omniture

FxPro Melancarkan Alat Pembinaan Strategi yang Rintis

FxPro
2013-05-23 23:23 222

LONDON, 23 Mei 2013 /PRNewswire/ --

FxPro Group Ltd (FxPro), broker utama dunia dalam FX (pertukaran wang), mengumumkan pelancaran FxPro Quant,sebuah Penasihat Pakar (EA) Pembinaan Strategi yang canggih. FxPro Quant adalah sebuah produk hebat yang membenarkan para pedagang membangunkan dan membina Penasihat Pakar mereka sendiri untuk platform MT4, menggunakan fungsi heret dan letak yang mudah.

Sistem perdagangan algo, seperti FxPro Quant,membenarkan para pedagang untuk: mengenalpasti lebih banyak peluang berdagang; membina dan menguji strategi serta menyingkirkan emosi daripada keputusan perdagangan. Penyelidikan* FxPro sendiri menunjukkan bahawa, secara puratanya, pedagang yang menggunakan sistem dagangan algo menikmati 5 kali ganda hasil perdagangan yang lebih baik dan pulangan yang lebih stabil berbanding mereka yang berdagang secara manual; walaupun begitu, sejumlah tinggi 87% pedagang masih terus berdagang secara manual.

Pembina Strategi FxPro Quant membolehkan akses perdagangan algo kepada semua pedagang -- tiada pengalaman pemprograman diperlukan. Pembina Strategi maju ini adalah sebuah alat visual yang mesra pengguna, mudah digunakan dan disertakan demonstrasi mudah, strategi-strategi yang tersedia dalam yang boleh diubahsuai oleh para pedagang bagi memenuhi keperluan dagangan mereka.

FxPro menyediakan semua sokongan yang diperlukan oleh pedagang bagi menggunakan alat yang sangat berguna ini: sebuah pusat sokongan EA khas tersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan klien dan sebuah pusat pembelajaran menyeluruh FxPro Quant boleh didapati di laman web syarikat itu.

"Pelancaran Pembina Strategi FxPro Quant yang mesra pengguna ini adalah ekoran daripada pengenalan FxPro Vault baru-baru ini, sebuah alat pengurusan risiko dan wang yang sangat diperlukan. Di FxPro, kami menjangka keperluan pelanggan kami dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang lebih berjaya; semuanya daripada Model Agensi pelaksanaan arahan yang telus sehinggalah kepada penyediaan alat perdagangan maju seperti Quant untuk mencapai matlamat itu," Charalambos Psimolophitis, Ketua Pegawai Eksekutif, FxPro.

*Sumber: FxPro, 2012

Mengenai FxPro

FxPro Group Limited adalah pemimpin industri yang pernah memenangi anugerah dalam pasaran FX yang semakin berkembang pesat. Berkhidmat untuk klien seluruh dunia dengan kemudahan perdagangan canggih dan tahap sokongan pelanggan mengagumkan 24 jam sehari, 5 hari seminggu, mereka ingin menjadi pilihan pertama para klien dengan melabur dalam tenaga kerja, inovasi dan teknologi mereka dan dengan menjadi penyedia utama untuk penyelesaian FX.

FxPro UK Limited diberi kuasa dan dikawalselia di United Kingdom oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan (FCA), nombor pendaftaran 509956. FxPro Financial Services Limited diberi kuasa dan dikawalselia oleh lesen CySEC  (078/07). http://www.fxpro.com

Amaran Risiko

Modal anda mungkin berisiko

Hubungan Media

Perhubungan Media

FxPro
+44(0)20-7776-9720
pr@fxpro.com

SUMBER  FxPro

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services