omniture

GSMA Mengalu-alukan Langkah Muktamad UAE Menerajui Peningkatan Jalur lebar Mudah Alih Serantau

GSMA
2013-05-22 19:55 121

LONDON, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Tom Phillips, Ketua Pegawai Hal Ehwal Kerajaan dan Kawalselia GSMA, memberikan kenyataan berikut berkenaan keputusan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperuntukkan jalur spektrum 700MHz dan 800MHz (Dividen Digital) kepada operasi mudah alih, memaksimumkan pengharmonian spektrum dalam rantau itu dan di seluruh dunia:

"Pengawalselia UAE, TRA, telah menunjukkan kepimpinan dan visi yang cemerlang dengan keputusannya untuk menguntukkan jalur spektrum baharu bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, dengan langkah segera yang menguntukkan kedua-dua jalur 700MHz dan 800MHz kepada mudah alih.  Pasaran jalur lebar mudah alih di Negeri-negeri Arab dijangka meningkat 255 peratus menjelang 2017 kepada 142 penyambungan, dengan potensi menjana US$108 bilion dalam KDNK antara 2015 dan 2025.  Dengan faedah ekonomi yang sangat jelas, kami berharap pasaran-pasaran lain akan mengikut jejak langkah keputusan ini."

"Penggabungan pelan jalur 800MHz Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan jalur rendah 700MHz  bagi Asia Pasifik (APT) adalah sebuah langkah kemajuan yang penting. Pengharmonian spektrum memberi pelbagai kelebihan, termasuk menjana skala ekonomi yang sangat diperlukan, memudahkan perayauan hampir global dan mengehadkan gangguan sepanjang sempadan. Ini akhirnya akan menyediakan pilihan peranti yang lebih luas dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih mampu milik kepada warga UAE dan di seluruh negeri-negeri Arab."

Nota Kepada Editor

Maklumat lanjut mengenai pengumuman oleh Pengawalselia UAE TRA boleh didapati di sini: http://tra.gov.ae/news514.php

Wawancara dengan Tariq Al Awadhi, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsa dan Spektrum di TRA mengenai pembentukan polisi spektrum antarabangsa boleh didapati di sini: http://www.gsma.com/spectrum/digital-dividend-qa-uae

Mengenai GSMA

GSMA mewakili kepentingan operator-operator mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 operator mudah alih sedunia dengan lebih daripada 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat-syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, dan juga organisasi-organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga mengadakan acara-acara besar dalam industri seperti Kongres Mudah Alih Sedunia dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

Hubungan Media:

Hubungan Media GSMA
Sara Bosco
T +971-4445-42-22
M +971-56-263-7937
E sbosco@webershandwick.com

Pejabat Media GSMA
press@gsma.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment