omniture

Apple Kekal di Kedudukan No.1 dalam Pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZ(TM)

Millward Brown and WPP
2013-05-21 18:52 341

NEW YORK, 21 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Samsung Menyusul Apple dengan Peningkatan 51% dalam Nilai Jenama

Apple kekal dalam Pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZ™ untuk tahun 2013 dengan nilai $185 bilion. Apple hanya  bertumbuh sebanyak +1% pada tahun lepas berbanding dengan pertumbuhan sebanyak +51% oleh pesaing terdekatnya, Samsung, yang kini berada pada kedudukan No.30 dalam pemeringkatan global itu dengan nilai jenama sebanyak $21 bilion.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130521/613865 )

Google juga merupakan pencabar terdekat untuk kedudukan No.1, membalikkan penurunan tahun lepas menjadi pertambahan nilai jenama sebanyak +5% tahun ini. Jenama ini berada pada kedudukan No.2 dalam pemeringkatan dengan nilai sebanyak $114 bilion. IBM berada pada kedudukan No.3 dalam pemeringkatan itu dengan nilai jenama sebanyak $112 bilion.

"Dengan menyasarkan kedudukan unggul dalam pasaran telefon pintar, Samsung memarakkan peningkatan nilai jenamanya yang besar dengan mengimbangi tempoh inovasi yang mengagumkan dengan bahagian pasaran yang semakin berkembang -- ia membelanjakan lebih $1.6 bilion lagi untuk pengiklanan dalam tahun lepas," kata Nick Cooper, Pengarah Urusan Millward Brown Optimor. "Walaupun dengan pasaran yang lebih sengit dan pencabar lain semakin laju mengejar mereka, kebolehan Apple untuk mengekalkan kedudukan No.1 membuktikan faedah nilai sebuah jenama yang kukuh dalam perniagaan. Orang ramai masih sukakan jenama itu dengan tidak mengira harga sahamnya."

Kajian 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZ™ yang ditugaskan oleh WPP untuk dikendalikan oleh Millward Brown Optimor kini berada dalam tahun ke-8. Ia adalah satu-satunya pemeringkatan yang menggunakan pandangan pembeli berpotensi dan pembeli semasa untuk sesebuah jenama, bersama data kewangan, untuk mengira nilainya.

Gabungan nilai untuk semua syarikat dalam 100 kedudukan tertinggi itu telah bertambah sebanyak 77% sejak tahun 2006. Kini ia bernilai $2.6 trilion.

David Roth, Ketua Pegawai Eksekutif The Store di WPP berkata, "Pemeringkatan tahun ini mengetengahkan pulangan atas pelaburan yang diberi oleh jenama kepada perniagaan. Ia menunjukkan bahawa jenama-jenama yang kukuh akan menyumbang kepada pertumbuhan syer pasaran, serta menambah keuntungan kerana kemampuannya untuk menuntut sebuah harga premium dan pulangan pemegang saham yang lebih besar."

Eileen Campbell, Ketua Pegawai Eksekutif Global syarikat penyelidikan jenama Millward Brown menambah lagi: "Penilaian jenama dan pengukuran lain yang menunjukkan pulangan terhadap pelaburan pemasaran memberi pemasar pengaruh yang lebih besar dalam bilik lembaga pengarah dengan memastikan proses pemasaran difahami dengan lebih baik dan dipertanggungjawabkan sebagai pemacu penting untuk kejayaan kewangan dan perniagaan."

