omniture

Pratonton Lelong JAY CHOU X SOTHEBY'S dengan Kerjasama K11

Meningkatkan Daya Tarik terhadap Seni dalam kalangan Generasi Muda
K11
2021-06-17 07:51 258

HONG KONG, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Adrian Cheng, Pengasas K11 dan ikon muzik Jay Chou menganjurkan bersama-sama pratonton persendirian Sotheby's dan perbincangan panel dalam talian di K11 ATELIER Victoria Dockside pada hujung minggu, untuk memulakan pratonton lelongan kolaborasi yang pertama seumpamanya JAY CHOU X SOTHEBY'S. Ini menandakan kolaborasi kedua antara K11 dan Sotheby's, dua perintis budaya terkemuka yang berkongsi visi yang sama untuk mempromosikan seni dan budaya serta akan meneruskan perkongsian yang membuahkan hasil antara kedua-dua jenama tersebut. Adrian Cheng berasa sangat gembira untuk mempersembahkan pratonton lelongan yang dikuratorkan oleh rakan beliau Jay Chou dan Sotheby's di Victoria Dockside yang ikonik bagi melambangkan edisi sulung siri lelongan Kontemporari Dikuratorkan terkenal Sotheby's di Asia.

Adrian Cheng (kiri) dan Jay Chou (kanan) bersama-sama menganjurkan pratonton lelongan dengan Sotheby’s
Adrian Cheng (kiri) dan Jay Chou (kanan) bersama-sama menganjurkan pratonton lelongan dengan Sotheby’s

Adrian Cheng, Pengasas K11, berkata di upacara perasmian pratonton persendirian pada 11 Jun, "Kolaborasi dengan Jay dan Sotheby's mengulangi apa yang saya percaya dan apa yang dirangkumkan oleh K11. Ia merupakan satu perjalanan unik yang menyatukan antara hiburan dan seni halus, dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin budaya daripada bidang-bidang yang berbeza. Ia semestinya mencetuskan inspirasi serta daya kreativiti dan kami berharap dapat membina kolaborasi yang lebih kreatif bersama-sama pada masa depan."

Jay Chou berkata, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sotheby's atas peluang ini untuk mengkuratorkan pameran ini. Dengan kesedaran saya sebagai seorang pemuzik, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada K11 untuk tempat begitu luar biasa yang menjadikan banyak idea reka bentuk set saya yang imaginatif dan kreatif suatu kenyataan. Ucapan terima kasih yang istimewa juga buat rakan kongsi saya, Adrian kerana mempersembahkan pameran ini bersama-sama."

Adrian Cheng, Jay Chou, Nathan Drahi dan Jazz Li (dari kanan ke kiri) menghadiri pratonton persendirian di K11 ATELIER Victoria Dockside untuk memulakan pratonton lelongan JAY CHOU X SOTHEBY’S
Adrian Cheng, Jay Chou, Nathan Drahi dan Jazz Li (dari kanan ke kiri) menghadiri pratonton persendirian di K11 ATELIER Victoria Dockside untuk memulakan pratonton lelongan JAY CHOU X SOTHEBY’S

 

Adrian Cheng (kanan) dan Jay Chou (kiri) bertukar-tukar pandangan tentang seni kontemporari di pratonton persendirian (PRNewsfoto/)
Adrian Cheng (kanan) dan Jay Chou (kiri) bertukar-tukar pandangan tentang seni kontemporari di pratonton persendirian (PRNewsfoto/)

Pengumpul karya seni, peminat muzik dan budaya, selebriti dan rakan media menghadiri acara pratonton persendirian pada 11 Jun. Penampilan pertama koleksi JAY CHOU X SOTHEBY'S ini menampilkan majlis koktel, persembahan muzik istimewa dan peluang unik untuk menghargai karya seni yang luar biasa. Pada 12 Jun, K11 Konversation, podcast yang mana penceramah membincangkan mengenai persimpangan antara kreativiti, budaya dan inovasi, menjemput Vivienne Chow, penulis seni yang memenangi anugerah, sebagai moderator untuk berbincang bersama Yuki Terase, Pengarah Kanan, Ketua Seni Kontemporari di Sotheby's Asia, Jazz Li, Pengasas Enviseam dan SK Lam, Pengarah Kreatif dan Kurator AllRightsReserved, mengenai topik Seniman sebagai Selebriti dalam Budaya Popular. K11 Konversation dibuka kepada khalayak awam dengan tujuan untuk menyebarkan budaya dalam kalangan orang ramai dan membawa seni ke dalam kehidupan harian.

