omniture

Eurofins Discovery dan ImmunoPrecise Mengumumkan Kerjasama untuk Memperluas Platform Penyelidikan Antibodi mereka

Eurofins Discovery
2021-06-22 20:28 95

ST. CHARLES, Missouri, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Eurofins Discovery, penyedia produk dan perkhidmatan terkemuka dalam industri penyelidikan ubat-ubatan yang juga merupakan sebuah syarikat Eurofins Scientific (EUFI.PA) dan ImmunoPrecise Antibodies (Nasdaq:IPA) iaitu peneraju pasaran dalam penyelidikan dan pembangunan terapeutik perkhidmatan penuh, mengumumkan sebuah kerjasama komersial. Dengan memanfaatkan kekuatan dalam perkhidmatan farmakologi in vitro Eurofins Discovery serta teknologi penyelidikan dan pencirian in vivo ImmunoPrecise yang saling melengkapi, kerjasama ini memberikan akses yang lebih banyak kepada penyelesaian yang memperkasakan para saintis untuk menjalankan penyelidikan ubat-ubatan yang mengubah kehidupan dalam pelbagai julat indikasi.

Pelanggan global Eurofins Discovery akan mempunyai akses kepada keupayaan penyelidikan antibodi ImmunoPrecise yang lengkap menggunakan teknologi penyelidikan antibodi in vivo terbaik yang dioptimumkan untuk meneroka repertoir antibodi secara terperinci. Kerjasama ini menyokong strategi bioterapeutik Eurofins Discovery untuk memperluas kapasiti dan keupayaan mereka dalam membangunkan entiti biologi baharu, membimbing pelanggan daripada pengesahan sasaran hingga kepada pembangunan praklinikal, pengeluaran dan seterusnya dengan kepakaran yang diperlukan bagi menangani cabaran unik setiap projek penyelidikan.

Sebagai penyedia global yang didorong oleh inovasi dan berfokuskan pelanggan, Eurofins Discovery dan ImmunoPrecise berkongsi nilai-nilai yang sama dalam budaya bekerjasama dan dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang berterusan.

Untuk maklumat lebih lanjut 

www.eurofinsdiscoveryservices.com 

Tentang Eurofins Discovery 

Eurofins Discovery telah menyokong Penyelidikan Ubat-ubatan selama lebih 40 tahun. Eurofins diiktiraf sebagai peneraju industri yang menyediakan para penyelidik ubat-ubatan dengan portfolio yang paling besar dan pelbagai yang terdiri daripada standard dan amalan keselamatan in vitro & asai farmakologi serta panel untuk saringan dan pemprofilan ubat-ubatan. Selain daripada kekuatan farmakologi dalam keselamatan in vitro, kami juga menawarkan portfolio yang luas dengan lebih 3,500 perkhidmatan penyelidikan ubat-ubatan dan 1,800 produk. Ini termasuklah asai in vitro, asai fenotipik berasaskan sel, kecekapan dan keselamatan farmakologi, toksikologi ADME, reka bentuk kimia perubatan, kimia sintetik dan protein tersuai serta keupayaan pembangunan asai. Kami menyokong pelbagai sasaran penyelidikan ubat-ubatan seperti GPCR, Kinase, Saluran Ion, Reseptor Hormon Nuklear serta protein & enzim lain. Set keupayaan, kepakaran, pengetahuan dan kemahiran Eurofins Discovery membolehkan syarikat tersebut memberi manfaat kepada pelanggan dengan membolehkan mereka bekerja dengan penyedia penyumberluaran tunggal (CRO) bagi semua program penyelidikan ubat-ubatan mereka.

Tentang Eurofins – peneraju global dalam bioanalisis 

Eurofins Menjalankan Ujian untuk Kehidupan. Eurofins merupakan peneraju global dalam menjalankan ujian ke atas produk makanan, alam sekitar dan farmaseutikal. Ia juga merupakan salah satu peneraju pasaran dalam ujian dan perkhidmatan makmal untuk genomik, penyelidikan farmakologi, forensik, sains bahan canggih dan kehadirannya dalam ujian diagnostik klinikal molekul yang sangat khusus sedang berkembang pesat.

Dengan lebih 50,000 orang pekerja di seluruh rangkaian serta lebih 800 buah makmal di lebih 50 buah negara, syarikat Eurofins menawarkan portfolio dengan lebih 200,000 kaedah analisis.

Saham Eurofins disenaraikan di Bursa Saham Euronext Paris.

Tentang ImmunoPrecise Antibodies 

ImmunoPrecise ialah sebuah syarikat platform teknologi berpandukan inovasi yang menyokong rakan perniagaannya dalam usaha mereka untuk meneroka dan membangunkan antibodi baharu terhadap semua kelas sasaran penyakit. Syarikat ini bermatlamat untuk mengubah model penyelidikan antibodi pelbagai vendor konvensional dengan menyediakan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif yang disesuaikan untuk mengoptimumkan kepelbagaian genetik antibodi dan liputan epitop bagi menerokai antibodi terhadap epitop yang jarang berlaku dan/atau mencabar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.immunoprecise.com atau hubungi solutions@immunoprecise.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/848249/DISCOVERY_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1536017/ImmunoPrecise_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Eurofins Discovery
Related Stocks:
EuronextParis:ERF NASDAQ:IPA
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Joint ventures