FREIBURG, Jerman, 21 Mei 2013 /PRNewswire/ --
Vendor-vendor dalam Laporan "Vendor Hebat": Berinovasi, Berimpak dan Menarik
Jedox AG, penyedia unggul untuk penyelesaian perkhidmatan kendiri bagi perisikan perniagaan, analitik dan pengurusan prestasi, mengumumkan bahawa ia telah disenarai dalam "Vendor Hebat" dalam laporan Vendor Hebat untuk Pengkomputeran Memori Dalam, 2013, oleh Gartner.
Jedox percaya bahawa satu faktor penting yang melayakkannya digelar "Vendor Hebat" adalah teknologi memori dalamnya yang unik: Pemecut OLAP Jedox mampu meningkatkan kelajuan pemprosesan teknologi memori dalam tradisional (seni bina multi-teras CPU klasik) berlipat kali ganda. Jedox menawarkan kelebihan kad grafik NVIDIA Tesla canggih (teknologi GPU) dengan memori dalaman yang boleh dialamatkan dengan lebih pantas. Kelebihan teknologi ini membolehkan masa tindak balas sangat pantas apabila menganalisis jumlah data yang sangat besar atau merancang/mensimulasi senario-senario besar seperti pengagregatan multi-dimensi dan pengiraan peraturan kompleks. Syarikat-syarikat ini boleh melakukan perancangan, analisis dan pelaporan pada masa sebenar.
Enjin memori dalam OLAP Jedox juga membolehkan penyelarasan nilai pada peringkat-peringkat teragregat ("splashing") untuk analisis perniagaan, termasuk perancangan dan ramalan. "Dunia perniagaan hari ini dikenali khas dengan jumlah data besar yang semakin meningkat, yang menaikkan tahap keperluan teknikal. Teknologi GPU kami menyediakan cara yang sangat murah untuk memenuhi cabaran-cabaran ini kerana anda boleh menghubungkan komponen GPU dengan mudah kepada pelayan tanpa memerlukan sebarang pemasangan perkakasan tambahan lain, kecuali kad grafik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Jedox Kristian Raue. Mulai Pelancaran 5.0 dan seterusnya, Jedox boleh didapati dalam versi BASE percuma dan versi Premium berbayar, yang membantu melonjakkan pelaksanaan produk secara signifikan.
Penyelidikan Jedox oleh Gartner boleh didapati di http://www.jedox.com/en/coolvendor.html, Vendor Hebat dalam Perkomputeran Memori Dalam, 2013, Penganalisa: Massimo Pezzini, Roxane Edilali, Donald Feinberg, Christopher Iervolino, W. Roy Schulte; diterbitkan pada 23hb April 2013.
Penafian:
Gartner tidak mengendors sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihati para pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan pemeringkatan tertinggi. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pandangan organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan sebarang jaminan, dinyatakan atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk mana-mana jaminan boleh diperdagangkan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Hubungi Jedox AG:
Dr. Joachim Eicher, Presse@Jedox.com, Tel. +49-761-15147-0, http://www.jedox.com
Sumber Jedox AG