Nathan Drahi, Pengarah Urusan, Sotheby's Asia, berkata, "Kami teruja untuk meneruskan kolaborasi kami dengan K11 dan memulakan satu lagi perjalanan yang menarik untuk mempromosikan seni kontemporari serta barang koleksi mewah. K11 dan Sotheby's berkongsi visi yang sama untuk membawa seni kepada khalayak yang lebih luas dan kami bersama-sama berharap dapat menarik khalayak dalam seluruh komuniti dan mempamerkan apa yang dapat ditawarkan oleh budaya dan seni bersama-sama."

Adrian Cheng, Pengasas K11, berkata "Dengan seni sudah semakin mudah diakses, orang ramai mula membina modal pengetahuan mereka daripada pengalaman imersif dalam ruang terbuka dan muzium seperti K11 dan lantaran minat terhadap seni yang semakin meningkat daripada Golongan Milenia dan Generasi Z, yang kebanyakannya berminat dengan koleksi seni, K11 berusaha untuk memupuk kumpulan pakar seni penuh perasaan generasi seterusnya yang menyumbang kepada dialog berkisarkan seni dan budaya melalui kolaborasi dengan Sotheby's."

Pratonton lelongan Sotheby's akan dipersembahkan di K11 MUSEA dan K11 ATELIER hingga 18 Jun yang mana peminat seni boleh melihat piano antik dipenuhi hiasan yang dipaparkan dalam filem "Secret" (2007) dibintangi oleh Jay Chou dan tiga set pakaian konsert ditempah khas yang dipakai oleh Jay semasa jelajah dunia "The Invincible" ketujuh beliau, berserta lebih daripada 50 karya seni daripada Jualan Malam dan Jualan Hari Dalam Talian Sotheby's. Sorotan utama yang penting termasuk Untitled Jean-Michel Basquiat dari tahun 1985, karya ikonik yang ditampilkan di muka depan The New York Times Magazine, serta Buste d'Homme Pablo Picasso, potret hebat yang merangkumkan tema-tema utama daripada karya seniman tersebut yang selanjutnya.

Siri perbincangan panel dan acara yang dibawakan bersama-sama oleh K11 dan Sotheby's yang meneroka persimpangan antara seni kontemporari dan budaya pop serta menggalakkan dialog mengenai perhargaan terhadap seni juga akan diadakan. Untuk melihat program terkini, sila kunjungi www.sothebys.com/jaychou. Pameran pratonton akan berakhir dengan Jualan Malam yang amat dinanti-nantikan pada 18 Jun di Sotheby's Hong Kong Gallery yang akan disiarkan secara langsung di laman sesawang Sotheby's dan seluruh platform media sosialnya. Terdapat juga Jualan Hari dalam talian bermula dari 10 hingga 22 Jun di www.sothebys.com/jaychou.

Latar Belakang K11 Group 

K11 Group ditubuhkan pada tahun 2008 oleh usahawan ternama Adrian Cheng. Jenama konsep yang unik menggabungkan seni dan perdagangan dalam hartanah komersial serta kediaman dan portfolio jenama-jenama yang semakin berkembang merangkumi sektor-sektor yang berbeza di Rantau Besar China dan seluruh dunia.

