omniture

CICGF Membawa Peluang Perniagaan Baharu dengan Ekspo Barangan Import Baharu

China International Consumer Goods Fair
2013-05-22 09:15 126

NINGBO, China, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Diadakan serentak dengan Pesta Barangan Pengguna Antarabangsa China Ke-12 (CICGF) di Ningbo pada 8 hingga 11 Jun, Ekspo Barangan Import Zhejiang China bakal mencipta peluang perniagaan baharu bagi para pengeksport di seluruh dunia.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130520/CN15392 )

CICGF tahun ini akan diadakan di Dewan 2 - 10 di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Ningbo. Kebanyakan tapak pameran di ruang seluas 120,000 meter persegi itu telah ditempah oleh syarikat-syarikat dari luar wilayah Zhejiang, datang dari bahagian-bahagian lain China dan luar negara. Untuk kali pertama, CICGF menganjurkan pesta di dalam pesta, dengan Ekspo Barangan Import Zhejiang China 2013 pertama, sebuah acara seluas 17,000 meter persegi yang bertempat di Dewan 7 dan 8. Ekspo Barangan Import Zhejiang China bakal memberikan peluang untuk para pembeli China melihat apa yang ditawarkan oleh seluruh dunia, Kawasan pameran dibahagikan kepada segmen berdasarkan lokasi asal pempamer: Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Afrika, Asia Tenggara dan rantau-rantau Asia lain seperti Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Antara bahan pameran adalah komoditi terkemuka Taiwan, produk makanan dan pertanian yang diimport, produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, pakaian dan aksesori, peralatan rumah, barangan elektronik pengguna, produk berteknologi tinggi, peralatan elektrik dan mesin.

Seorang jurucakap jawatankuasa penganjur CICGF menerangkan bahawa pesta itu akan membina empat platform berfungsi untuk Ekspo Barangan Import itu bagi menemukan para pembeli dan para penjual dengan mempromosikan perdagangan melalui satu lokasi tunggal, mengumpul dan menyebarkan maklumat serta menyediakan perkhidmatan khusus. Matlamat akhirnya adalah untuk mencipta sebuah pusat pembelian bagi syarikat-syarikat seluruh dunia yang ingin memasuki China, sebuah pusat bekalan peralatan dan bahan mentah import, pusat pameran barangan import, pusat berkumpul organisasi pemasaran antarabangsa, pusat logistik dan pengedaran perdagangan import, dan pusat khidmat penyelesaian kewangan antarabangsa. Ekspo Barangan Import Zhejiang China menyasarkan untuk menjadi ekspo bertaraf dunia bagi barangan import dalam tempoh lima tahun.

Mengenai CICGF

Pesta Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICGF), ditaja bersama oleh Kementerian Perdagangan PRC and Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang, adalah salah satu daripada empat pesta import eksport terbesar di China dan diadakan di bandar pelabuhan terkenal Ningbo pada bulan Jun setiap tahun. Pesta itu telah menarik kedatangan lebih daripada 120,000 pembeli dari 110 negara dan wilayah.

Source: China International Consumer Goods Fair
Related Links:
Keywords: Agriculture Consumer Electronics Cosmetics & Personal Care Food/Beverages Health Care/Hospital Machinery Trade show news