Bilangan pengunjung Ekspo Suncheon
SEOUL, Korea Selatan, 20 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Eksposisi Taman Teluk Suncheon yang berlangsung selama 184 hari telah menarik kehadiran hampir 1.5 juta pengunjung sejak ia dibuka pada 16hb April, kata penganjur acara itu pada hari Isnin lepas.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/05/20/20130520151402723814.html )
Jumlah pengunjung mencecah angka 1 juta pada hari Rabu lepas (15hb Mei), sementara 300,000 pelancong telah melawat tempat itu pada hujung minggu lepas dan semasa Hari Ulangtahun Buddha, menurut pihak penganjur.
Ekspo taman itu, yang berlangsung mengikut tema "Taman Bumi", diadakan di Suncheon, yang terletak sejauh 415 kilometer dari arah selatan Seoul, sehingga 20 Oktober ini.
Suncheon menarik kedatangan seramai 31,500 orang pengunjung pada hari perasmiannya, jauh melebihi bilangan pengunjung seramai 26,000 orang yang menghadiri hari pertama Ekspo Yeosu pada tahun 2012, yang telah diadakan tahun lepas dengan tema "Lautan dan Persisiran Hidup" di bandar pelabuhan Yeosu, terletak sejauh kira-kira 455 kilometer dari arah selatan Seoul.
Sumber International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013