omniture

Pereka penerbitan ikonik Roger Black sertai Edipresse Asia

Edipresse Hong Kong Limited
2013-05-22 15:16 144

HONG KONG, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Salah seorang daripada pereka penerbitan yang paling dikenali sepanjang 40 tahun lepas akan berpindah ke Hong Kong bagi mengetuai bahagian rekaan di Asia untuk Edipresse, penerbit antarabangsa. Roger Black, yang telah mereka dan mereka semula majalah dan surat khabar seluruh dunia bakal bekerja sebagai Pengarah Kumpulan Kreatif pada musim panas ini.

"Membawa masuk pereka sebagus Roger menunjukkan komitmen kami terhadap rekaan hebat dan melangkaui kualiti dalam penerbitan kami, yang bercetak dan dalam talian," kata Barrie C. Goodridge, Ketua Pegawai Eksekutif Edipresse Asia. "Industri ini begitu cepat berubah, dan kami menggapai seorang pereka yang terkenal dengan kemampuannya untuk menyesuaikan diri kepada perubahan dengan pantas, dan sering menjangkakannya."

Black ialah seorang penyesuai awal teknologi penerbitan, terutamanya tipografi digital, penerbitan atas meja, dan kemudiannya laman web dan tablet.

Walaupun beliau telah bekerja sebagai perunding untuk kumpulan-kumpulan seperti Hearst Magazines (di mana beliau mereka semula majalah Esquire -- sebanyak dua kali), Black akan kembali berada dalam pasukan sebuah syarikat penerbitan untuk kali pertama sejak beliau meninggalkan Newsweek pada tahun 1987.

"Peluang yang ditawarkan Edipresse terlalu memikat hati saya dan saya tidak sanggup untuk menolaknya," kata Black. "Kumpulan ini telah menetapkan pertapakan di tempat teratas dalam pasaran paling menyeronokkan di dunia. Ini adalah satu cabaran besar, untuk membangunkan majalah-majalah terbaik atas semua platform di Asia. Kalau ada orang yang mampu melakukannya, orang itu tidak lain adalah pasukan yang dikumpulkan oleh Edipresse," kata Black.

Tahun lepas, Black mengusahakan strategi rekaan Today di Singapura. Sebelum itu, beliau mengetuai pasukan rekaan di Straits Times (Singapura), The Nation (Bangkok) dan Kompas (Jakarta).

Black mula terkenal dalam tahun 1970an di majalah seperti Rolling Stone dan akhbar seperti The New York Times pada tahun 1980an. Pada tahun 90an, beliau mereka laman web seperti MSNBC.com dan @Home. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beliau menerbitkan rekaan semula untuk kedua-dua edisi cetak dan edisi dalam talian Washington Post dan Scientific American. Black memimpin pelancaran The Sporting Newssebuah aplikasi hibrid iPad yang dibina atas Treesaver, sebuah platform penerbitan HTML5 yang beliau hasilkan.

Beliau membuka firma rekaan penerbitannya sendiri dan mengasas-bersama Font Bureau dalam lewat tahun 80an. Beliau membantu memulakan tiga syarikat yang membekalkan produk rekaan media: WebtypeReady-Media and Savory. Beliau merupakan pengarang dua buah buku rekaan dan beliau juga ada menulis blog.

Mengenai Edipresse Asia

Dengan sejarah yang boleh disusuri sejauh tahun 1762, Edipresse adalah sebuah kumpulan multinasional yang beribu pejabat di Switzerland di mana minat-minat utamanya adalah penerbitan majalah dan media digital. Edipresse telah bertapak di Asia sejak tahun 2005, beroperasi dari ibu pejabat rantaunya di Hong Kong. Di seluruh rantau itu, Edipresse menerbitkan siri majalah dan laman web Tatler Asia yang terkemuka. Majalah dan laman web lain Edipresse termasuklah Home Journal, RevolutionAppetiteSandsStyle dan worldtempus.cn

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Anne Krueger
Pengurus Pemasaran 
Edipresse Hong Kong Limited 
anne.krueger@edipresse.com.hk
T: +852-2859-4339

Neelam Ganglani
Pembantu Pemasaran 
Edipresse Hong Kong Limited 
neelam.ganglani@edipresse.com.hk
T: +852-2859-4356

SUMBER  Edipresse Hong Kong Limited

Source: Edipresse Hong Kong Limited
Keywords: Publishing/Information Service Personnel announcements