omniture

Maxion Wheels Terima Anugerah daripada Fiat dan Fiat/Chrysler

Maxion Wheels
2013-05-22 01:21 119

NORTHVILLE, Michigan, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels ("Maxion" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan bahawa kemudahannya di Limeira, Brazil adalah salah sebuah daripada tujuh syarikat yang dianugerahkan dengan Anugerah Qualitas Fiat dalam kategori Bahan Logam dan Komponen Sistem Pemanduan. Selain itu, Maxion Wheels adalah salah sebuah daripada dua syarikat yang diberi Pengiktirafan Khas untuk Prestasi dalam Mencapai Pelan Penghasilan Fiat/Chrysler.

"Kami berbangga menjadi salah sebuah daripada hanya tujuh buah syarikat yang diberi anugerah ini oleh pelanggan berharga kami, Fiat," kata Don Polk, Presiden, Americas. "Kami bangga dengan fasiliti kami di Limeira, dan juga dengan fasiliti-fasiliti kami yang lain di seluruh dunia, yang bekerja keras setiap hari untuk menghasilkan produk bertaraf dunia kepada Fiat dan semua pelanggan global kami yang lain."

Valter Sales, pengarah jualan dan pemasaran Maxion Wheels, menekankan kepentingan pengiktirafan ini kepada Maxion Wheels. "Fiat menghargai dan mengiktiraf hasil usaha para profesional Maxion Wheels saban hari," kata Sales. "Anugerah ini menggambarkan rasa hormat Fiat terhadap para pembekal yang menggabungkan teknologi, kualiti dan perkhidmatan dengan berdaya saing. Pengiktirafan Fiat mencetus inspirasi legasi kecemerlangan kami dalam semua perkara yang kami lakukan."

Mengenai Maxion Wheels

Maxion Wheels adalah pengeluar utama dunia untuk roda aluminium dan besi kereta penumpang, trak ringan dan juga roda besi untuk trak komersil serta treler. Syarikat itu mempunyai operasi global dengan 25 buah fasiliti, termasuk perniagaan, pejabat jualan, dan fasiliti pengeluaran, yang terletak di 15 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini menjual produk kepada setiap pengeluar besar kereta penumpang dan trak ringan di Amerika Utara, Asia dan Eropah serta kepada pelanggan kenderaan lebuhraya komersil di seluruh dunia.

Source: Maxion Wheels
Keywords: Auto Transportation Awards