omniture

Fokus Terhadap Strategi Mudah Alih Global Perfect World: Sedia untuk Pertumbuhan Pesat pada 2013

Perfect World Co., Ltd.
2013-05-24 07:17 109

BEIJING, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Satu persidangan berbentuk perkongsian pengalaman dan perbincangan mendalam berfokuskan permainan mudah alih telah diadakan baru-baru ini di Perfect World. Naib presiden kanan Perfect World Alex Xu telah berkomunikasi dengan  banyak agensi media terkemuka mengenai strategi permainan mudah alih dan kelebihan syarikat itu selain pengalamannya dalam kajian, operasi dan pelaburan permainan mudah alih.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO)

Alex Xu telah berkongsi strategi permainan mudah alih Perfect World dengan para hadirin. "Pertama, kami mempunyai pasukan elit bertaraf dunia yang mengkhusus dalam pembangunan permainan  berasaskan klien, dan mereka telah memperoleh pengalaman yang luas dalam mencipta judul baharu dan memenuhi keperluan pemain. Kedua, kami menumpu kepada pembangunan permainan di bawah hakcipta dan jenama premium. Ketiga, kami memanfaatkan kehadiran global kami untuk membawakan permainan terbaik ke China di samping berkhidmat sebagai agen bagi judul-judul keluaran China di pasaran luar negara. Keempat, kami sedang mengusahakan pembangunan permainan merentasi sempadan yang digabungkan dengan pembentukan dan pemberian hakcipta yang betul mengikut peraturan setiap pasaran. Akhir sekali, kami telah mengadakan komuniti pemain untuk menghubungkan pengguna-pengguna PC dan telefon pintar," kata beliau.

Untuk telefon pintar, Perfect World menumpukan kepada pembangunan, perlesenan, pelaburan dan pembangunan aplikasi bebas dan perkongsian serentak. Tambahan pula, Perfect World mempunyai kakitangan dari beberapa buah negara termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun dalam barisan tenaga kerjanya,membolehkan syarikat itu berpandangan global dalam memahami tuntutan pasaran, dan berusaha memenuhi keperluan pemain di seluruh dunia dengan lebih baik. Syarikat itu mempunyai fokus yang kukuh terhadap meningkatkan kesedaran jenama dan kesetiaan pelanggannya, dengan hasilnya, melangkaui jenamanya yang terkenal di seluruh dunia, imej jenama itu juga sangat dihormati oleh para pemain di serata tempat.

Mengulas kriteria bagi menyertai pasukan permainan mudah alih Perfect World. Alex Xu berkata bahawa pandangan dunia yang positif, idealisme, kemampuan,perlaksanaan, kebolehan yang baik dalam perdagangan dan pemasaran komersil dipadankan dengan tahap sofistikasi yang tinggi merupakan pertimbangan-pertimbangan yang penting, dengan pandangan dunia yang positif menjadi keutamaan.

Disebabkan capaian pasaran globalnya, kebolehan yang kukuh dalam penyelidikan dan operasi dan juga standard pelaburan yang profesional, Perfect World telah mengambil langkah yang utuh ke dalam pasaran permainan mudah alih global. Berikutan the Rise of The King, Perfect World akan mengembangkan kehadirannya dalam pasaran mudah alih dengan melancarkan permainan mudah alih baharu dan membawakan pengalaman mengujakan bagi pemain di seluruh dunia pada 2013.

 

 

Source: Perfect World Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PWRD
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Web Site Corporate Expansion