omniture

S.Pellegrino dan Food For Soul: Bekerjasama Untuk Masa Depan Yang Lebih Lestari

Sanpellegrino Group
2021-06-24 18:16 23

Perkongsian global baharu antara jenama air mineral sparkling yang terkemuka, S.Pellegrino dan organisasi bukan berkeuntungan, Food for Soul yang diasaskan oleh Cef Massimo Bottura dan Lara Gilmore telah diumumkan. Kerjasama ini bermatlamat untuk mendorong perubahan sosial dan alam sekitar yang positif serta memperkasa budaya makanan yang lestari.  

MILAN, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Untuk memupuk masa depan melalui tindakan yang bertanggungjawab, S.Pellegrino memfokuskan usaha dan sumbernya pada aktiviti pendidikan yang mempromosikan budaya makanan yang bertanggungjawab dan memberi perhatian kepada sisa makanan. Sejajar dengan hasrat ini, S.Pellegrino mengumumkan kerjasamanya dengan Food for Soul untuk menyokong misi dan projek Refettorio mereka di seluruh dunia, memperkasakan tindakan bertanggungjawab secara sosial yang meningkatkan kesihatan sistem makanan kita dan mengurangkan kehilangan dan sisa makanan sambil membolehkan keterangkuman dan kebingkasan. Teras kerjasama baharu ini ialah kepercayaan yang sama terhadap nilai hospitaliti dan potensi makanan untuk mengubah kehidupan orang ramai menjadi lebih baik, mewujudkan kesaksamaan nilai dan perubahan budaya bersama.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/8916351-s-pellegrino-and-food-for-soul-together-for-a-more-sustainable-future/

S.Pellegrino and Food For Soul: Together For A More Sustainable Future
S.Pellegrino and Food For Soul: Together For A More Sustainable Future

Kerjasama, kreativiti, inovasi, kuasa keindahan dan memupuk bakat. Ini merupakan nilai-nilai yang akan memimpin S.Pellegrino dan Food for Soul ketika mereka bekerjasama di seluruh dunia. Masing-masing menyumbangkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam kerjasama ini untuk mendidik dan menggalakkan komuniti bagi mengurangkan sisa makanan, mengamalkan tingkah laku penggunaan yang sihat yang juga memupuk keterangkuman sosial dan kesejahteraan individu serta menunjukkan cara setiap orang boleh memainkan peranan dalam bersama-sama mewujudkan masa depan yang lebih lestari.

Stefano Marini, Ketua Pegawai Eksekutif Sanpellegrino Group  berkata: "Menyertai rangkaian rakan kongsi Food for Soul yang pelbagai merupakan peluang yang menarik bagi kami untuk mengukuhkan komitmen kami demi membolehkan perubahan sosial dan membentuk kehidupan yang lebih baik. Kami berasa bertanggungjawab terhadap masyarakat kami yang lebih luas sama seperti yang kami lakukan untuk alam sekitar: usaha bersama kami bermatlamat untuk membina masa depan yang lebih lestari bagi manusia dan planet ini, bertindak balas kepada beberapa cabaran global yang paling mendesak pada masa ini dengan memperbaiki sistem makanan, memupuk hubungan manusia dan berkongsi pengetahuan".

Pengumuman hari ini merupakan permulaan kepada sebuah projek antarabangsa yang S.Pellegrino komited untuk membangunkannya secara kerjasama dengan Food for Soul serta akan melibatkan pelbagai bidang mengikut inisiatif yang akan memperkayakan kehidupan komuniti yang bekerjasama dengan jenama ini. Ekosistem digital S.Pellegrino, termasuk e-majalah  Fine Dining Lovers  dan S.Pellegrino Young Chef Academy akan melibatkan Chef Massimo Bottura dalam pengeluaran dan peningkatan kandungan yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada masakan rumah, penggemar makanan dan cef muda dengan idea, perbincangan dan teknik yang akan menggalakkan komuniti gastronomi global mengurangkan sisa mereka. Massimo Bottura akan turut merasmikan kawasan pendidikan Kelestarian S.Pellegrino Young Chef Academy dengan ucapan langsung tentang projek tanpa sisa beliau iaitu sebuah webinar yang terbuka kepada ahli-ahli cef muda Akademi. Pelantikan seterusnya akan sekali lagi menyaksikan Bottura dan pasukannya memberikan petunjuk operasi yang berharga kepada para profesional muda untuk menyumbang dalam mengurangkan sisa di restoran dan usaha hospitaliti milik mereka.

Bakat muda Akademi ini akan menjadi sebahagian daripada rangkaian Cef Food for Soul yang mempelajari tentang keselamatan makanan dan perkhidmatan makanan lestari dalam sektor sosial melalui program pendidikan, latihan amali dan peluang sukarelawan dalam projek Refettorio serta peluang untuk menjadi pembimbing duta-duta baharu. 

"Kami memanfaatkan peluang yang menyatukan orang ramai untuk berkongsi dan belajar", ujar Food for Soul, "serta mendorong untuk memperkuatkan mereka yang mempunyai kesan positif langsung terhadap kesihatan manusia dan planet sambil  meletakkan asas kepada generasi seterusnya untuk hidup dengan baik. Perkembangan yang menarik dengan S.Pellegrino ini akan membantu meningkatkan kesan sosial dan alam sekitar Food for Soul, mendidik para profesional kulinari muda dalam masakan lestari melalui budaya dan komuniti."

"Masa depan yang lebih lestari tidak dibangunkan oleh seorang individu tetapi melalui tindakan kolektif banyak pihak", kata Pengasas Massimo Bottura. "Dengan S.Pellegrino dan Cef di seluruh dunia, kami boleh memberi inspirasi kepada Akademi cef muda untuk bertindak dan membawa kami ke arah masa depan yang lebih baik dengan sisa sifar." 

Butiran lanjut tentang kerjasama ini akan tersedia dalam masa beberapa minggu lagi di saluran digital dan sosial S.Pellegrinoserta di  Fine Dining Lovers  dan S.Pellegrino Young Chef Academy.

Tentang S.Pellegrino and Acqua Panna  

S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A. yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 buah negara melalui cawangan dan pengedar di kesemua lima benua, produk ini mewakili kecemerlangan yang berkualiti berdasarkan asal-usul mereka dan mentafsir gaya Itali dengan sempurna di seluruh dunia sebagai sintesis keseronokan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan pelbagai rangkaian air mineral, aperitif tanpa alkohol, minuman dan teh ais. Sebagai pengeluar utama air mineral di Itali, ia sentiasa komited dalam meningkatkan kebaikan utama ini untuk planet ini dan bekerja secara bertanggungjawab dan bersemangat untuk memastikan sumber ini mempunyai masa depan yang selamat.

Food for Soul  

Food for Soul ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan budaya yang menyokong tindakan bertanggungjawab sosial yang meningkatkan kesihatan planet kita dan kesejahteraan manusia. Sejak pembukaan Refettorio Ambrosiano di Milan pada tahun 2015, pengasasnya, Chef Massimo Bottura dan Lara Gilmore telah memperkasakan dan menggerakkan komuniti tempatan supaya mengurangkan kehilangan dan sisa makanan serta menyokong keterangkuman sosial.  Dilancarkan pada tahun 2016, misi Food for Soul bermatlamat untuk mengubah tingkah laku kita dalam cara kita menghargai, menghormati dan memelihara sistem makanan kita, memupuk hasil kesihatan, kelestarian dan kesaksamaan melalui perkongsian pengetahuan dan pembangunan projek Refettorio di seluruh dunia. Food for Soul berpangkalan di Modena, Itali dengan gabungan di New York, AS. Melalui kerjasama bukan berkeuntungan, organisasi ini telah membuka sepuluh projek Refettorio di seluruh dunia di Milan, Modena, Naples, Bologna, London, Paris, Rio de Janeiro, Merida dan San Francisco; tahun 2021 akan menyaksikan projek di Harlem, Geneva, Sydney; dan perkembangan seterusnya di seluruh Amerika Utara dan Selatan, Kanada serta Asia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari  www.foodforsoul.it  Instagram: @foodforsoul_it 
Facebook: 
https://www.facebook.com/foodforsoul.it/

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1537875/sanpellegrino_food_for_soul.jpg?p=medium600

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Agriculture Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Non-Alcoholic Beverages Broadcast feed announcements Environmental Issues Joint ventures