omniture

GSMA Bekerjasama dengan Cision PR Newswire untuk MWC Barcelona 2021

GSMA
2021-06-25 19:51 160

PR Newswire akan Menjadi Hos Rasmi Bilik Akhbar Dalam Talian dan Menyediakan Perkhidmatan Edaran Berita 

BARCELONA, Sepanyol, 25 Jun 2021 /PRNewswire / -- GSMA hari ini mengumumkan bahawa Cision PR Newswire akan menjadi rakan media dan komunikasi yang rasmi untuk acara teknologi dan industri mudah alih utama organisasi tersebut iaitu MWC Barcelona 2021. Acara tersebut akan diadakan bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai 2021. 

Setiap tahun, MWC menyatukan syarikat perintis dan terkemuka untuk berkongsi topik-topik terkini berkaitan masa depan ekosistem teknologi dan mudah alih. 

PR Newswire, sebuah rangkaian edaran kandungan dan platform penasihat media terkemuka dalam industri, akan menjayakan Bilik Berita MWC21 Dalam Talian yang rasmi . Pempamer Acara dan ahli-ahli PR Newswire akan menggunakan Bilik Akhbar Dalam Talian ini untuk berkongsi berita pameran, aset multimedia dan kandungan lain dengan para peserta, rakan media dan orang awam. Para pempamer boleh mendapatkan kebolehlihatan dalam bilik akhbar dengan membeli pakej pameran di sini: https://mwc.vporoom.com/order

"Kami gembira dengan kehadiran PR Newswire sebagai rakan media rasmi kami untuk acara pada tahun ini," kata Lara Dewar, Ketua Komunikasi & Perhubungan Awam Global GSMA. "MWC21 ialah sebuah acara hibrid, oleh itu, penting untuk memastikan pengalaman yang lancar tanpa mengira lokasi atau platform peserta. Pasukan PR Newswire kreatif dan berorientasikan penyelesaian. Saya gembira kerana mereka membantu kami membawakan sumber akhbar ke dalam ruang maya dan membolehkan media dari seluruh dunia mengakses kandungan yang penting." 

PR Newswire telah menyediakan tip bagi syarikat-syarikat yang melayari strategi acara hibrid ini dalam panduan mereka bertajuk 3 Ways to Increase Your Visibility at MWC (3 Cara untuk Meningkatkan Kebolehlihatan Anda di MWC). 

Tema acara pada tahun ini ialah Connected Impact (Impak Terhubung) dan para peserta akan meneroka betapa AI, 5G, Data Raya dan IoT bakal membentuk masa depan dan terus mengubah kehidupan. Inilah masanya untuk berhubung, membina – dan memikirkan semula tentang dunia yang lebih terhubung.

Untuk menghadiri acara tersebut, sila daftar di sini

Tentang Cision 
Sebagai peneraju global dalam Perhubungan Awam, pemasaran serta pengurusan kecerdasan dan teknologi media sosial, Cision membantu jenama dan organisasi untuk mengenal pasti, berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan serta pihak berkepentingan untuk memacu hasil perniagaan. PR Newswire, sebuah rangkaian yang terdiri daripada lebih 1.1 bilion pempengaruh, kawalan terperinci, analisis dan platform media sosialnya iaitu Brandwatch dan Falcon.io menyediakan suatu rangkaian penyelesaian premium yang menggemparkan. Cision mempunyai pejabat di 24 buah negara di seluruh Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesian Cision yang memenangi anugerah termasuk Cision Communications Cloud® generasi seterusnya, sila layari www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter. 

Tentang GSMA 
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia dengan menyatukan lebih 750 pengendali dan hampir 400 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi-organisasi dalam sektor industri yang berkaitan. GSMA turut menganjurkan acara-acara MWC yang terkemuka dalam industri setiap tahun di BarcelonaAfrikaLos Angeles dan Shanghai serta Thrive Series  tentang persidangan serantau. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1551352/GSMA_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/998964/cision_PRNewswire_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: GSMA
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Future Events