omniture

Angry Birds 2 Terbang ke AppGallery

AppGallery, Huawei
2021-06-29 00:59 277

Nama Besar Terkini Disenaraikan di Platform Aplikasi Huawei  

SHENZHEN, China, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Huawei, syarikat teknologi global yang terkemuka, mengumumkan bahawa Angry Birds 2, permainan yang sangat popular daripada pembangun, Rovio, telah diintegrasikan di AppGallery yang berkembang pesat. Ini merupakan langkah terkini ke platform tersebut daripada sebuah syarikat permainan mudah alih utama, yang menandakan pengaruh AppGallery yang semakin meningkat untuk mendekati khalayak antarabangsa yang besar.

Angry Birds 2 Tiba di AppGallery Bawakan Cabaran Burung Berbulu Menyeronokkan dan Tawaran kepada Pengguna Huawei
Angry Birds 2 Tiba di AppGallery Bawakan Cabaran Burung Berbulu Menyeronokkan dan Tawaran kepada Pengguna Huawei

"Kami menjalin kerjasama dengan beberapa pembangun permainan yang terkemuka di dunia dan ketika kami membina pendedahan untuk kumpulan pengguna kami yang luas, keyakinan antara studio-studio dan pembangun-pembangun lain semakin meningkat," kata Derek Yu, Presiden Huawei CEE & Nordik dan Kanada di Huawei Consumer Business Group.

Angry Birds diiktiraf secara meluas sebagai permainan yang menjadikan peranti mudah alih sebagai platform permainan yang berdaya maju. Walau bagaimanapun, Angry Birds 2 yang mendorong populariti jenama berkenaan, mencabar pengguna untuk membina kawanan burung terbaik bagi menewaskan musuh mereka, sang khinzir, dan menyelamatkan telur.

Ini merupakan permainan Rovio pertama yang disenaraikan di AppGallery, namun begitu, filem berasaskan permainan berkenaan telahpun tersedia di Huawei Video¹, platform syarikat untuk kandungan video. Selain daripada bermain permainan, pengguna Huawei juga tidak lama lagi akan dapat menyesuaikan telefon mereka menggunakan Huawei Themes untuk memaparkan jenama Angry Birds 2 khusus manakala pelanggan yang mempunyai telefon pintar dan tali jam Huawei akan dapat memuat turun muka jam tangan Angry Birds 2. Huawei juga akan menyokong Angry Birds 2 dengan pelbagai promosi dan tawaran berserta aktiviti dalam saluran sosialnya yang dapat mendekati pengguna di lebih daripada 170 negara.

"Kami berasa sangat teruja kerana Angry Birds 2 kini akan disediakan kepada berjuta-juta lagi pemain di seluruh dunia melalui perkongsian kami dengan AppGallery," kata Miikka Lindgren, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di Rovio. "Misi Rovio adalah untuk mencipta keriangan dan kami sentiasa berasa gembira apabila permainan dan keriangan yang kami bawakan dapat menjangkau khalayak baharu."

Sebagai salah satu pasaran aplikasi yang berkembang paling pantas di dunia dengan 540 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia, AppGallery berusaha untuk bekerjasama dengan jenama-jenama dan pembangun-pembangun permainan terkemuka seperti Rovio yang mana judul-judul permainannya menggamit perhatian khalayak global terbesar.

Huawei bekerjasama erat dengan lebih 4 juta pembangun berdaftar untuk sentiasa membawa kandungan baharu ke platform tersebut, dengan lebih 134,000 aplikasi kini diintegrasikan dengan HMS, platform perkhidmatan mudah alih proprietari Huawei.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Catatan untuk editor:

¹ Filem Angry Birds 2 disediakan di Huawei Video di negara-negara terpilih, harga mungkin berbeza.

Latar Belakang AppGallery

AppGallery ialah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk pengguna. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi terunggul di seluruh dunia, AppGallery disediakan di lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 540 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Huawei bekerjasama dengan 4 juta pembangun di seluruh dunia dan pada tahun 2020 jumlah muat turun daripada AppGallery telah mencecah 384.4 bilion kali.

 

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services