omniture

Mississauga Kembali sebagai Bandar Masa Depan Bersaiz Sederhana Antarabangsa yang Terkemuka dan Diiktiraf kerana Prestasi Ekonomi yang Kukuh

City of Mississauga
2021-06-19 23:53

MISSISSAUGA, Ontario, 19 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Bandar Mississauga telah menerima lima anugerah daripada Majalah Foreign Direct Investment (fDi) yang menyorot pencapaiannya sebagai pemenang keseluruhan Bandar Masa Depan bersaiz sederhana untuk tahun 2021/2022 di seluruh Amerika kerana prestasi ekonomi yang kukuh. Kriteria untuk anugerah ini dinilai dari segi infrastruktur, insentif dan keupayaan bandar dan wilayah untuk menarik pelaburan pada masa hadapan.

"Adalah suatu penghormatan bagi kami dapat mempertahankan kedudukan sebagai Bandar Masa Depan Amerika Bersaiz Sederhana terbaik - membuktikan ekonomi Mississauga yang makmur dan lestari. Kami meraikan pengiktirafan ini bersama komuniti perniagaan kami yang dinamik dan berdaya tahan, Majlis Perbandaran yang banyak memberi sokongan dan kakitangan Pembangunan Ekonomi kami yang berdedikasi. Bandar Mississauga terus menjadikannya suatu keutamaan untuk menarik bakat-bakat hebat dan syarikat berasaskan pengetahuan utama yang menyumbang kepada peningkatan profil kami secara global," kata Datuk Bandar Mississauga, Bonnie Crombie. "Menjadi inovatif dan mesra perniagaan mengukuhkan reputasi kami sebagai destinasi yang dipilih oleh syarikat-syarikat untuk melabur, mencipta peluang pekerjaan dan kekal maju dalam persaingan. Pejabat kami akan terus mempermudah pembangunan ekonomi dan pengembangan perniagaan ke Mississauga demi kesihatan dan kemakmuran ekonomi."

Mississauga menerima pengiktirafan dalam kategori berikut sebagai Bandar bersaiz sederhana:

  • Tempat Pertama dalam kategori Bandar Masa Depan
  • Tempat Kedua dalam kategori Mesra Perniagaan
  • Tempat Kedua dalam kategori Potensi Ekonomi
  • Tempat Ketiga dalam kategori Kesalinghubungan

Mississauga dipilih di tempat kedua dalam

"Mississauga ialah sebuah bandar yang terbuka dan pelbagai dengan aset yang perlu dicari, dikembang dan dijayakan oleh perniagaan. Kami adalah sebahagian daripada salah satu bandar ekonomi utama paling pesat berkembang di dunia yang mempunyai kumpulan bakat yang sangat mahir dan berkepelbagaian dengan sambungan yang kukuh ke peluang dan pasaran global," kata Harold Dremin, Pengarah Pembangunan Ekonomi. "Kami berasa terharu dan bermotivasi dengan pengiktirafan antarabangsa yang diberikan ini demi meneruskan usaha kami membantu perniagaan mencari tempat, berkembang dan makmur dan kami mengharapkan masa depan yang lebih cerah."

Komuniti perniagaan Mississauga yang sibuk dan pelbagai ini terdiri daripada lebih 98,000 perniagaan, 1,400 buah firma multinasional dan 75 buah syarikat Fortune 500. Mississauga merupakan salah sebuah pusat perniagaan terbesar di Kanada yang menempatkan pelbagai industri berasaskan pengetahuan yang terkemuka di Kanada. Sektor ini termasuklah: Pembuatan Canggih, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sains Hayat, Logistik Pintar dan banyak lagi. Sila layari laman web Pejabat Pembangunan Ekonomi untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar belakang
Senarai pendek Bandar Masa Depan fDi dibuat menggunakan alat dalam talian khas yang merangkumi bandar-bandar di seluruh Amerika Utara dan Selatan. Bandar-bandar diberi skor hingga maksimum 10 mata bagi setiap kriteria individu yang dinilai mengikut kepentingan untuk memberikan skor keseluruhan. Sistem penarafan ini tertumpu kepada gabungan pendapat pakar dan data untuk menilai bandar-bandar yang mempunyai prospek terbaik dari segi pelaburan, pembangunan ekonomi dan pengembangan perniagaan dalam bandar. fDi ialah sebuah syarikat penerbitan yang berprestij di dunia bagi perniagaan global. Sila layari fdiintelligence.com.

Hubungan Media: Catherine Monast, Penasihat Kanan Media dan Maklumat Umum, Bandar Mississauga, 905-615-3200, samb. 5046, catherine.monast@mississauga.ca, TTY: 905-896-5151

 

 

Source: City of Mississauga
Keywords: Advertising Awards Economic news, trends, analysis Canadian Municipal Government Public Interest