omniture

Daripada Bayer China kepada Aplikasi IVF: Ringkasan Penggunaan Berasaskan Rantaian Blok VeChain dalam Perubatan dan Penjagaan Kesihatan

VeChain
2021-06-18 20:19 1767

SHANGHAI, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pembaharuan dalam bidang perubatan telah menjadi keutamaan global berikutan impak pandemik global. Tidak dapat disangkal bahawa teknologi rantaian blok menjanjikan sesuatu yang besar. Daripada memajukan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama kepada pengeluaran dan bekalan ubat-ubatan serta kemudahan pengimejan AI canggih, rantaian blok akan memanfaatkan perubahan keseluruhan pada sistem sedia ada kita dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Sebagai rantaian blok awam peringkat perusahaan yang terkemuka di dunia, VeChain komited untuk merebut peluang-peluang ini dan memajukan penjagaan kesihatan dengan cara yang belum pernah tercapai setakat ini. Kronologi peristiwa yang diringkaskan di bawah ini mewakili perjalanan yang amat membanggakan kami - namun, ia hanyalah suatu permulaan.

15-06-2020 E-HCert, Aplikasi Rekod Covid-19 berasaskan Rantaian Blok 

VeChain bekerjasama dengan I-Dante untuk bersama-sama membangunkan Aplikasi E-HCert yang menyediakan penyelesaian arkib untuk rekod ujian antibodi dan RT-PCR COVID-19. Dari bulan Jun hingga Ogos 2020, Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca di Cyprus mengguna pakai Aplikasi E-HCert sebagai alat digital dalam proses daftar masuk penumpang dengan lebih 8,000 penumpang menggunakan aplikasi tersebut.

28-05-2020 Platform Csecure Bayer China

VeChain membantu Bayer China melancarkan Csecure, sebuah platform boleh dikesan untuk rantaian bekalan ujian klinikal yang menangkap serta mengesan data rantaian bekalan ujian klinikal secara berterusan. Csecure direka cipta untuk meningkatkan ketelusan dan keselamatan dalam rantaian bekalan ujian klinikal Bayer.

17-6-2020 MyCare, Sistem Resolusi Risiko Jangkitan - dibina untuk kawalan risiko anti Jangkitan 

Dibina pada VeChainThor, MyCare menyediakan rangka kerja yang komprehensif berdasarkan piawaian hospital DNV dengan menyampaikan amalan terbaik dalam industri dan melancarkan kecekapan pengurusan risiko. Viking Line merupakan syarikat perkapalan pertama di dunia yang telah disahkan.

15-07-2020 Color Line dan MyCare - salah sebuah syarikat feri terbesar di Eropah 

Color Line yang merupakan salah sebuah syarikat feri terbesar di Eropah, telah menerima pengisytiharan pematuhan untuk pengurusan risiko jangkitan daripada DNV berdasarkan piawaian MyCare. Pengisytiharan tersebut meliputi sistem pengurusan syarikat termasuk kapal kargo enam gramnya yang beroperasi di Norway, Denmark, Jerman, Sweden dan terminal berkaitan.

06-08-2020 De Cecco dan MyCare - pengeluar pasta ketiga terbesar di dunia 

DNV mengumumkan bahawa De Cecco, pengeluar pasta ketiga terbesar di dunia, telah menerima pengesahan didayakan rantaian blok berdasarkan ukuran dan proses pencegahan jangkitan mengikut metodologi MyCare. Dengan mematuhi metodologi MyCare, De Cecco berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan peluang peningkatan yang dikaitkan dengan proses dan aktiviti pencegahan risiko dan jangkitan COVID-19.

20-10-2020 Pusat rawatan tumor pintar didayakan rantaian blok untuk Hostpital Renji 

Hospital Renji China dengan kerjasama VeChain dan DNV telah mengumumkan pelancaran Pusat Rawatan Tumor Pintar didayakan rantaian blok yang pertama di dunia. Melalui penggabungan teknologi rantaian blok VeChain dengan perkhidmatan profesional DNV, kemudahan ini merancang untuk merangkum keseluruhan pengurusan kitaran hayat bagi proses rawatan tumor di hospital ini sekali gus meningkatkan keberkesanan dan hasil pesakit.

04-12-2020 Aplikasi E-HCert melancarkan perkhidmatan terbarunya; Dompet Ujian Makmal Digital 

VeChain dan I-Dante berganding bahu meningkatkan keupayaan "E-HCert App" dan memperluas perkhidmatan ini kepada semua laporan ujian perubatan peribadi. Selain daripada Hospital Mediterranean Cyprus iaitu Aretaeio, sebuah lagi hospital swasta terbaik di Cyprus akan turut merangkum semua laporan ujian perubatan individu melalui Aplikasi E-HCert ini.

02-06-2021 Aplikasi Perkhidmatan IVF Berasaskan Rantaian Blok yang Pertama di Dunia — MyBaby 

Pengumuman terbaru yang memberangsangkan tentang aktiviti berkaitan perubatan VeChain ialah pengumuman aplikasi 'MyBaby' yang dibangunkan dengan kerjasama DNV dan Renji Hospital.

MyBaby merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya yang menggabungkan merit pengesahan data terjamin pihak ketiga dengan teknologi rantaian blok yang tidak berubah. Ia membolehkan pengguna melihat dan mengesan pengekstrakan, pelabelan dan pemarkahan telur yang disenyawakan serta penanaman dan pemeliharaan embrio. Aplikasi ini juga menyelesaikan masalah tradisional yang berkaitan dengan kerahsiaan data perubatan yang sensitif.

Tentang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain Technology merupakan sebuah syarikat rantaian blok mesra perusahaan yang terkemuka global dengan matlamatnya untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia nyata melalui penyelesaian didayakan rantaian blok yang bersesuaian yang disediakan untuk memenuhi keperluan perniagaan para pengusaha.

Ia menawarkan VeChain ToolChainTM, suatu platform Perisian sebagai Perkhidmatan berasaskan rantaian blok berkod rendah yang membolehkan pelanggan perusahaan membina dan memacu transformasi digital pada skala global dengan pantas seterusnya mendayakan evolusi ekosistem yang bebas kepercayaan dan teragih.

VeChain Technology merupakan perintis aplikasi rantaian blok dunia nyata dengan pejabat antarabangsa yang terletak di China, Singapura, Luxembourg, Jepun, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. Dengan keupayaan pembangunan tersendiri yang kukuh yang digabungkan dengan bimbingan pematuhan profesional daripada rakan kongsi strategik kami, PwC dan DNV, VeChain telah menjalinkan kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka dalam pelbagai industri termasuk Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, PICC, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan lain-lain.

Laman web: www.vechain.com 

 

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Corporate Expansion Licensing/marketing agreements Blockchain