omniture

Dominica Memperoleh Urus Niaga Bernilai $27 juta daripada Firma Jepun untuk Pemulihan Perikanan

CS Global Partners
2021-06-18 18:00 2434

LONDON, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Kerajaan Komanwel Dominica, melalui Kementerian Ekonomi Biru dan Hijau, Pertanian dan Keselamatan Makanan Kebangsaan telah menandatangani kontrak untuk memulihkan bangunan dan peralatan perikanan di Roseau dan Marigot. Usaha sama ini akan dicapai melalui geran bernilai EC$27 juta yang disediakan oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun. Projek tersebut dijangka bermula pada bulan Julai 2021 dan pembinaan dijadualkan siap pada bulan Ogos 2022.

Fasa pertama projek ini akan melibatkan peruntuhan struktur yang telah rosak, diikuti dengan pembinaan semula, pengalisan air dan pembelian peralatan. Yang Berhormat Fidel Grant, Menteri Ekonomi Biru dan Hijau, Pertanian dan Keselamatan Makanan, mengatakan bahawa kerjasama antara kerajaan Dominica dan firma Jepun ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk Dominica.

"Melabur dalam satu sektor ekonomi di pulau ini memberi kesan kepada semua orang di Dominica. Ia merupakan kesan domino daripada perubahan positif yang berlaku, bagi rakyat negara ini," katanya kepada CS Global Partners. "Usaha sama ini bukan sahaja membantu para nelayan dan penjual ikan secara langsung, malah mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan kontraktor ketika di dalam fasa pembinaan. Restoran, hotel dan pusat peranginan kami akan menjadi penerima manfaat secara langsung kerana kemudahan penyimpanan akan memastikan ketersediaan ikan yang berterusan. Pelawat ke pulau ini boleh meyakini bahawa ikan mereka segar dan didapati dari kawasan tempatan. Kerajaan sangat gembira dengan permulaan projek ini," tambah beliau.

Pada bulan April, kementerian telah menandatangani kontrak yang bernilai hampir EC$4.5 juta dengan dua buah syarikat serantau bagi pembelian peralatan pertanian, kelengkapan dan bekalan untuk diedarkan kepada para peladang. Kedua-dua inisiatif ini diwujudkan untuk membantu mereka yang bekerja dalam sektor pertanian, seperti peladang dan nelayan yang terjejas oleh Taufan Maria, untuk memulihkan mata pencarian mereka dan mengguna pakai amalan kebingkasan iklim.

Satu lagi sektor pendapatan yang membantu memulihkan pertanian di pulau ini ialah Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI). CBI memberikan kewarganegaraan kedua kepada mereka yang melabur dan merupakan laluan yang banyak digunakan oleh mereka yang ingin mendapatkan mobiliti perjalanan yang lebih luas, peluang perniagaan dan Pelan B ketika berhadapan krisis. Pemohon utama yang melabur sebanyak AS$100,000 ke dalam Dana Kepelbagaian Ekonomi kerajaan boleh memperoleh kewarganegaraan penuh Dominica dan diberi hak untuk bekerja, belajar dan tinggal di negara ini yang juga dikenali sebagai 'Nature Isle of the Caribbean' (Pulau Semula Jadi Carribean).

Laporan tahun 2019 yang disusun oleh PWC menyatakan bahawa antara 2014/15 hingga 2018/19, EC$29.7 juta daripada dana CBI telah diperuntukkan untuk menyokong sektor pertanian dan perikanan melalui 32 buah projek. "Kebanyakan projek ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran dan keselamatan makanan yang disasarkan secara khusus kepada ladang pisang, kopi dan koko. Pekerjaan para peladang dan nelayan juga diperkasakan melalui program latihan dan sokongan ekonomi," menurut laporan tersebut.

Pelabur boleh memohon secara individu atau berkeluarga dan berasa selamat untuk mewariskan kewarganegaraan baharu mereka kepada generasi seterusnya.

Sila hubungi: pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Real estate transactions