omniture

E.Land dan K-Swiss Inc. Mengumumkan Pemerolehan Strategik OTZ Shoes Inc.

K-Swiss Inc.
2013-05-22 03:11 198

WESTLAKE VILLAGE, California, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- E.Land World Limited (E.Land) dan K-Swiss Inc.,  pemilik jenama K-Swiss dan Palladium, hari ini telah mengumumkan pemerolehan strategik jenama kasut selesa kontemporari yang berpusat di Malibu, California, OTZ Shoes Inc. (OTZ Shoes). Di bawah perjanjian itu, OTZ Shoes akan terus beroperasi sebagai sebuah subsidiari bebas K-Swiss Inc., dengan eksekutif-eksekutif utama masih kekal dalam jawatan mereka. Pemerolehan ini menandakan penambahan pertama kepada portfolio syarikat K-Swiss Inc. sejak penggabungannya dengan E.Land yang termeterai pada 30hb April.

Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh veteran industri kasut sneaker Ludo Malmoux dan rakan kongsinya Skip Murgatroyd, OTZ Shoes menggalakkan kesihatan dan kemampanan serta membawa gaya moden dan kreativiti kepada kategori keselesaan. Jenama ini dimodelkan mengikut kasut yang tertua pernah ditemui pada Oetzi, orang zaman batu prasejarah yang ditemui beku di Pergunungan Alps Otzal pada tahun 1991. Sejak permulaannya, OTZ Shoes telah bertumbuh sebanyak 300% tahun demi tahun dan kini diedarkan di 23 buah negara di seluruh dunia.

"OTZ Shoes telah melaksanakan tugas besar dalam menetapkan kecemerlangan dan menaikkan paras bandingan dalam pasaran keselesaan," kata Larry Remington, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  K-Swiss Inc. "Kami percaya dengan sumber dan prasarana kami, kami boleh membantu jenama ini mendominasi kategori keselesaan kontemporari dan merealisasikan potensi globalnya. Jenama ini bakal menjadi penambahan penting bagi kami, membantu kami membina sebuah portfolio yang terdiri daripada jenama-jenama yang relevan seluruh dunia dalam pelbagai kategori."

OTZ Shoes akan terus diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bob Rief, Presiden dan Pengarah Kreatif Ludo Malmoux dan Pengasas Bersama Skip Murgatroyd, yang akan memberi khidmat rundingan undang-undang. Malmoux akan kekal sebagai pemegang saham minoriti dalam jenama itu. Pasukan eksekutif OTZ Shoes akan melapor kepada Remington dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) K-Swiss Inc. Barney Waters sebagai sokongan inisiatif pertumbuhan jenama itu.

"Perikatan ini akan terbukti membawa nilai hebat kepada operasi kami dan membantu menguatkan syarikat bagi menghadapi cabaran pertumbuhan pesat yang kami hadapi," komen Rief. "E.Land dan K-Swiss, Inc. ada pelan masa hadapan yang sangat progresif dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan mereka sambil mereka terus membina momentum untuk jenama itu."

Mengenai K-Swiss, Inc.

K-Swiss Inc., serta jenama syarikat gabungannya Palladium dan OTZ Shoes, adalah tanda dagangan berdaftar E.Land World Limited. Ditubuhkan lebih 40 tahun lalu di Van Nuys, California, K-Swiss memperkenalkan kasut tenis kulit sepenuhnya yang pertama, K-Swiss "Classic" pada tahun 1966. Sejak penubuhannya, K-Swiss menyasarkan untuk menjadi jenama sukan paling berinspirasi dan inovatif di pasaran dengan menawarkan produk prestasi untuk kategori tenis, larian, latihan dan triathlon. Palladium pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1920 sebagai pembuat tayar pesawat terbang untuk industri penerbangan. Pada tahun 1947, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan untuk tayar kapal terbang mula berkurangan jadi Palladium menggunakan kepakaran kanvas dan getah mereka untuk menghasilkan kasut but yang sama lasak dengan tayar buatan mereka. Tidak lama kemudian Palladium menjadi pembekal kasut lelaki untuk Lagenda Asing Perancis dengan kasut but kanvas klasik Pampa mereka. OTZ Shoes adalah pembuat utama untuk keselesaan moden berilhamkan masa lampau. Tapak kasut gabus adalah penting untuk setiap kasut yang dihasilkan agar lama-kelamaan ia akan terbentuk mengikut alur tapak kaki kita yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.kswiss.com dan www.palladiumboots.com atau OTZShoes.com.

Mengenai E.Land Group

Ditubuhkan pada tahun 1980 di Korea,  E.Land telah berkembang sehingga menjadi salah satu daripada konglomerat terbesar Korea Selatan, mengkhusus terutamanya dalam pengedaran fesyen dan runcit. E.Land adalah syarikat bersepadu fesyen dan runcit pertama dan terbesar di Korea, yang beroperasi dalam 9 buah negara berbeza di tiga buah benua, termasuk China, Korea, India, Amerika Syarikat, Itali dan United Kingdom. Terdiri daripada lebih 60 entiti gabungan, Syarikat itu menawarkan hampir 200 jenama dan mengendalikan lebih daripada 10,000 buah kedai di seluruh dunia, mencatatkan hasil kira-kira US$8 bilion dalam tahun 2012. Selain daripada K.Swiss, perniagaan-perniagaan terbaharu E.Land termasuklah restoran, pembinaan dan santai. Syarikat ini terlibat secara aktif dalam perkhidmatan komuniti tempatan dan antarabangsa melalui Yayasan E.Land dan adalah salah satu daripada perbadanan sivik paling aktif di Korea, India, Vietnam dan China.

HUBUNGAN MEDIA: Turner PR
Mariana DiMartino, Mariana.DiMartino@Turnerpr.com
Telefon Bimbit +1-917-536-5411, Pejabat +1-212-889-1700
Jennifer Macfarland, JMacfarland@K-Swiss.com
Telefon Bimbit +1-310-968-8356, Pejabat +1-212-889-1700

Source: K-Swiss Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Textiles Acquisitions, mergers, takeovers