omniture

Persembahan Platinum Jubilee Didedahkan

The Platinum Jubilee Pageant
2021-06-29 18:15 18

LONDON, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Raksasa 'Queen's Beasts' setinggi rumah tiga tingkat, naga sebesar bas London, dan lebih daripada 5,000 askar, penghibur, pekerja utama dan sukarelawan dari seluruh negara dan negara-negara Komanwel sedang dirancang untuk menyambut ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II dalam Persembahan Platinum Jubilee.

Diadakan di London pada hari Ahad 5 Jun 2022, Persembahan ini dirancang untuk menjadi salah satu acara sambutan terbesar dalam dekad ini dan akan menceritakan kisah pemerintahan Ratu Elizabeth II dan transformasi masyarakat kita dalam tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sir Michael Morpurgo, penulis buku War Horse, telah menulis sebuah kisah bertajuk There once is a Queen, yang akan dihidupkan oleh Pengarah Persembahan Adrian Evans LVO, dengan menggunakan bakat-bakat artis dan kreatif dari setiap pelosok negara dan luar negara.

Persembahan ini dipadukan oleh komitmen terhadap kelestarian dan impak serta rangkuman sosial. Syarikat ini akan menawarkan latihan industri dan peluang untuk sukarelawan serta menggalakkan projek-projek kreatif bagi mengukur impak acara ini kepada komuniti setempat.

Syarikat yang menganjurkan, The Platinum Jubilee Pageant, dipengerusikan bersama oleh Sir Michael Lockett KCVO dan Nicholas Coleridge CBE. CEO syarikat ialah Rosanna Machado. Persembahan ini dibiayai melalui dana daripada gabungan rakan korporat, perniagaan komersial, pemegang waran diraja dan para dermawan persendirian, yang ingin memberi penghormatan kepada Baginda Ratu.

Nicholas Coleridge CBE, Pengerusi Bersama, menyatakan: "Melalui penggabungan upacara dan persembahan yang meriah dan berbentuk festival, tujuan kami adalah untuk mewujudkan satu pertunjukan gilang-gemilang yang bertenaga dan akan diingati, sebagai satu tanda penghargaan yang wajar bagi Baginda Ratu."

Sir Michael Lockett KCVO, Pengerusi Bersama Platinum Jubilee Pageant, berkata: "Persembahan ini akan membawa kita menelusuri dekad digital sembilan puluhan dan seterusnya sehingga ke hari ini ketika kita berdiri di atas bucu pengembaraan baharu dan kemajuan yang rancak."

Adrian Evans LVO, Pengarah Persembahan menambah: "Kami sedang menempah artis-artis dan komuniti yang bekerja dengan mereka untuk menterjemahkan bab-bab yang berbeza dalam pemerintahan Baginda Ratu dalam pemaparan kisah yang hebat ini."

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web ini.

Platinumjubilee@shephardcommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1553812/Platinum_Jubilee_Pageant_Logo.jpg?p=medium600

Source: The Platinum Jubilee Pageant
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel New products/services