripada 50 buah bank terkemuka, bergantung kepada Temenos untuk memproses transaksi harian dan juga interaksi pelanggan dengan lebih 1.2 bilion pelanggan perbankan. Temenos menawarkan perisian natif awan, agnostik awan dan pentadbiran dipacu AI, perbankan teras, pentadbiran pembayaran dan perkhidmatan yang membolehkan bank menyampaikan pengalaman pelanggan saluran omni dengan lancar serta memperoleh kecemerlangan operasi.

Perisian Temenos telah terbukti membolehkan pelanggan berprestasi tingginya mencapai nisbah pendapatan-kos 26.8%, iaitu separuh daripada purata industri dan pulangan ekuiti sebanyak 29%, tiga kali ganda purata industri. Pelanggan-pelanggan ini juga melaburkan 51% daripada belanjawan IT mereka untuk pertumbuhan dan inovasi berbanding penyelenggaraan, iaitu dua kali ganda purata industri sekali gus membuktikan bahawa pelaburan IT bank menambahkan nilai yang besar kepada perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.temenos.com.

 

 

Source: Temenos
Related Stocks:
OTC:TMSNY Swiss:TEMN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology