omniture

StarFive Menerima Guna Valtrix STING untuk Pengesahan Pemproses RISC-V Generasi Seterusnya

Valtrix Systems
2021-06-22 11:58 1206

BANGALORE, India, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Valtrix Systems, penyedia produk pengesahan reka bentuk dalam membangunkan pelaksanaan CPU dan sistem berasaskan cip yang berfungsi dengan tepat, hari ini mengumumkan bahawa StarFive iaitu penyedia pemproses, platform dan penyelesaian RISC-V yang terkemuka di China, telah melesenkan STING untuk pengesahan pemproses RISC-V generasi seterusnya.

STING, sebuah produk pengesahan reka bentuk daripada Valtrix yang menggunakan metodologi berasaskan perisian untuk menyemak ketepatan fungsi dan pematuhan seni bina pelaksanaan RISC-V. Produk ini juga terdiri daripada satu set pengesahan seni bina RISC-V dan rangka kerja program rangsangan untuk menyediakan pasukan kejuruteraan dengan laluan yang mudah kepada kesediaan pengesahan dan platform bagi memperluas rangsangan asas dengan menulis ujian tersuai.

Morton Yu, Ketua Pegawai Teknologi StarFive berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Valtrix System. Alat pengesahan reka bentuknya iaitu STING, menampilkan rangka kerja pembangunan rangsangan yang sangat fleksibel serta pustaka ujian rangsangan yang besar. Ini menambahkan peringkat ujian baharu sebelum reka bentuk pemproses generasi seterusnya kami dikeluarkan. StarFive sentiasa berusaha menyumbang kepada ekosistem pemproses RISC-V yang lebih lengkap dan kami berharap dapat mengeratkan lagi kerjasama kami dengan Valtrix dalam menyampaikan teknologi RISC-V yang lebih hebat."

"Seni bina RISC-V bersumber terbuka dan modular membolehkan pembangun CPU berinovasi dan menyesuaikan tawaran mereka untuk memenuhi keperluan aplikasi. Pengesahan pelaksanaan tersuai mungkin mencabar dan ia memerlukan penyelesaian serba boleh yang boleh disesuaikan mengikut keperluan konfigurasi reka bentuk," kata Shubhodeep Roy Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif Valtrix. "Metodologi pengesahan STING yang terbukti dengan baik telah disusun atur dan digunakan dengan jayanya oleh pelbagai pembangun RISC-V dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan StarFive serta membantu dalam usaha mereka membangunkan pelaksanaan RISC-V yang canggih," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan produk pengesahan reka bentuk Valtrix, sila layari https://www.valtrix.in

Tentang Alat Pengesahan Reka Bentuk STING Valtrix 

STING ialah produk utama Valtrix yang merupakan suatu alat pengesahan reka bentuk yang disokong secara komersial untuk pelaksanaan berasaskan RISC-V. Ia boleh dikonfigurasi untuk menghasilkan program logam kosong mudah alih yang mengandungi rangsangan ujian swasemak yang betul dari segi seni bina yang kemudiannya dapat diaktifkan melalui simulasi, prototaip FPGA, emulasi atau silikon.

Tentang StarFive 

Ditubuhkan pada tahun 2018, StarFive ialah penyedia utama penyelesaian, platform dan pemproses RISC-V di China. Portfolio IP CPUnya dioptimumkan untuk prestasi yang maksimum dan kecekapan kuasa yang digunakan secara meluas dalam peralatan rumah, robot perindustrian, peranti komunikasi rangkaian dan pengkomputeran pinggir. Syarikat tersebut baru-baru ini mengumumkan komputer papan tunggal BeagleV™ iaitu papan RISC-V pertama mampu milik yang dijalankan pada Linux.

Berhubung dengan Valtrix di:

Twitter: @ValtrixSystems
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/valtrix-systems

Hubungan Media: 

Shubhodeep Roy Choudhury
deepsrc@valtrix.in  
valtrix-marketing@valtrix.in

Source: Valtrix Systems
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Licensing/marketing agreements