omniture

Sidang Kemuncak Islam Arab Menyeru Hans Hassle untuk Penyelesaian Pertanian Bandar Menegak untuk Rantau MENA di Dushanbe pada 20hb Mei 2013

Plantagon International AB
2013-05-22 06:07 162

DUSHANBE, Tajikistan, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Plantagon International AB – syarikat inovasi pertanian menegak Switzerland yang diketuai oleh Hans Hassle bercakap di forum teknikal itu yang dianjurkan bersama oleh Pusat Antarabangsa Pertanian Biosalina (ICBA) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) mengenai "Inovasi Pertanian dan Jaminan Makanan" yang diadakan pada 20hb Mei 2013 di Dushanbe, Tajikistan. Acara ini memberikan peluang keemasan untuk pembuat keputusan kewangan Islam Arab (para menteri dan gabenor bank pusat) daripada lebih 50 buah negara untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai kepentingan penyelesaian pertanian bandar bagi mengelakkan krisis jaminan bekalan makanan di masa hadapan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121004/567112-a )

Plantagon, yang diasaskan oleh Hans Hassle dan Cif Oren Lyons daripada Gabungan Iroquois, Negara Onondaga, dibina berdasarkan struktur model En. Hassle bernama "Companization". Ideanya adalah untuk menggabungkan satu organisasi tanpa untung dan satu organisasi laba, menjadikan mereka saling bergantung sesama sendiri, lalu membuatkannya mustahil untuk syarikat-syarikat itu bertindak secara tidak bertanggungjawab untuk kedua-dua dokumen ini.

Plantagon mempunyai matlamat untuk mencari penyelesaian makanan yang boleh memenuhi keperluan pemakanan populasi bandar-bandar dunia yang semakin meningkat sementara meminimumkan beban sistem pengangkutan dan kesan pencemaran ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bandar. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati http://www.feedingthecity.com.

Plantagon berusaha untuk menggabungkan heliks ganda tiga yang terdiri daripada penyelidikan global, kepintaran perniagaan antarabangsa dan sokongan kerajaan untuk bekerjasama bagi menyelesaikan isu Jaminan Makanan Sedunia. Bagi bertindak ke atas isu ini, Persatuan Pertanian Bandar Global dan Rangkaian 101 Bandar telah ditugaskan dengan matlamat tunggal iaitu menghasilkan penyelesaian makanan yang praktikal.

Plantagon mempunyai hubungan kerjasama penyelidikan dengan Universiti Linköping, Universiti Teknologi Nanyang di Singapura dan Universiti Tongji di Shanghai, China di mana kami sedang mencari rakan kongsi global yang boleh menyokong dan membantu menyelesaikan krisis makanan global ini. Sebuah program perundingan pelan jaminan makanan telah dibangunkan untuk memahami peringkat prasarana bandar yang membawa kepada penghasilan makanan dan sistem pengangkutan tertingkat oleh Plantagon.

Sidang kemuncak Dushanbe menemukan para Pemimpin Dunia dalam ruang Kemampanan Pertanian seperti Jeffery Sachs, Demba Ba, Changhoo Chun dan Hans Hassle.

"Dunia Arab Islam telah berjaya mengharungi landskap yang gersang dan keadaan hidup yang menjadi contoh bagaimana manusia telah mematuhi peraturan alam semulajadi. Kini Plantagon membawa sebuah inovasi yang dapat merevolusikan sistem penghasilan makanan dalam keadaan semulajadi ke rantau ini," kata Hans Hassle, Ketua Pegawai Eksekutif Plantagon.

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.plantagon.com atau hubungi Hans Hassle di hans.hassle@plantagon.com.

Sumber: Plantagon International AB

Source: Plantagon International AB
Related Links:
Keywords: Agriculture Trade show news