omniture

Coty Inc. dan Frajo Umumkan Usaha Sama Baharu di Brazil

Coty Inc.
2013-05-22 21:00 190

NEW YORK, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc., sebuah peneraju baharu dalam bidang kecantikan global, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia akan membentuk sebuah usaha sama di Brazil dengan Frajo Internacional, pengedar kosmetik utama di Brazil. Usaha sama baharu itu akan mengedar dan memasarkan jenama-jenama Coty yang berprestij tetapi berpatutan dalam saluran runcit.

"Brazil adalah salah satu daripada pasaran utama dalam industri kecantikan," kata En. Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coty Inc. "Frajo merupakan rakan kongsi yang sesuai, yang berkongsi keghairahan kami dalam hal kecantikan. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu Coty dalam pasaran penting ini."

"Kerjasama dengan Coty dan mendapat faedah daripada kepakaran mereka adalah langkah yang penting dalam menguatkan kedudukan Frajo sebagai pengedar kosmetik utama di Brazil," kata Frank Lund, pengasas dan CEO Frajo. "Portfolio jenama Coty yang unik akan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami."

Perjanjian ini akan mengembangkan kemampuan kebolehpasaran Coty dalam rantau ini. Kini, Coty mempunyai hubungan kerjasama komersil di Brazil bagi mengedarkan jenama-jenama tertentu melalui model pengedaran pintu ke pintu. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pengedar yang mewakili produk Prestige miliknya dalam rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama-jenama Coty, sila lawati www.coty.com.

Mengenai Coty Inc.
Coty adalah peneraju baharu dalam bidang kecantikan global dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30hb Jun 2012. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty adalah syarikat fokus tunggal kecantikan dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan badan terkemuka yang dijual di lebih 130 buah negara dan wilayah. Produk-produk yang ditawarkan oleh Coty termasuklah jenama-jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Untuk maklumat tambahan mengenai Coty, Inc., sila lawati www.coty.com

Mengenai Frajo
Frajo adalah pengedar kosmetik utama di Brazil, wakil eksklusif jenama-jenama seperti Revlon (jenama utama dalam farmasi-farmasi), Ferrari (wangian lelaki No.1 di Brazil), Australian Gold dan Artdeco. Ditubuhkan di Campinas pada tahun 1995, kini Frajo mempunyai lebih 20 buah jenama dalam portfolionya dan mempunyai rangkaian jualan menyeluruh yang mencecah lebih 8,500 titik jualan di Brazil.

Untuk maklumat tambahan mengenai Frajo, sila lawati www.frajo.com.br

Source: Coty Inc.
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion Joint ventures New products/services