omniture

Inovasi dalam Teknologi Sanitasi dan Pengairan Memenangi Hadiah Air Stockholm dan Anugerah Air Industri Stockholm

Stockholm International Water Institute
2013-05-23 20:30 133

STOCKHOLM, 23 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Pakar inovasi sanitasi terkemuka Dr. Peter Morgan telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Diraja Air Stockholm 2013 dan Netafim, perintis pengairan titis telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Air Industri Stockholm 2013.

Kedua-dua anugerah itu akan disampaikan oleh Institut Air Antarabangsa Stockholm (SIWI) semasa Minggu Air Sedunia 2013 di Stockholm pada bulan September akan datang.

Pencipta bertaraf dunia mempertingkatkan kehidupan jutaan orang

Selama empat dekad yang lepas, Dr. Morgan telah mencipta dan memajukan penyelesaian praktikal berkos rendah bagi menyediakan akses kepada sanitasi selamat dan air bersih untuk jutaan orang di seluruh dunia. Dengan menggabungkan minda saintifik, kemahiran praktikal serta kepandaian menghasilkan keringkasan canggih, rekaan dan idea Dr. Morgan memberi harapan untuk lebih 780 juta orang yang tidak mempunyai akses kepada air yang selamat digunakan dan 2.5 bilion orang yang tidak mempunyai akses pada sanitasi yang memadai.

"Banyak penyelesaian yang wujud masa kini untuk menyediakan air bersih dan sanitasi adalah tidak mampu dimiliki, tidak praktikal dan tidak dapat dinikmati oleh masyarakat miskin dunia," kata Jawatankuasa Anugerah Air Stockholm dalam petikannya. "Hasil usaha rintis Dr. Morgan membangunkan teknologi air dan sanitasi praktikal bagi mereka yang paling memerlukan, membolehkan banyak komuniti menikmati air yang lebih selamat digunakan, persekitaran yang lebih bersih dan kualiti hidup yang lebih baik."

Baginda Raja Carl XVI Gustaf dari Sweden, Penaung Anugerah Air Stockholm, akan mencemar duli menyampaikan anugerah itu kepada Dr. Morgan dalam sebuah Majlis Anugerah Diraja pada 5 September ini.

Baca siaran akhbar penuh dan muat turun sumber di: http://www.siwi.org/swp2013.

Peneraju dunia dalam pengairan titis terima Anugerah Air Industri Stockholm

Netafim, penyedia unggul pengairan titis seluruh dunia, telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Air Industri Stockholm 2013. Kini,lebih daripada 10 hektar tanah perladangan disalirkan dengan pengairan titis, sebuah teknologi yang dipelopori oleh Netafim yang telah meningkatkan produktiviti air, tenaga dan tenaga kerja secara dramatik.

"Di seluruh dunia, tujuh puluh peratus daripada bekalan air tawar terhad kita digunakan untuk pengairan dan dengan permintaan tinggi yang semakin berkembang untuk produk pertanian, terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan produktiviti air. Pencapaian Netafim yang mengagumkan, membantu para petani seluruh dunia untuk 'bertani lebih banyak dengan lebih sedikit', memberi sumbangan langsung kepada dunia dengan bekalan makanan dan minuman yang lebih terjamin," kata Jawatankuasa Anugerah Air Industri Stockholm dalam petikannya.

Baca siaran akhbar penuh dan muat turun sumber di: http://www.siwi.org/siwa2013.

Sumber: Institut Air Antarabangsa Stockholm

Source: Stockholm International Water Institute
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Awards