omniture

Air China: Daftar Masuk Terus Bagasi Tersedia di 14 Bandar

Air China
2013-05-22 20:12 124

BEIJING, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Air China akan menjadikan perkhidmatan daftar masuk terus bagasi dari bandar-bandar antarabangsa ke bandar-bandar domestik (I-D) melalui Beijing lebih mudah digunakan. Bermula 21hb Mei (Waktu Beijing), para penumpang Air China yang terbang dari London, Paris, Dusseldorf, Munich, Frankfurt, Rom, Milan, Stockholm, Vancouver, Los Angeles, San Francisco, New York, dan Geneva yang menuju ke bandar-bandar lain di China melalui Lapangan Terbang Antabangsa Beijing boleh mendaftar masuk bagasi mereka untuk sepanjang jalan di lapangan terbang asal mereka.sehinggalah ke destinasi akhir mereka. Houston juga akan berada dalam senarai bandar-bandar dengan perkhidmatan daftar masuk terus bagasi apabila laluan itu dilancarkan, dan menjadikan jumlah bandar dengan perkhidmatan ini kepada 14 buah.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Perkhidmatan daftar masuk terus bagasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang diperkenalkan oleh Air China pada 15 September 2012 telah banyak memudahkan pengalaman para penumpang. Dahulu penumpang terpaksa menuntut bagasi mereka dan mendaftar masuk bagasi mereka sekali lagi di lapangan terbang sambungan ke destinasi akhir mereka. Tapi dengan perkhidmatan daftar masuk terus bagasi, penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing hanya perlu melalui prosedur imigresen biasa untuk penyambungan itu tanpa perlu risaukan bagasi mereka.

Bandar-bandar antarabangsa di mana perkhidmatan daftar masuk terus bagasi Air China disediakan terletak di Britain, Perancis, Jerman, Itali, Switzerland, Sweden, Amerika Syarikat, dan Kanada. Eropah dan Amerika Utara adalah dua pasaran antarabangsa paling penting bagi Air China, dan tahun ini, syarikat pengangkutan itu akan menumpu kepada dua rantau ini. Tahun ini, Air China akan mengukuhkan tapaknya di Eropah dan Amerika Utara dengan tiga laluan baharu (Beijing-Geneva, Chengdu-Frankfurt, dan Beijing-Houston) serta akan menaiktaraf operasinya di New York. Perkhidmatan daftar masuk terus bagasi dan laluan-laluan yang baru diperkenalkan ini akan memberi kelebihan daya saing kepada Air China.

Daripada segi strategiknya pula, Air China bercita-cita untuk memasuki pasaran antarabangsa dan membentuk syarikatnya menjadi rangkaian syarikat pengangkutan besar dengan kebolehan untuk bersaing di medan antarabangsa. Pengenalan perkhidmatan daftar masuk terus bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing adalah usaha penting bagi memperkukuhkan Beijing sebagai hab Air China. Daripada segi perkhidmatannya pula, Air China komited dalam penawaran kepada para penumpangnya pengalaman penerbangan yang memuaskan hati. Air China berharap lama-kelamaan perkhidmatan daftar masuk terus bagasi akan disediakan di lebih banyak bandar untuk memberi faedah kepada para penumpang.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel New products/services