omniture

V-Key Inc. Terpilih Sebagai Finalis di Wadah Cabaran Usahawan Baharu Innotribe

V-Key Inc.
2013-05-21 16:39 122

Pertandingan Inovasi SWIFT memilih perniagaan permulaan paling berpotensi untuk bertanding di peringkat akhir di Sibos

SINGAPURA, 21 Mei 2013 /PRNewswire/ -- V-Key Inc., perintis dan pencipta perlindungan pencerobohan dan perisikan aplikasi mudah alih hari ini mengumumkan pemilihannya sebagai finalis di Wadah Serantau Cabaran Usahawan Baharu Innotribe SWIFT untuk bertanding di Sibos 2013 di Dubai. V-Key bersaing dengan 13 lagi perniagaan baharu lain, dan memberikan ucapan perniagaan yang menambat hati para peneraju industri kewangan, peneroka modal dan pembuat keputusan penting, yang diadakan di InnovFest 2013, pada 16 Mei 2013.

Sebagai salah satu daripada lima finalis utama peringkat pertumbuhan untuk Wadah Asia itu, V-Key kini akan melangkah ke peringkat akhir Cabaran Usahawan Baharu Innotribe yang akan diadakan di Sibos, persidangan tahunan SWIFT, di Dubai pada bulan September untuk bersaing dengan finalis-finalis dari Wadah London dan Wadah New York.

Benjamin Mah, Ketua Pegawai Eksekutif V-Key berkata, "Kami sangat teruja menerima penghormatan ini. Anugerah ini mengesahkan lagi tawaran unik yang maju daripada V-Key untuk pasaran sekuriti aplikasi mudah alih yang memenuhi keperluan perniagaan kewangan dan pengguna. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi sebahagian daripada peringkat akhir Cabaran itu September ini.

Cabaran Usahawan Baharu Innotribe menyaksikan 14 syarikat permulaan Teknologi Kewangan dan Perkhidmatan Kewangan paling berpotensi membentangkan perniagaan mereka kepada para penonton yang terdiri daripada eksekutif inovasi paling berpengaruh dalam industri kewangan, pelabur peringkat awal dan wartawan.

Matteo Rizzi, pengasas bersama Innotribe berkata, "Cabaran Usahawan Baharu Innotribe Singapura adalah peluang yang tidak tertanding bagi mendapatkan sekilas pandang masa hadapan perhubungan antara teknologi dan perkhidmatan kewangan, dan saya harap kami akan terus memberi perniagaan-perniagaan hebat platform yang mereka perlukan dalam industri ini. Tahniah kepada V-Key atas pencapaian mereka dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan mereka ke peringkat akhir Cabaran Usahawan Baharu Innotribe di Sibos lewat tahun ini!"

Cabaran Usahawan Baharu Singapura adalah cabaran kedua daripada tiga cabaran serantau yang akan diadakan pada tahun 2013 dan telah ditaja oleh Invest NI, HP, Level39 dan Sberbank. Cabaran Usahawan Baharu New York akan diadakan pada 13hb Jun.

Maklumat lanjut mengenai Cabaran Usahawan Baharu ini, termasuk para peserta peringkat separuh akhir Singapura, boleh didapati di http://innotribe.com/2013-startup-challenge/.

Untuk maklumat lanjut tentang V-Key sila lawati: www.v-key.com

Mengenai V-Key Inc.

V-Key menumpu kepada penyelidikan ancaman, perlindungan dan penyelesaian kepintaran aplikasi mudah alih. V-Key mengkaji ancaman terkini terhadap mudah alih dan memberikan perlindungan canggih untuk memenuhi keperluan landskap ancaman aplikasi mudah alih yang sentiasa berubah-ubah, dikuasakan oleh perisian tengah mudah alih selamat V-OS yang masih menunggu kelulusan paten dan suite produk V-Guard. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.v-key.com  atau e-melkan pertanyaan ke: robin.trovato@v-key.com 

Robin Trovato
+1-650-388-9626
robin.trovato@v-key.com

Sumber  V-Key Inc.

Source: V-Key Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news