Destinasi yang diusahakan selama 10 tahun, K11 MUSEA, projek pembangunan Budaya-Runcit K11 Group yang paling bercita-cita tinggi membuka pintunya pada Ogos 2019. Merancakkan semula kawasan dermaga Hong Kong, visi Cheng adalah untuk menjadikan K11 MUSEA sebagai Lembah Silikon Budaya (Silicon Valley of Culture) yang akan melancarkan perbincangan yang lebih luas mengenai saling kaitan antara kreativiti, budaya dan inovasi.

Selain daripada K11 Art Malls utamanya, K11 Group turut mengendalikan K11 ATELIER, rangkaian bangunan pejabat untuk tenaga kerja generasi seterusnya; kediaman mewah untuk pengembara dunia K11 ARTUS; platform pendidikan terbuka K11 KULTURE ACADEMY; institusi perundingan dan penyelidikan pasaran K11 Future Taskforce; K11 Art Foundation, organisasi bukan untung Hong Kong untuk menginkubasikan seniman dan kurator Cina; K11 Craft & Guild Foundation, yayasan yang mengkhusus untuk memelihara kraf tradisional Cina dan membawanya ke masa depan.

K11 Group berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai operasi di Rantau Besar China serta pelaburan di Eropah dan AS.

Melalui K11 Group, sasaran yang dinyatakan oleh Cheng adalah untuk memperkaya kehidupan harian pengguna baharu melalui kuasa kreativiti, budaya dan inovasi. Usaha ini akan mencipta identiti global yang baharu untuk golongan milenia Cina serta memupuk peluang untuk komuniti berkembang maju, berhubung, bekerja dan membeli belah. Dalam tempoh lima tahun, K11 Group akan memperoleh jejak 40 projek (GFA 2.8 juta meter persegi) di 10 buah bandar di seluruh Rantau Besar China. K11 diberi penghormatan oleh Fast Company sebagai salah sebuah syarikat yang paling inovatif pada tahun 2019 atas model runcit disruptifnya.

Latar Belakang Sotheby's

Ditubuhkan pada tahun 1744, Sotheby's ialah destinasi ulung di dunia bagi seni dan kemewahan. Sotheby's menggalakkan akses, kepakaran dan pemeliharaan seni halus dan objek yang jarang ditemui melalui lelongan dan saluran beli-sekarang termasuk jualan persendirian, e-dagang dan runcit. Pasaran global kami yang dipercayai disokong oleh platform teknologi yang utama dalam industri dan jaringan pakar yang mencakupi 40 negara dan 50 kategori termasuk Seni Kontemporari, Seni Moden dan Impresionis, Pelukis Agung, Karya Seni Cina, Barang Kemas, Jam Tangan, Wain dan Minuman Beralkohol serta Hiasan Dalaman, antara banyak yang lain.

Latar Belakang Enviseam

Visi Enviseam adalah untuk mengubah sektor seni halus, menggunakan hiburan untuk menjadikan seni boleh dicapai oleh khalayak baharu dengan cara yang unik. Enviseam berusaha untuk menjalin kerjasama dengan syarikat lelong dan seniman untuk mencabar cara seni dan lelongan difahami, dilihat dan disampaikan ketika ini. Melalui pembangunan konsep yang tersendiri, Enviseam berusaha untuk menggabungkan seni dengan bakat global yang membezakan seniman, galeri, muzium dan syarikat lelong, baik menerusi audiens sedia ada mereka mahupun dengan memperluas jangkauan dan kesedaran bagi memperkenalkan seni kepada pengguna budaya baharu dengan cara yang unik. Gabungan antara pemimpin pendapat utama, penghibur dan seniman yang berkaitan budaya oleh Enviseam mewujudkan bidang baharu yang melangkaui sempadan seni halus dan hiburan. Integrasi yang berkemahiran dan harmoni antara kuasa ikon budaya yang popular dan media baharu merangsang pengumpul yang sofistikated dan membuka menara gading seni untuk arus perdana. Dunia seni menjadi destinasi hiburan yang mencapai hasil komersial yang luar biasa dan kesan budaya yang mendalam. Enviseam - merentas sempadan seni halus dan hiburan.

Source: K11
Keywords: Art Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Music Trade show news