omniture

Songtradr Memperoleh AS$50 Juta dalam Pusingan Pembiayaan Siri D

Songtradr
2021-06-21 22:00 85

Modal baharu ini akan mendorong pertumbuhan dan meningkatkan bahagian data dan teknologi Songtradr 

LOS ANGELES, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Songtradr, pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D yang terlebih langganan dan bernilai sebanyak AS$50 juta telah dilengkapkan serta menjadikan jumlah pembiayaan syarikat setakat ini bernilai lebih AS$100 juta yang memberi nilaian syarikat tersebut melebihi AS$300 juta.

 

 

"Songtradr sedang berkembang pesat sambil kami terus membangunkan ekosistem muzik B2B didayakan teknologi dan menyepadukan pengambilalihan baharu kami. Kejayaan menarik pelabur cip biru seperti ini ke dalam pusingan ini semakin menyokong visi kami tentang industri muzik akan datang dalam dunia digital yang berkembang pesat serta menyediakan asas yang kukuh untuk masa hadapan," kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr. "Songtradr mengalami pertumbuhan hasil melebihi 100% dari tahun ke tahun pada tahun 2020 dan kami berada di landasan yang betul untuk mencapainya lagi pada tahun 2021."

Pusingan pembiayaan ini merangkumi para pelabur institusi yang berpangkalan di Australia iaitu Regal, Aware Super, Perennial, Argo dan Greencape serta pelaburan susulan daripada Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Wisetech Global (ASX: WTC), Richard White. Pusingan Siri C bernilai AS$30 juta yang diperoleh syarikat sebelum ini telah dilengkapkan pada bulan Ogos 2020.

"Saya telah menyaksikan Songtradr berkembang dengan pesat sepanjang 3 tahun yang lalu. Pada ketika itu, Paul dan pasukannya tidak henti menyampaikan visi mereka yang mengagumkan dari semua sisi piawaian," kata Richard White, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Wisetech Global. "Songtradr telah meningkatkan pertumbuhan organiknya yang kukuh dengan hala tuju produk bersasaran tinggi melalui strategi Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) yang amat memberi impak serta meningkatkan lagi potensi pertumbuhan jangka panjang. Saya percaya syarikat itu kini mempunyai skala, jejak global dan bakat untuk mempercepat rancangannya bagi mengubah industri muzik."

Sejak pelengkapan pusingan pembiayaan Siri C, Songtradr telah melaksanakan strategi M&A untuk memperkukuh ekosistemnya dengan syarikat muzik kreatif berfokuskan teknologi yang terkemuka di dunia melalui pengambilalihan agensi muzik kreatif terbesar di dunia iaitu MassiveMusic serta Cuesongs, Song Zu, Pretzel dan Tunefind.

Songtradr ialah sebuah syarikat global yang beribu pejabat di Los Angeles dan mempunyai pejabat-pejabat di seluruh Eropah dan rantau Asia Pasifik yang mengkhusus dalam pengedaran dan pelesenan muzik kepada pelbagai pelanggan cip biru termasuk Disney, Netflix, Apple, Coca-Cola, Amazon dan Google. Ekosistem syarikat ini menghubungkan lebih 600,000 seniman, pencipta lagu dan pemilik hak muziknya kepada pasaran pembeli muzik B2B seperti jenama, agensi pengiklanan, platform penstriman, rangkaian SVOD, filem, TV, syarikat permainan dan pempengaruh.

TENTANG SONGTRADR: 

Songtradr ialah pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia yang menyediakan pencipta muzik dan pemilik hak cipta dengan penyelesaian lengkap yang didayakan teknologi untuk menguruskan hak cipta dan pengewangan di samping menyediakan pengguna muzik B2B seperti jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian langganan video atas permintaan (SVOD) dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman dan platform media sosial dengan akses muzik yang dipandu AI serta berkecekapan tinggi.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1085219/Songtradr_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Songtradr
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Music Accounting news, issues Broadcast feed announcements Corporate Expansion Financing agreements