omniture

Advanced Aesthetic Technologies, Inc. Mengumumkan Rawatan Pesakit Pertama dalam Ujian Klinikal Penting di China dengan Pengisi VL Algeness® VL (Gel Agaros 2.5%) untuk Pembetulan Lipatan Nasolabium Sederhana hingga Teruk

Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
2021-06-24 21:23 74

Ujian klinikal baharu ini sedang dijalankan dengan kerjasama Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (LanDev) dan syarikat induk mereka iaitu China National Biotec Group Co., LTD (CNBG) dan akan digunakan untuk mendapatkan kelulusan pemasaran di China

BROOKLINE, Massachusetts, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Advanced Aesthetic Technologies, Inc. (AAT), peneraju dalam teknologi implan gel estetik, berbesar hati mengumumkan permulaan ujian klinikal mereka untuk Pengisi VL Algeness® (Gel Agaros 2.5%) di China dengan kerjasama Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (LanDev) dan syarikat induk mereka, China National Biotec Group Co., LTD (CNBG). Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan VL Algeness® (Gel Agaros 2.5%) dalam rawatan lipatan nasolabium sederhana hingga teruk menggunakan pengisi asid hialuronik yang tersedia secara komersial, untuk disuntik sebagai kawalan. Kajian ini akan memberikan lebih banyak bukti klinikal tentang produk ini bagi memohon kebenaran pemasaran NMPA di Tanah Besar China.

Menurut Doug Abel, Ketua Pegawai Eksekutif AAT, "Pasaran estetik China berkembang dengan lebih pesat daripada pasaran global. Saiz populasi China serta penembusan pasaran yang agak rendah dalam rawatan pengisi dan estetik di China menunjukkan potensi yang besar bagi pertumbuhan masa hadapan. Rangkaian pengisi dermis Algeness® baharu kami merupakan pengisi yang 100% semula jadi, bioserasi dan terbiodegradasikan sepenuhnya yang pertama di pasaran setakat ini yang membezakannya daripada produk suntikan yang lain." Kami amat berbesar hati untuk memulakan urusan pendaftaran di China melalui rakan strategik kami, Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (LanDev) dan syarikat induk mereka iaitu China National Biotec Group Co., LTD (CNBG)."

Dari tahun 2015 hingga 2019, pasaran perubatan estetik global berkembang dengan baik dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) sekitar 8.2%. Pasaran China meningkat daripada RMB64.8 bilion pada tahun 2015 kepada RMB176.9 bilion pada tahun 2019 – CAGR sebanyak 28.7% yang mengagumkan. Pasaran domestik bersedia untuk berkembang pada CAGR 15.2% antara tahun 2020 dan 2023 (berbanding 7% di seluruh dunia) selepas tempoh pelarasan.1

Wu Qiang, Pengurus Besar Lanzhou Biotechnique Development Co. Ltd mengulas, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pasukan AAT untuk membawa produk suntikan yang revolusioner ini ke pasaran China. Kami percaya bahawa manfaat pengisi gel Algeness® yang unik dan profil keselamatannya yang tinggi akan menarik minat pakar perubatan estetik dan memperkenalkan kategori produk biodegradasi baharu ke dalam portfolio kami yang semakin meluas."

Algeness® ialah daripada keluarga terpaten untuk pengisi dermis implan gel suntikan yang boleh diserap sepenuhnya dan 100% semula jadi yang memberi kelebihan dari segi keselamatan, keremajaan kulit serta hasil yang kelihatan semula jadi pada wajah dalam keadaan rehat mahupun bergerak. Kelebihan klinikal yang biasa termasuk pembengkakan minimum semasa suntikan dan hasil yang dapat dilihat dengan segera. Algeness® memperoleh Tanda CE dan kini diedarkan di lebih 30 buah negara di seluruh dunia.

Tentang Advanced Aesthetic Technologies, Inc.

AAT ialah sebuah syarikat korporat global yang berkembang pesat dan membangunkan teknologi baharu untuk perubatan estetik. Produk utama kami iaitu keluarga implan suntikan Algeness® merupakan kemuncak penyelidikan saintifik dan klinikal selama lebih 10 tahun dan dibangunkan dengan matlamat untuk menyediakan kemajuan penyuntik estetik dengan keupayaan untuk mencapai sokongan struktur yang mendalam serta hasil klinikal yang luar biasa dengan hasil yang didapati semasa rawatan sebagai hasil akhir. Algeness® ialah pengisi 100% semula jadi dan terbiodegradasikan berasaskan agaros tulen dengan profil prestasi klinikal dan keselamatan yang berbeza. AAT melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan produk untuk memperluas pengetahuan saintifik tentang Algeness® serta mencari teknologi baharu dan inovatif untuk meningkatkan perubatan estetik dan memperluas portfolio produk. Algeness® memperoleh Tanda CE, mempunyai pelbagai pendaftaran tambahan di peringkat kebangsaan dan kini tersedia di lebih 30 buah negara. AAT sedang dalam proses mengusahakan pendaftaran di AS melalui FDA. www.algeness.com

Tentang Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (LanDev) dan syarikat induknya China National Biotec Group Co., LTD (CNBG)

China National Biotec Group Co., LTD (CNBG) yang diasaskan pada tahun 1919 merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh China National Pharmaceutical Group Co., Ltd., salah satu daripada 500 perusahaan terbaik di dunia. Sebagai syarikat biofarmaseutikal yang komprehensif, CNBG mempunyai sejarah yang lama dengan barisan produk yang lengkap dan berskala besar yang menyepadukan penyelidikan saintifik, pengeluaran, jualan dan latihan pascasiswazah. Barisan produk CNBG meliputi enam bidang produk biologi utama termasuk vaksin manusia, produk darah, kecantikan perubatan, kesihatan haiwan, ubat antibodi dan diagnosis perubatan. www.cnbg.com.cn

Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (LanDev) ialah sebuah syarikat profesional kesihatan kecantikan dan perubatan yang terkemuka di China. Perniagaannya meliputi toksin botulinum, asid hialuronik, kolagen, peralatan kecantikan laser dan lain-lain. LanDev ialah pengeluar eksklusif toksin botulinum A (BTXA)-Hengli® di China yang menikmati bahagian pasaran BTXA sebanyak kira-kira 70% di China. Hengli® telah dijual selama lebih 20 tahun dan telah mengumpul lebih sepuluh juta kes penggunaan klinikal. Pada masa yang sama, LanDev merupakan pengedar eksklusif Princess di Tanah Besar China iaitu pengisi asid hialuronik yang dikeluarkan oleh CROMA-Pharma GmbH, sebuah syarikat Austria. LanDev turut menjalinkan perkongsian strategik yang rapat dengan Cynosure, sebuah syarikat A.S. yang terkemuka dalam industri. LanDev akan menjadi sebuah syarikat inovatif yang menerajui pembangunan industri domestik dengan daya saing dan penghormatan sosial antarabangsa yang semakin meningkat.

Sila hubungi: filler@algeness.com

1 https://www2.deloitte.com/cn/en/pages/life-sciences-and-healthcare/articles/china-aesthetic-medicine-market-outlook.html

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1550223/AAT_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1550093/CNBG_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries