omniture

Hotels.com Lantik Ketua Pegawai Teknologi

Hotels.com
2013-05-23 15:00 148

LONDON, 23 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Hotels.com, peneraju global laman web tempahan hotel telah melantik Stuart Silberg sebagai Ketua Pegawai Teknologi.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120628/540164 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130523/613613 )

Stuart mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri dan juga merupakan mantan Naib Presiden Teknologi di Hotels.com di mana beliau mengetuai pasukan teknologi London. Sejak menyertai syarikat ini tiga tahun lalu, Stuart telah berjaya melaksanakan pendekatan Agile kepada pembangunan produk yang meningkatkan proses kerja, pembangunan garis masa dan produktivi dalam perniagaan. Stuart juga telah membina satu pasukan teknologi kelas pertama di samping meningkatkan kecekapan dalam syarikat. Sebelum menyandang jawatan terkini di Hotels.com, Stuart pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam kepemimpinan teknologi di Move.com, Kaiser Permanente, dan K-Mart.

"Pengalaman yang luas dalam teknologi dan pendekatan inovatif dalam pembangunan menjadikan Stuart pegawai yang paling layak memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO)." kata Scott Booker, Presiden Hotels.com. "Di samping memimpin dan melaksanakan pelbagai projek teknologi dengan jayanya sepanjang beliau berkhidmat di Hotels.com, pencapaian cemerlang Stuart turut merangkumi menubuh dan mengembangkan pasukan teknologi London dan menyelia pembangunan aplikasi mudah alih perintis Hotels.com yang telah dimuat turun lebih 15 juta kali. Kami gembira beliau kini memainkan peranan yang lebih besar dalam memacu penawaran produk Hotels.com."

Pelantikan ini memberi penekanan kepada peri pentingnya teknologi dalam perniagaan dan menggariskan pendekatan unik dalam pertumbuhan dan inovasi dalam ruang teknologi. Jawatan Ketua Pegawai Teknologi diwujudkan selaras dengan pembentukan pasukan teknologi Hotels.com yang dimulakan oleh Silberg. Semenjak itu, syarikat ini telah mendahulukan teknologi dalam operasi-operasinya dan sentiasa berusaha menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan yang termaju untuk para pelanggannya.

Pada masa lapangnya, Stuart mempunyai minat dalam penerbangan, fotografi dan pelancongan.

Mengenai Hotels.com

Hotels.com adalah peneraju laman web tempahan bilik dalam talian yang mempunyai 200,000 hartanah di seluruh dunia, melalui rangkaian global laman web Expedia.Inc yang merangkumi rantaian antarabangsa dan resort serba lengkap serta kegemaran tempatan dan tempat tidur & sarapan (B & B). Pengembara boleh membuat tempahan dalam talian atau dengan menghubungi salah satu pusat panggilan pelbagai bahasa. Aplikasi untuk telefon mudah alih dan tablet membolehkan pengguna membuat tempahan di mana-mana dengan akses kepada 20,000 tempahan saat akhir. Melalui program kesetiaan Welcome Rewards, pengguna boleh mendapat penginapan percuma untuk satu malam bagi setiap 10 malam penginapan di 85,000 hotel, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat di http://www.hotels.com.

Sumber : Hotels.com

Source: Hotels.com
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Internet Technology Travel Web Site Personnel announcements