omniture

JetClub 'terbang' ke arah masa depan yang lestari dengan pesawat elektrik 'eFlyer 800' Bye Aerospace

JetClub
2021-06-22 21:57

LONDON, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Jenama pemilikan pecahan bagi jet ringan yang pertama di Eropah, JetClub iaitu syarikat seinduk Jet It USA, telah mengesahkan penambahan eFlyer 800 elektrik Bye Aerospace ke dalam armadanya yang menandakan kejayaan penting dalam kelestarian bagi industri penerbangan. Sebagai sebuah pesawat berkapasiti 7 penumpang, elektrik sepenuhnya dengan enjin turboprop berkembar, eFlyer 800 menawarkan mod perjalanan lestari yang menggabungkan perjalanan perniagaan yang penting dengan kepekaan terhadap perubahan iklim.

"Sustainability is at the core of the JetClub and Jet It philosophy. I want to be clear. Aviation is necessary for us to connect, to travel, to explore and to understand. When we travel and learn about each other, we become better versions of ourselves. Travel is truly the best education. Only aviation has made this possible. When we can do this with 100% clean air and zero emissions, it is a win-win for us and the environment. With the addition of the eFlyer 800 to our fleet, we take a leap forward in our sustainability goals without compromising on business travel and economic development," said JetClub CEO & Co-Founder, Vishal Hiremath.
"Sustainability is at the core of the JetClub and Jet It philosophy. I want to be clear. Aviation is necessary for us to connect, to travel, to explore and to understand. When we travel and learn about each other, we become better versions of ourselves. Travel is truly the best education. Only aviation has made this possible. When we can do this with 100% clean air and zero emissions, it is a win-win for us and the environment. With the addition of the eFlyer 800 to our fleet, we take a leap forward in our sustainability goals without compromising on business travel and economic development," said JetClub CEO & Co-Founder, Vishal Hiremath.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama JetClub, Vishal Hiremath mengulas: "Kelestarian merupakan teras JetClub dan falsafah Jet It. Saya ingin menjelaskannya. Sektor penerbangan adalah perlu untuk kita berhubung, melakukan perjalanan, meneroka dan memahami. Apabila kita berjalan dan belajar tentang satu sama lain, kita menjadi versi diri kita yang lebih baik. Perjalanan benar-benar merupakan pendidikan yang terbaik. Hanya sektor penerbangan yang mampu merealisasikannya. Apabila kita boleh melakukannya dengan 100% udara bersih dan pelepasan karbon sifar, ia menguntungkan kita dan alam sekitar. Dengan penambahan eFlyer 800 ke dalam armada kami, kami mengambil langkah ke hadapan dalam matlamat kelestarian kami tanpa menjejaskan perjalanan perniagaan dan pembangunan ekonomi."

Dijangka akan beroperasi pada tahun 2025, eFlyer boleh memuatkan tujuh orang penumpang serta seorang atau dua orang juruterbang. eFlyer 800 akan mempunyai pelepasan karbon sifar dan hanya satu perlima daripada kos operasi turboprop berkembar tradisional serta disasarkan untuk pemilikan persendirian, pengangkutan udara, kargo udara dan penerbangan carter. 

George Bye, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bye Aerospace mengulas, "Kami telah membangunkan sebuah pesawat yang memenuhi keperluan populasi global kita yang semakin berkembang tanpa menjejaskan alam sekitar. Melalui kerjasama dengan JetClub, kami berharap dapat melancarkan penerbangan elektrik di Eropah dan Asia."

Tentang JetClub 

JetClub, sebuah syarikat Malta dan syarikat seinduk Jet It yang berpangkalan di AS, merupakan sebuah syarikat penerbangan perniagaan pemilikan pecahan yang mempunyai penyelesaian harga berpatutan dan telus. Pemilik membeli satu bahagian dalam HondaJet JetClub dan mempunyai akses kepada jet tersebut selama beberapa hari pada satu-satu masa. JetClub mempunyai pasukan rencam khusus untuk pelanggannya. 

Tentang Bye Aerospace

Berpangkalan di Lapangan Terbang Centennial berhampiran Denver, Colorado, Bye Aerospace mengkhusus dalam reka bentuk dan pembuatan pesawat elektrik yang merangkumi rangkaian pesawat eFlyer. Bye Aerospace diasaskan oleh George E. Bye yang juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Untuk maklumat lanjut: www.jetclubgroup.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1537767/ef800_jetclub_2_051921.jpg?p=medium600  

 

Source: JetClub
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services