omniture

Adapdix melantik John Genovesi sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi memperluas pertumbuhan sektor dan menyokong permintaan pelanggan yang semakin meningkat

Adapdix Corporation
2021-06-25 11:50 28

PLEASANTON, Calif., 25 Jun 2021  /PRNewswire/ -- Adapdix, peneraju industri dalam perisian perusahaan mudah suai, platform optimum pinggir yang menyampaikan AI generasi seterusnya, berasa teruja mengalu-alukan pelantikan John Genovesi sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk membantu memperluas pertumbuhan sektor dan menyokong permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Di Adapdix, beliau menyertai pasukan kepemimpinan bertaraf dunia dan akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Anthony Hill secara langsung.

Adapdix appoints John Genovesi as COO to expand sector growth and support increasing customer demand
Adapdix appoints John Genovesi as COO to expand sector growth and support increasing customer demand

Genovesi sebelum ini bekerja di Rockwell Automation dan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan sejak berpindah ke syarikat tersebut daripada Siemens pada tahun 1989. Terkini, beliau memegang jawatan Naib Presiden Kanan, Perisian dan Akaun Perusahaan serta bertanggungjawab terhadap strategi perisian dan perkongsian strategik Rockwell Automation. Sebelum menyandang jawatan tersebut, beliau mengetuai Perniagaan Proses dan Perisian Perusahaan dan telah meningkatkan hasil dan pendapatan syarikat serta mengubah prestasi perniagaan secara signifikan. Genovesi menyertai Adapdix dengan rekod prestasi yang terbukti dalam kepimpinan perisian perusahaan perindustrian dan telah bekerjasama dengan syarikat Fortune 500 dalam merealisasikan matlamat transformasi digital mereka. Genovesi akan memainkan peranan penting dalam pelan penerimagunaan global dan perkembangan pesat Adapdix melalui kepimpinan dalaman syarikat dan membina hubungan luar bersama rakan kongsi strategik.

Adapdix baru-baru ini mengumumkan EdgeOps DataMesh™ iaitu produk pertama platform perisian AI mudah suai EdgeOps™ generasi seterusnya yang mengatasi halangan biasa dalam pengurusan data operasi masa nyata. Dengan melaksanakan pengingesan data, prapemprosesan dan pentakbiran canggih dalam rangka masa milisaat, platform ini membolehkan kawalan analisis masa nyata untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan masa henti aset bernilai tinggi. Perisian ini telah digunakan oleh pelbagai pelanggan Fortune 500 termasuk beberapa pengeluar semikonduktor terkemuka untuk meningkatkan prestasi pembuatan mereka.

Anthony Hill, Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix berkata, "John ialah seorang veteran industri dengan pengalaman pengurusan kanan selama bertahun-tahun dalam memimpin pasukan silang fungsi yang besar untuk menyampaikan penyelesaian analitik dan IoT industri. Saya gembira kerana beliau telah membuat keputusan untuk menyertai Adapdix dan beliau akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan syarikat dan produk kami ke tahap seterusnya."

Genovesi berkelulusan Ijazah Sarjana MBA dari Weatherhead School of Management di Case Western Reserve University dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari Youngstown State University. Beliau menyertai pasukan Adapdix yang terdiri daripada kakitangan pengurusan kanan berpengalaman daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam industri seperti Amazon, Foxconn, GE Digital dan Hitachi Vantara.

Tentang Adapdix 

Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) di pinggir. Platform EdgeOps berpusatkan pelanggan milik syarikat ini meningkatkan masa hidup peralatan, mengurangkan rantaian bekalan dan kos logistik serta meningkatkan produktiviti pekerja jarak jauh. Diasaskan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – lihat www.adapdix.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1550826/adapdix_john_genovesi.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1359461/ADAPDIX__Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Adapdix Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Data Analytics