omniture

American Capital Energy & Infrastructure Memperbesarkan Pasukan Pelaburan, Melantik Penasihat-penasihat Kanan

American Capital Energy & Infrastructure
2013-05-24 06:32 155

ANNAPOLIS, Maryland, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure hari ini telah mengumumkan bahawa ia telah memperbesarkan pasukan pelaburan globalnya dengan kehadiran dua ahli baharu: Lisa Pinsley, Pengarah Pelaburan Afrika dan Pol Mijares, Rakan Sekutu Kanan. Syarikat itu juga melantik Peter Bird dan Venu Nambiar sebagai Penasihat-penasihat Kanan. Pasukan ini akan menumpukan kepada penyumberan peluang pelaburan dalam aset infrastruktur tenaga global serta syarikat-syarikat produk dan perkhidmatan dalam sektor kuasa dan tenaga.

"Kami teruja Lisa, Pol, Peter dan Venu, yang semuanya merupakan profesional dalam industri mereka, akan menyertai pasukan pelaburan," kata Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif American Capital Energy & Infrastructure.  "Gabungan pengalaman mereka dalam pelaburan, pengurusan dan perundingan dalam sektor tenaga dan infrastruktur, serta perhubungan mereka yang kukuh di seluruh dunia, bakal membolehkan kami mengemudi pasaran tenaga dan infrastruktur global serta mencari peluang pelaburan yang terbaik."

Pasukan Pelaburan

Lisa Pinsley bertanggungjawab untuk menyumberkan peluang di Afrika sub-Sahara. Sebelum menyertai American Capital Energy & Infrastructure, Cik Pinsley bekerja sebagai Naib Presiden AES Africa Power Company, di mana beliau menumpu kepada peluang infrastruktur kuasa dan tenaga di benua Afrika itu. Cik Pinsley mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam pasaran baharu dan kewangan. Tambahan lagi, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kakitangan untuk Menteri Kewangan Afghanistan yang menumpu kepada program pemulihan ekonomi negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Sebelum menyertai American Capital Energy & Infrastructure, Pol Mijares bekerja di The AES Corporation  ("AES"), memegang beberapa jawatan dalam pembangunan perniagaan, komoditi dan pengurusan risiko yang menyokong perniagaan yang terletak di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Amerika Latin.Sebelum AES, Mijares merupakan jurubank pelaburan di Bear Stearns & Co. dan Banc of America Securities, LLC di mana beliau menumpu kepada pelaksanaan pembelian dan penjualan penggabungan dan pemerolehan, serta merangka struktur pembiayaan hutang hasil tinggi dan gred pelaburan untuk orang awam dan syarikat milikan tertutup.

Penasihat Kanan

Peter Bird menasihati American Capital Energy & Infrastructure mengenai peluang penyumberan di Asia. Sehingga bulan Jun 2012, En. Bird memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif di perniagaan perundingan kewangan global Asia Tenggara Rothschild. Untuk jawatan ini, pengalaman En. Bird termasuklah menasihati syarikat-syarikat utama mengenai pemerolehan dan penyahlaburan dalam sektor infrastruktur; menasihati pelbagai kerajaan dan pentadbiran mengenai penswastaan dalam ekonomi-ekonomi maju dan baharu; menasihati peminjam mengenai pembiayaan projek, pembiayaan pemerolehan, pembiayaan semula, insolvensi dan penstrukturan semula hutang; menasihati badan sektor infrastruktur  dan sektor awam mengenai persaingan kegiatan penjualan dan rekaan tender; dan menasihati kerajaan mengenai penstrukturan semula industri tenaga di U.K., Eropah, Australia, Amerika Selatan dan Asia. Sebelum menyertai Rothschild pada tahun 1990, En. Bird bekerja sebagai perunding ekonomi dan penyelidik ekonomi yang tertumpu kepada sektor tenaga dan sebagai pakar ekonomi akademik di Universiti Stirling.

En. Bird berkhidmat di lembaga InfraCo Asia Development Pte., Ltd.,sebuah syarikat pembangunan infrastruktur  yang dibiayai penderma yang tertumpu pada pasaran baharu berpendapatan rendah di Asia, dan Vector, Ltd., sebuah kumpulan infrastruktur tersenarai yang memiliki dan menguruskan sebuah portfolio rangkaian infrastruktur tenaga dan gentian optik di New Zealand.

Venu Nambiar menasihati American Capital Energy & Infrastructure mengenai peluang penyumberan di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan. Sebelum menyertai syarikat ini, En. Nambiar berkhidmat sebagai Naib Presiden AES dengan tanggungjawab utama di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan. Sewaktu tempoh perkhidmatan beliau di AES, En. Nambiar memegang beberapa jawatan kanan termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AES Oasis Limited, Pengerusi dan Pengarah Urusan AES India, dan Pengarah Urusan Pembangunan Perniagaan serta Penggabungan dan Pemerolehan di Asia dan Timur Tengah. En. Nambiar mempunyai pengalaman selama lebih 21 tahun dalam industri tenaga dengan 15 tahun ditumpu kepada pelaburan dan pengurusan pertumbuhan dalam pasaran-pasaran baharu.

American Capital Energy & Infrastructure adalah sebahagian daripada gabungan pengurusan aset  American Capital, Ltd.'s (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. American Capital Asset Management menumpu kepada mencipta, memodali dan menguruskan dana pelaburan alternatif untuk seluruh kelas-kelas aset, termasuk tenaga dan infrastruktur, hartanah, ekuiti swasta dan pembiayaan peribadi. American Capital telah memperuntukkan $200 juta bagi menyokong inisiatif-inisiatif American Capital Energy & Infrastructure.

MENGENAI AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE

American Capital Energy & Infrastructure melabur dalam aset infrastruktur tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan tenaga, pengagihan tenaga dan rangkaian transmisi, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api serta syarikat-syarikat produk dan perkhidmatan yang tertumpu pada sektor kuasa dan tenaga. Untuk  maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

MENGENAI AMERICAN CAPITAL

American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) adalah sebuah firma ekuiti swasta dan pengurus aset global dagangan awam. American Capital,  secara terus dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, mengasalkan, menaja jamin dan menguruskan pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran tengah, pembiayaan terumpil, hartanah dan produk-produk terstruktur. American Capital menguruskan aset-aset bernilai $21.2 bilion, termasuk aset pada kunci kira-kiranya dan aset perolehan upah di bawah pengurusan oleh pengurus-pengurus bergabung, dengan jumlah aset bernilai $112 bilion di bawah pengurusan (termasuk aset terpinjam). Melalui sebuah ahli gabungan, American Capital menguruskan American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC) yang didagang awam dengan permodalan pasaran sebanyak kira-kira $13 bilion dan American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dengan permodalan pasaran sebanyak kira-kira $1.5 bilion. Daripada lapan pejabat di AS dan Eropah, American Capital serta rakan sekutunya European Capital mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta ke $750 juta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan ramalan. Kenyataan-kenyataan mengenai keputusan jangkaan daripada American Capital tertakluk kepada pelbagai faktor dan ketidakpastian, termasuk ketidakpastian yang berkaitan dengan masa penamatan urus niaga, perubahan dalam kadar faedah, ketersediaan urus niaga, perubahan dalam keadaan ekonomi serantau, negara atau antarabangsa, atau perubahan dalam keadaan industri yang dilabur oleh American Capital.

Hubungi: +1-443-214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Rajeev Garside, Naib Presiden

 

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Stocks:
NASDAQ:ACAS
Keywords: Personnel announcements