-- Alami Sendiri 'Hidup Terhubung' Masa Hadapan Melalui Jalan-jalan Bandar Lengkap, Dikuasakan oleh Ketersambungan Mudah Alih
LONDON, 23 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Di Ekspo Mudah Alih Asia 2013 di Shanghai, GSMA bakal mendedahkan sebuah pengalaman Bandar Terhubung baharu, berikutan kejayaan Bandar Terhubung di Kongres Dunia Mudah Alih tahun ini. Bakal dibuka pada 26hb Jun dan menggunakan kemajuan yang telah meletakkan rantau Asia di barisan hadapan penggunaan peranti dan perkhidmatan terhubung, Bandar Terhubung di Ekspo Mudah Alih Asia 2013 akan membolehkan para pengunjung bersiar-siar di sebatang jalan bandar masa hadapan dan mengalami 'Hidup Terhubung' yang dikuasakan oleh sambungan mudah alih pintar.
Dengan kerjasama China Mobile, Cisco, Ford Motor Company, Huawei, KT Corp. dan SAP, Bandar Terhubung akan menjadi sebuah persekitaran bandar mirip kehidupan sebenar di mana para pengunjung boleh mengalami sendiri bagaimana syarikat-syarikat ini menjadikan kediaman lebih pintar, permotoran lebih bijak, aktiviti membeli-belah lebih mudah dan kehidupan bandar lebih selamat dalam pasaran mudah alih terbesar dan paling berpandangan jauh di dunia. Setiap ruang akan mengumpulkan produk-produk canggih dan perkhidmatan terkini untuk menunjukkan bagaimana sebuah masa hadapan yang terhubung, dipacu oleh kuasa mudah alih, akan memudahkan dan mempertingkatkan kehidupan seharian orang ramai.
"Industri mudah alih terus membangun dengan kadar yang tidak pernah disaksikan sebelum ini dan ia dapat dilihat dengan ketara di Asia – sebuah rantau yang terus mengalami pertumbuhan pesat dan menjelang tahun 2020, ia bakal mendahului dalam pasaran peranti terhubung dan M2M, daripada segi bilangan peranti dan juga hasil," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Bandar Terhubung di Shanghai bakal mencerminkan kedudukan unggul Asia dalam pasaran, di mana para pengunjung dapat mengalami sendiri bagaimana gelombang inovasi mudah alih seterusnya bakal memberi peluang perniagaan baharu, membolehkan produk dan perkhidmatan gendala dan akhirnya dapat menjana pertumbuhan ekonomi."
Demonstrasi di Bandar Terhubung itu nanti termasuklah kereta-kereta terhubung yang paling maju dengan teknologi canggih dalam kenderaan, perkhidmatan inovatif pemantauan kesihatan dan diagnosis jarak jauh yang menghubungkan orang ramai kepada pakar penjagaan kesihatan dari rumah mereka sendiri, dan perkhidmatan bandar pintar yang boleh menjejak kenderaan dan membekalkan maklumat sivik serta gaya hidup melalui peranti mudah alih.
Antara produk dan perkhidmatan terhubung yang dipamerkan di Bandar Terhubung termasuklah:
China Mobile
Cisco
Ford
GSMA
Huawei
KT
SAP
Juga bakal dipamerkan di Bandar Terhubung adalah penyelesaian FIRE! (Persekitaran Penyelamat Melawan Api Interaktif), penyertaan yang memenangi sebuah pertandingan yang disokong oleh GSMA di acara UP London Hackathon pada bulan April 2013. Penyertaan dalam pertandingan itu diberi akses pada data daripada organisasi perkhidmatan awam Britain seperti polis dan bomba dan ditugaskan untuk membangunkan perkhidmatan terhubung mudah alih yang dapat membantu organisasi-organisasi ini. FIRE! akan dapat menyelamatkan nyawa ahli bomba dengan menyediakan maklumat kritikal seperti bahaya dan suhu di lokasi itu sendiri daripada topi keledar bomba dan peralatan terhubung mudah alih.
Ekspo Mudah Alih Asia 2013 akan berlangsung pada 26-28 Jun di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai. Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Mudah Alih Asia, termasuk butiran kunjungan, pameran atau tajaan, sila lawati www.mobileasiaexpo.com.
Nota kepada editor
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih dari 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com.