-- Dua Pesaing Wayarles Menjadi Satu Penjana Kuasa
NEW YORK dan HELSINKI, 21 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Powermat dan PowerKiss – dua perintis dan peneraju industri kuasa wayarles – hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menggabungkan syarikat-syarikat mereka di bawah payung Powermat Technologies.
Berita hari ini menjanjikan penyelesaian isu standard yang bercanggahan dalam industri kuasa wayarles. Dahulu, Powermat dan PowerKiss menyokong standard yang saling tidak serasi, dan hari ini kedua-duanya komited kepada standard PMA yang sama, yang juga disokong oleh AT&T, Procter & Gamble, Starbucks dan banyak lagi.
Powermat telah menyediakan lebih 1,500 stesen mengecas di AS di tempat-tempat seperti lapangan-lapangan terbang utama, kedai-kedai kopi, pusat-pusat membeli belah dan arena-arena. Di Eropah, PowerKiss telah memantau pemasangan lebih 1,000 tapak mengecas di lapangan-lapangan terbang, hotel-hotel dan kafe-kafe, dan baru-baru ini telah mengumumkan pengecasan wayarles di beberapa lokasi McDonalds yang terpilih di Eropah. Dengan penggabungan ini, syarikat-syarikat tersebut menyasarkan pembolehan pengalaman pengecasan wayarles yang konsisten untuk orang ramai yang sering bergerak di seluruh dunia.
"Dengan gaya hidup kita yang sentiasa sibuk bergerak, memastikan semua peranti kita tercas penuh dan sedia sepanjang masa telah menjadi keperluan terbesar yang masih belum dipenuhi bagi pengguna. Penyatuan kuasa-kuasa menggunakan satu standard umum memastikan para pengguna berada dalam sebuah ekosistem tempat-tempat awam yang luas di mana mereka boleh mengecas semula," kata Ran Poliakine, Ketua Pegawai Eksekutif Powermat. "Tidak lama lagi, pengguna akan mampu mengakses kuasa wayarles dengan lancar sambil mereka bergerak antara rumah, pejabat, kedai kopi, kereta dan lapangan terbang. PowerKis berkongsi impian kami dalam mencipta sebuah dunia wayarles, dan mempunyai kreativiti serta kemampuan luar biasa yang diperlukan untuk menukarkan impian ini menjadi kenyataan."
"Baru-baru ini PowerKiss telah menjadi ahli PMA – tindakan yang didorong oleh lapisan digitalnya yang unik, kemampuan pengurusan daripada jauh dan momentum industri yang mengagumkan. Hari ini kami akan 'terjun' sepenuhnya dan kami sangat teruja dapat bergabung kuasa dengan Powermat," kata Mats Wolontis, Ketua Pegawai Eksekutif PowerKiss. "Powermat mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam industri ini dan daya usaha untuk melaksanakan impian. Kedua-dua syarikat kami ini mempunyai wawasan yang hampir sama untuk kuasa wayarles, dan telah berusaha seiringan dalam memastikan ia menjadi realiti. Sepanjang perjalanan itu, kami telah membuat beberapa keputusan teknologi yang berbeza dan tidak serasi dan inilah masa yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini. Mulai sekarang, kami akan beroperasi sebagai satu syarikat, satu kuasa penjana yang mengaturkan pemasangan teknologi yang sama dan menyokong satu standard tunggal. Kami tidak sabar untuk membuktikan kepada dunia apa yang kami boleh capai bersama."
Mengenai PowerKiss
PowerKiss Ltd membekalkan penyelesaian pengecasan wayarles bersepadu, yang menyasarkan untuk membebaskan orang ramai daripada belenggu wayar-wayar pengecas, soket kuasa dan bateri kosong. PowerKiss boleh ditemui dalam kafe-kafe, restoran-restoran, hotel-hotel dan lapangan-lapangan terbang di seluruh dunia dan telah menjadi pemain utama dalam industri pengecasan wayarles yang pesat berkembang. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Helsinki, Finland. Sila dapatkan maklumat lebih lanjut di www.powerkiss.com.
Mengenai Powermat Technologies
Powermat ialah perintis dan peneraju industri kuasa wayarles. Dinikmati oleh jutaan pengguna seluruh dunia, teknologi Powermat digunakan secara rasmi oleh PMA dan menjadi platform pilihan peneraju-peneraju industri seperti Duracell, General Motors, AT&T dan Starbucks. Sila dapatkan maklumat lebih lanjut di www.powermat.com.