omniture

Usahawan Bersiri Ashih J. Thakkar Memperkenal Mara Online -- Sekumpulan Portal Sosial Unik Menghubungkan Afrika Ke Seluruh Dunia

Mara Group
2013-05-20 21:35 151

Mara online menyediakan alat profesional, peribadi dan sosial untuk berkomunikasi, berangkaian, berinovasi dan berkolaborasi merentasi sempadan

SAN FRANCISCO, 20 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Pelancaran Mara Online telah diumumkan hari ini oleh Ashish J Thakkar, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mara Group dan Mara Foundation, dalam ucapan dasar beliau di persidangan usahawan terbesar dunia TiEcon.  Visi platform dalam talian dan mudah alih baharu ini adalah untuk dijadikan pilihan utama paling berinspirasi bagi menghubungkan pemuda Afrika di seluruh benua dan ke seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130518/613897-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130518/613897-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130518/613897-c )

Mara Online adalah sebuah ekosistem dalam talian dan mudah alih yang membolehkan pengguna berkomunikasi, berinteraksi dan berkolaborasi antara satu sama lain melalui portal sosial, sambil membina komuniti yang berpusatkan keperluan maklumat dan minat yang sama.  Mara Online ialah sebuah teknologi penumpuan web dan mudah alih yang mencipta pengalaman berpandukan pengguna meliputi alatan pendidikan bagi usahawan hinggalah ke aplikasi mudah alih yang sangat interaktif yang menyediakan keterhubungan kepada orang ramai di seluruh dunia.

"Dengan pengembangan pasaran mudah alih dan internet Afrika,  kami berusaha membangunkan perkhidmatan dan alatan berkualiti yang menjana dan menginspirasi para pengguna Afrika.  Dengan melibatkan golongan muda Afrika, matlamat kami adalah untuk memberikan sokongan bagi mereka mencipta identiti dalam dunia teknologi, yang membolehkan mereka berinovasi, berkongsi dan berkolaborasi merentasi sempadan", kata Ashish J. Thakkar semasa ucapan dasarnya.

Tiga platform mudah alih baharu untuk kekal berhubung di Afrika

Di sepanjang tahun ini, Mara Online akan melancarkan aplikasi mudah alihnya sendiri.  Tiga aplikasi yang pertama akan menumpu kepada komunikasi, dengan cita-cita mencipta peluang baharu bagi golongan muda Afrika dan akhirnya mengubah cara orang ramai berinteraksi dalam talian merentasi benua:

  • MaraConnect - VoIP mudah alih percuma yang membolehkan pengguna telefon pintar dan tablet di seluruh Afrika memanggil dan menghantar pesanan dengan percuma, di peringkat tempatan dan antarabangsa.  Kini, aplikasi ini boleh didapati di App Stores dan Google Play.
  • MaraMessenger - Platform pesanan segera yang memudahkan komunikasi masa sebenar melalui mudah alih dan menawarkan transmisi pantas berasaskan pesanan teks.
  • BuzzMe -- Rangkaian media sosial Afrika yang pertama, menyediakan satu cara baharu golongan muda bertemu dan berangkaian merentasi benua dan seluruh dunia, melalui Internet dan mudah alih.  BuzzMe akan bersaling paut dengan aplikasi lain dan membenarkan ahli-ahlinya berbual dalam talian menggunakan MaraMessenger dan melalui VOIP di MaraConnect.

"Saya yakin dengan pelancaran hari ini MaraConnect akan menggegarkan pasaran dan menjadi pilihan utama menghubungkan orang ramai di Afrika dan luar, dan pada masa yang sama mengurangkan kos komunikasi mudah alih pelanggan," umum Ashish J Thakkar.

Idea disebalik Mara Online bermula pada tahun lepas apabila Mara mencipta Mara Mentor; sebuah platform pementoran dalam talian yang menyokong usahawan muda.  Dilancarkan sebagai sebuah inisiatif Mara Foundation dan Mara Online, platform ini sudah mempunyai lebih 100,000 orang pengguna.  Dengan pelancaran produk baharu sebagai sebahagian daripada platform Mara Online, MaraMessenger dan MaraConnect akan menjadi dua alatan komunikasi bagi Mara Mentor.  Ekosistem Mara Online akan sebenar-benarnya saling terhubung dan membolehkan golongan muda Afrika berkomunikasi dengan lebih bebas pada skala global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mara Group dan Mara Online, sila lawati www.mara.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Mara Connect, atau memuat turun aplikasi sila lawati connect.mara.com

Hubungi:
Sabina Lindstedt, Pengarah Komunikasi di Mara
+ 971 567 798 974 or sl@mara.com 

 

Source: Mara Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications New products/services