10 Jenama Global Paling Bernilai 2013

Kedudukan

Kategori

Jenama

Nilai Jenama

Perubahan

Kedudukan

2013



2013 ($M)

Nilai Jenama

2012

1

Teknologi

Apple

185,071

+1%

1

2

Teknologi

Google

113,669

+5%

3

3

Teknologi

IBM

112,536

-3%

2

4

Makanan Segera

McDonald's

90,256

-5%

4

5

Minuman ringan

Coca-Cola

78,415

+6%

6

6

Telekom

AT&T

75,507

+10%

8

7

Teknologi

Microsoft

69,814

-9%

5

8

Tembakau

Marlboro

69,383

-6%

7

9

Kad Kredit

Visa

56,060

+46%

15

10

Telekom

China Mobile

55,368

+18%

10

Penemuan-penemuan penting yang ditonjolkan dalam laporan kajian tahun ini termasuklah:

  • Syarikat dengan pertumbuhan tinggi memberi pembezaan bermakna: 10 syarikat dengan pertumbuhan nilai jenama tertinggi mendapat markah lebih tinggi yang signifikan berbanding markah purata dalam pengukuran ekuiti Bermakna, Berbeza dan Menonjol BrandZ™. Nilai jenama Prada meningkat paling banyak, iaitu sebanyak +63%. Dengan mengalahkan prestasi jenama-jenama mewah lain, ia kini berada di tangga ke-4 dalam kategori barangan mewah (kedudukan ke-95 seluruh dunia) dan bernilai $9.5 bilion.
  • Pembuat bir mengalami peningkatan pantas: Minuman beralkohol yang paling banyak diminum di seluruh dunia, bir, adalah kategori yang mengalami pertumbuhan paling tinggi dalam pemeringkatan tahun ini. 10 jenama bir teratas meningkat sebanyak +36% dan kini dengan nilai gabungan berjumlah $63 bilion. Sektor ini mendapat faedah daripada jualan yang meningkat di Amerika Latin dan China. Pembuat bir global Heineken adalah jenama bir ketiga terbesar bernilai $8 bilion dan mendapat keuntungan daripada publisiti yang diperoleh daripada filem James Bond Skyfall. Bir Brahma dari Brazil bertumbuh sebanyak +61% dalam tahun lepas dan kini bernilai $4 bilion.
  • Jenama bernilai tinggi memberi pertumbuhan lebih pantas: Sebuah analisis Pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZ™ sebagai sebuah 'portfolio saham' sepanjang lapan tahun lalu menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan jika dibandingkan dengan indeks pasaran saham semasa, S&P500. Sementara nilai syarikat-syarikat dalam indeks S&P500 meningkat sebanyak 23%, portfolio BrandZ™ berkembang sebanyak 58%, lalu membuktikan syarikat-syarikat dengan jenama yang kukuh mampu memberi nilai yang lebih baik kepada pemegang saham mereka. Sebuah gambaran grafik boleh didapati di sini.
  • Di waktu jenama-jenama teknologi terus mendominasi pemeringkatan, terbitnya sinar harapan untuk dunia digital China: Jenama-jenama teknologi dan telekomunikasi terus mendominasi pemeringkatan dengan 29 jenama dalam senarai 100 syarikat teratas BrandZ™, bernilai 43% daripada jumlah keseluruhan nilai semua jenama dalam senarai itu, lebih daripada $1 trilion. Pertumbuhan dalam sektor ini kekal mendatar. Berbeza dengan penurunan dalam nilai jenama Facebook, jenama China setaranya iaitu Tencent, meningkat sebanyak 52% dan menjadikannya salah satu daripada 10 syarikat paling pesat berkembang dalam pemeringkatan dengan hampir 800 juta pengguna aktif. Yahoo juga turut menyertai pemeringkatan itu selepas pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu daripada Google meningkatkan jangkaan dan harga saham yang memacu peningkatan nilai jenama.

Kajian Pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZTM boleh didapati dalam talian. Ia termasuklah sebuah pemeringkatan dan analisis jenama-jenama paling bernilai untuk rantau-rantau penting seluruh dunia dan 13 sektor pasaran. Muat turun pemeringkatan BrandZ™ yang lengkap di sini, termasuk pecahan mengikut rantau dan mengikut kategori serta tinjauan mendalam daripada syarikat-syarikat WPP. Pemeringkatan dan banyak lagi tinjauan jenama juga boleh didapati sebagai aplikasi interaktif mudah alih percuma untuk Apple dan Android serta sebagai majalah iPad.

