omniture

Baha Mar Memilih Global Gaming Asset Management (GGAM) untuk Menguruskan Operasi Kasino Resort Tersepadu Bernilai $3.5 Bilion

Baha Mar
2013-05-23 22:15 187

- Eksekutif GGAM Terlibat dalam Pembangunan dan Operasi Destinasi Bertaraf Dunia; Membawa Pengurusan Kasino Terbaik Dalam Kelasnya ke Projek Bahamas

NASSAU, Kepulauan Bahamas, dan MACAU, 23 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Baha Mar Ltd. hari ini mengumumkan bahawa Global Gaming Asset Management (GGAM), salah satu daripada pasukan pengurusan paling berjaya dalam industri kasino, telah dilantik untuk menguruskan Baha Mar Kasino & Hotel, titik tumpuan bagi destinasi resort tersepadu Baha Mar bernilai $3.5 bilion di Kepulauan Bahamas yang dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2014.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130522/LA18313-a)

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130522/LA18313-b)

Eksekutif-eksekutif kanan GGAM William P. Weidner, Ketua Pegawai Eksekutif; Bradley H. Stone, Presiden; dan Garry Saunders, Naib Presiden Eksekutif telah terlibat dalam pembukaan dan pengurusan The Venetian dan Palazzo di Las Vegas serta The Venetian Macao, dan melibatkan diri dalam pembangunan Marina Bay Sands di Singapura dalam tempoh tugas mereka dengan Las Vegas Sands. Mereka membentuk GGAM pada tahun 2011, selepas menamatkan hubungan kerja mereka bersama Las Vegas Sands. Eric Chiu dan pasukan Asianya yang berpangkalan di Macau menyertai mereka tidak lama selepas itu. Projek-projek terkini GGAM termasuklah fasa pertama Solaire Manila yang bernilai $1.2 bilion, sebuah kemudahan resort dan kasino tersepadu di Filipina yang terpacu ke arah klien Asia dan VIP.

"Kami teruja dapat membawa GGAM, Bill Weidner, Brad Stone, Garry Saunders, Eric Chiu dan pasukan Asia beliau yang berpangkalan di Macau ke Baha Mar. Mereka percaya dalam wawasan kami," kata Sarkis D. Izmirlian, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Baha Mar. "Para eksekutif ini telah membuktikan diri mereka dalam setiap pasaran perjudian yang mereka masuki - Las Vegas, Atlantic City, Macau, Singapura dan Manila— malah telah berjaya mengatasi syarikat yang terbaik dalam industri ini. Mereka adalah pasukan hebat pengurusan kasino, pemasaran pangkalan data, operasi junket dan perniagaan konvensyen, dan semua ini membantu menetapkan kedudukan Baha Mar sebagai destinasi perjudian ikonik seterusnya."

Yang Berhormat Obediah Wilchcombe, Menteri Pelancongan, berkata, "Kami dapat menyaksikan sendiri resort perjudian antarabangsa hebat yang dibangunkan oleh pasukan GGAM. Mereka mempunyai kelayakan unik untuk mengambil kesempatan atas penangguhan pemodenan peraturan perjudian negara ini  bagi menyediakan Baha Mar dan Kepulauan Bahamas dengan kelebihan daya saing yang mampan."

En. Weidner berkata, "Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada Baha Mar.  Tidak banyak destinasi perjudian yang menggabungkan lokasi pilihan ramai, aset berkualiti tinggi dan rakan kongsi jenama yang kukuh. Kami melihat peluang keemasan untuk membina jenama Baha Mar untuk menjadi nama unggul dalam resort permainan.  Pengalaman global GGMA dalam membangunkan, membuka dan mengendalikan beberapa resort kasino terbesar dan paling menguntungkan di dunia memang sesuai dengan Baha Mar yang menyasarkan para pelanggan di pasaran-pasaran utama, termasuk Asia."

Kasino & Hotel Baha Mar bakal mempunyai 1,000 buah bilik dan lantai kasino seluas 100,000 kaki persegi dengan lebih daripada 150 meja perjudian dan 1,500 mesin slot, ditambah kepada salon perjudian peribadi, pertaruhan langsung perlawanan sukan dan teknologi canggih lain. Ia adalah tarikan utama Baha Mar, sebuah destinasi resort indah seluas 1,000 ekar di sepanjang 3,000 kaki pantai bersih di Nassau, Kepulauan Bahamas. Baha Mar juga bakal menempatkan  Rosewood Resort, Mondrian dan Grand Hyatt, menawarkan 2,200 bilik mewah, suite dan kediaman beserta pelbagai kemudahan unik yang direka khas bagi kemudahan penginap bercitarasa tinggi.

Mengenai Baha Mar

Baha Mar, yang dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2014, bertapak di atas pantai pasir putih sepanjang 3,000 kaki yang terletak hanya 12 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lynden Pindling yang baru diperluaskan di Nassau. Resort ini bakal mempunyai sebuah koleksi elit jenama-jenama hotel dengan aktiviti perjudian, hiburan, membeli-belah dan tarikan semula jadi yang mencerminkan pengalaman Kepulauan Bahamas asli. Kasino & Hotel Baha Mar, dengan 1,000 buah bilik, terletak di tengah-tengah resort itu, dan menempatkan kasino gaya Las Vegas seluas 100,000 kaki persegi – yang terbesar dalam rantau Caribbean. Hotel Grand Hyatt dengan 700 buah bilik, Mondrian dengan 300 buah bilik dan Rosewood Hotel & Resort ® dengan 200 buah bilik melengkapkan kemudahan penginapan luar biasa di Baha Mar.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah Padang Golf kejuaraan 72-par dengan 18 lubang Tersendiri Jack Nicklaus di Baha Mar, kemudahan konvensyen canggih dengan jumlah keluasan sebanyak 200,000 kaki persegi termasuk pusat seni persembahan dengan 2,000 tempat duduk dan sebuah galeri seni dengan koleksi seni Kepulauan Bahamas terbanyak; lebih daripada 30 restoran, kelab malam dan bar; dua spa, termasuk destinasi ESPA seluas 30,000 kaki persegi di Baha Mar; butik pereka berjenama, sanktuari tepi pantai dengan flora dan fauna tempatan Kepulauan Bahamas, 14 pengalaman kolam renang tersendiri serta sebuah pulau peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.bahamar.com.

Mengenai GGAM

Global Gaming Asset Management (GGAM) adalah pembangun utama dunia untuk destinasi tumpuan dan resort tersepadu. Terdiri daripada eksekutif hospitaliti, perjudian dan pembinaan yang terkemuka, GGAM telah memainkan peranan penting dalam evolusi resort tersepadu seluruh dunia. Dengan resort-resort tersepadu 5 bintang yang lain daripada yang lain dalam salasilah mereka – sebuah portfolio harfiah pembangunan IR ikonik yang telah mengubah sepenuhnya Asia dan Amerika Utara – pasukan itu telah mencipta keunggulan pelancongan antarabangsa dan hab-hab terkemuka dunia untuk hiburan, menjamu selera, membeli-belah dan konvensyen. www.ggam.com.

Source: Baha Mar
Keywords: Banking/Financial Service Gambling/Casinos Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements