omniture

Robot penghantaran berautonomi perjalanan akhir dibangunkan dengan Ultimaker S3

Ultimaker
2021-06-29 08:00 31

Final Aim, Inc. menggunakan percetakan 3D untuk membangunkan penyelesaian yang menangani isu penghantaran di Singapura.

UTRECHT, Belanda, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Ultimaker, peneraju global dalam percetakan 3D profesional , hari ini mengumumkan bahawa Final Aim, Inc., syarikat teknologi kendalian di Jepun menggunakan Ultimaker S3 untuk mereka cipta dengan segera robot penghantaran berautonomi yang pertama bagi penggunaan di Singapura. Final Aim, Inc. bekerjasama dengan syarikat pemula robotik OTSAW Digital PTE LTD untuk membangunkan robot Camello demi menangani isu-isu ketidakcekapan yang dihadapi di Singapura dalam perjalanan akhir rantaian logistik. Brulé, rakan niaga jualan rasmi Ultimaker di Jepun, berkhidmat sebagai rakan niaga dengan pengetahuan dan sokongan yang dipercayai kepada pasukan tersebut demi menjadikan teknologi ini suatu kenyataan.

Yasu from Final Aim Inc next to the Ultimaker S3
Yasu from Final Aim Inc next to the Ultimaker S3

Melalui kerjasama dengan perniagaan perindustrian yang besar seperti NTUC FairPrice dan DHL, robot tersebut kini berkhidmat untuk penghantaran bungkusan dan barangan runcit. Camello yang mesra pengguna menampilkan ruang kargo ergonomik dan reka bentuk yang kemas – optimum untuk persekitaran bandar Singapura. Yasuhide "Yasu" Yokoi, pengasas bersama syarikat reka bentuk dan teknologi Final Aim, Inc. berkata: "Percetakan 3D membolehkan kami menjadikan pelbagai idea kami menjadi realiti. Ultimaker S3 sangat mudah dikendalikan memberikan masa tambahan kepada saya untuk melaksanakan reka bentuk baharu sambil mencetak. Berbanding dengan kaedah pemprototaipan biasa yang lain, kami mendapati percetakan 3D lebih cekap untuk pemprototaipan".

Demi menjadikan Camello suatu kejayaan, reka bentuknya hendaklah intuitif dan mudah digunakan dalam sekali pandang. Percetakan 3D membolehkan pihak berkepentingan melihat dan menyentuh produk fizikal, meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep dan reka bentuk Camello – di samping memperkemas dan mempercepat proses membuat keputusan.

William Lee, Pengarah Saluran Ultimaker: "Menyaksikan kerja berpasukan antara Final Aim Inc, OTSAW dan rakan niaga kami Brulé dalam menghasilkan robot ini merupakan suatu perkara yang menakjubkan. Penyelesaian ini menyumbang kepada ekosistem logistik yang lebih baik demi penghantaran yang lancar dan cekap kepada para pelanggan, selain meningkatkan margin keuntungan untuk perniagaan yang menggunakan teknologi tersebut. Saya berbangga kerana Ultimaker S3 kami telah menyumbang kepada pencapaian projek yang bercita-cita tinggi ini."

Ultimaker   

Ditubuhkan pada 2011,  Ultimaker sedang dalam suatu misi untuk mempercepat transformasi dunia ke arah penyelesaian yang fleksibel, memperkasa dan lestari. Seramai 380 pekerja bekerjasama secara global untuk menyediakan platform yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya keunikan Ekosistem Ultimaker yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan percetakan 3D yang terbesar dalam industri.  Ultimaker menyediakan integrasi perkakasan, perisian dan bahan yang lancar dan berfungsi.  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1537851/yasu_from_final_aim_inc_next_to_the_ultimaker_s3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Ultimaker
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology New products/services