omniture

Lyon 28 - 31 Mei 2013: Komuniti Penyelidikan Kewangan Antarabangsa Bertemu di EMLYON Business School

EMLYON
2013-05-21 08:00 144

LYON, Perancis, 21 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Hampir 300 orang penyelidik dari seluruh dunia akan bertemu di EMLYON Business School untuk menghadiri persidangan ke-30 French Finance Association (Persatuan Kewangan Perancis (AFFI)) dari 28 hingga 31 Mei 2013.

Robert Engle, professor di Universiti New York dan pemenang anugerah Nobel Prize dalam Ekonomi pada 2003, adalah salah seorang daripada penyampai ucapan dasar tahun ini.  Beliau akan menyampaikan tema: "Risiko Kestabilan dan Sistem Kewangan Global Kini." Jean-Charles Rochet, presiden Persatuan Econometrik (Econometric Society), akan turut hadir, disertai oleh Yacine Ait-Sahalia dan Damiano Brigo, masing-masing professor di Princeton dan Imperial College.

Francois Quittard-Pinon, presiden AFFI, dan Olivier Le Courtois, kedua-duanya professor di EMLYON, adalah penganjur acara ini.

Walaupun pembentangan kertas kerja akan meliputi semua bidang penyelidikan kewangan, para penganjur mengambil keputusan untuk mengetengahkan tema pengurusan risiko: "Pada tahun 2007 yang lalu,yakni sebelum krisis subprime, kami menubuhkan CEFRA (Pusat Analisa Risiko Kewangan), sebuah pusat penyelidikan khusus untuk mengkaji semua risiko yang  memberi kesan kepada sektor kewangan dan insurans.  Persidangan itu akan menampilkan perbincangan meja bulat para pengarah sektor kewangan dan insurans khusus membincangkan subjek ini."

Mengenai Penganjur

Francois Quittard-Pinon ialah seorang professor kewangan yang menguruskan Sarjana Pengkhususan Kewangan Kuantitatif EMLYON. Beliau mempunyai kepakaran dalam pemodelan kewangan, dengan penumpuan kepada peruntukan aset, penilaian derivatif dan pelindungan nilai, khusus kepada instrumen kadar faedah.Kajian terbaharu beliau khusus menumpu kepada aplikasi kaedah kuantitatif dalam insurans nyawa. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku dan banyak artikel dalam jurnal saintifik. Beliau adalah presiden Persatuan Kewangan Perancis.

Olivier Le Courtois  ialah seorang professor kewangan dan insurans serta Pengarah Pusat Analisa Risiko Kewangan (CEFRA) di EMLYON. Kepakaran beliau tertumpu kepada penilaian derivatif, struktur permodalan syarikat, portfolio pengurusan dan pengurusan risiko. Beliau telah menerbitkan banyak kertas kerja akademik.  Tulisan terbaharunya, 'Risiko Ekstrim Kewangan dan Peruntukan Aset' yang dikarang bersama Christian Walker akan diterbitkan oleh Imperial College Press tidak lama lagi.

Mengenai CEFRA

Ditubuhkan pada 2007,CEFRA menghasilkan kajian dalam bidang pengurusan risiko, peruntukan aset, teori kewangan korporat,ekonomi kewangan dan penilaian kontrak (opsyen dan produk insurans). Analisa risiko, terutamanya risiko kewangan, adalah subjek utama penyelidik CEFRA yang mempunyai objektif merangsang pertukaran antara kewangan korporat,kewangan pasaran, insurans dan pengurusan risiko. CEFRA menganjurkan beberapa seminar penyelidikan dalam setahun.

Source: EMLYON
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news