NOTA KEPADA EDITOR:

Mengenai Pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZTM

Dibangunkan untuk syarikat-syarikat operasi WPP oleh Millward Brown Optimor, pemeringkatan 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZ™  kini berapa dalam tahun ke-8. Ia adalah satu-satunya kajian yang menggabungkan pengukuran ekuiti jenama berdasarkan temu bual dengan lebih dua juta pengguna seluruh dunia mengenai ribuan jenama yang'menemui pengguna' dan jenama perniagaan kepada perniagaan global dengan analisis rapi tentang prestasi kewangan dan perniagaan setiap syarikat (menggunakan data daripada Bloomberg dan Kantar Worldpanel) untuk mengasingkan nilai yang dimainkan oleh jenama dalam memacu hasil perniagaan dan permodalan pasaran. Persepsi pengguna untuk sesebuah jenama adalah input penting dalam menentukan nilai jenama kerana jenama adalah kombinasi prestasi perniagaan, pemberian produk, kejelasan kedudukan dan kepimpinan. Pemeringkatan ini mengambil kira variasi rantau kerana, walaupun untuk jenama yang global sepenuhnya, ukuran sumbangan jenama mungkin berbeza dengan banyak antara negara-negara itu. Dapatkan bahan tambahan berguna di sini.

Mengenai Millward Brown

Millward Brown adalah sebuah agensi penyelidikan global unggul yang mengkhusus dalam pengiklanan efektif, komunikasi strategik, media dan penyelidikan ekuiti jenama. Millward Brown telah membantu para kliennya membina jenama dan perkhidmatan kukuh mengikut set penyelesaian kualitatif dan kuantitatif berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh. Ia mempunyai 86 buah cawangan di 56 buah negara. Syarikat khidmat pakar tambahan termasuklah Dynamic Logic (peneraju dunia dalam pengukuran keberkesanan pemasaran digital), rangkaian pakar media (pengukuran keberkesanan media), Firefly Millward Brown (rangkaian kualitatif global kami), The Neuroscience Practice (menggunakan sains neuro untuk mengoptimumkan nilai teknik penyelidikan tradisional) dan Millward Brown Optimor (tertumpu kepada memberi sokongan kepada klien untuk memaksimumkan pulangan mereka atas pelaburan jenama dan pemasaran). Millward Brown adalah sebahagian daripada Kantar, divisyen tinjauan, maklumat dan perundingan WPP.

Mengenai WPP

WPP adalah kumpulan perkhidmatan komunikasi terbesar di dunia dengan pengebilan sebanyak $70.5 bilion dan hasil sebanyak $16.5 bilion. Melalui syarikat-syarikat operasinya, Kumpulan ini menyediakan rangkaian menyeluruh perkhidmatan pengiklanan dan pemasaran termasuk pengurusan pengiklanan dan pelaburan media; tinjauan pengguna; perhubungan awam dan hal-ehwal awam; penjenamaan dan identiti; komunikasi penjagaan kesihatan; pemasaran langsung, digital, melalui promosi dan perhubungan; serta komunikasi pakar. Syarikat ini mempunyai lebih 165,000 orang kakitangan (termasuk rakan sekutu) di lebih 3,000 pejabat di 110 buah negara. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.wpp.com.

WPP telah diiktiraf sebagai Syarikat Pemegangan Terbaik di Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes Lions 2012 untuk kali kedua berturut-turut sejak anugerah itu mula-mula diperkenalkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Teresa Horscroft
Eureka Communications
Tel: +44-(0)1420-564346
Tel. Bimbit: +44-(0)7990-520390
E-mel: teresa@eurekacomms.co.uk

Atau

Miquet Humphryes
Pengarah, Pemasaran Korporat Global Millward Brown
Tel: +44-(0)1926-826179
E-mel: miquet.humphryes@millwardbrown.com

Sumber  Millward Brown and WPP

Source: Millward Brown and WPP
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Publishing/Information Service Awards