ANTWERP, Belgium,, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Ketika pasukan Red Devils sedang bertanding dalam Kejuaraan Eropah, Wim Tellier mempamerkan pemasangan seni beliau yang besar di Stadium King Baudouin, tempat asal Red Devils.
Pada peringkat seterusnya, seniman ini akan membuat lubang pada kanvas dan menanam pokok bunga matahari kecil di dalamnya. Keseluruhan proses pertumbuhan bunga matahari ini akan dirakam secara selang masa untuk menunjukkan tentang bunga matahari kecil yang berkembang sepenuhnya dan menakluki simbol seorang manusia yang merasa dirinya tidak terkalahkan. Selepas itu, keseluruhan fabrik tersebut akan dikitar semula menjadi kerusi pantai.
Project Closer ini mempunyai pelbagai perlambangan. Seniman ini mahu menekankan tentang diri manusia yang tetap lemah walaupun setelah berusaha mengatasi dan melindungi diri mereka daripada bahaya. Oleh itu, Stadium King Baudouin merupakan lokasi yang ideal: tepat pada permulaan Kejuaraan Bola Sepak Eropah. Ia mengingatkan kita tentang tempat yang orang ramai ingin berkumpul dan meraikan bersama-sama tetapi pandemik Covid telah menunjukkan kita betapa lemahnya kita semua.
Sekiranya terdapat bandar yang berminat untuk menganjurkan acara Pemasangan Seni CLOSER, mereka amat dialu-alukan untuk menghubungi seniman Wim Tellier.
Tentang Wim Tellier, jurugambar dan seniman
Wim Tellier merupakan seniman pertama di dunia yang mempamerkan pemasangan seni berkeluasan 30,000 meter persegi di Artik. Beliau telah mengembara ke lebih 75 buah negara bersama-sama projek seninya.
Hasil kerjasama uniknya dengan Canon Belgium, Wim Tellier berupaya mencetak gambar 500 gig yang besar bersama-sama keluarganya.
Setelah dicetak, Wim Tellier perlu mencari syarikat yang mahu bersama-sama menjahit gambar besar tersebut.
Sebuah perniagaan keluarga yang kecil iaitu Zeilmakerij Borremans menyahut cabaran luar biasa ini untuk menjahit gambar seberat 3,000 kg. Disebabkan saiznya yang besar itu, ia seperti bekerja dengan keadaan mata tertutup.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1536604/wim_tellier_project_closer.jpg?p=medium600