omniture

Chubb Melantik Barisan Kepemimpinan di Rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika

Chubb
2021-06-29 19:23 12

LONDON, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Chubb hari ini mengumumkan pelantikan kepemimpinan kanan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Sara Mitchell dilantik sebagai Presiden Bahagian Benua Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara. Sara akan bertanggungjawab ke atas operasi hartanah dan kasualti, kemalangan dan kesihatan serta barisan pengguna Chubb di 26 buah negara di Benua Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara. Dalam jawatan terbarunya, Sara merupakan Presiden Bahagian untuk United Kingdom, Ireland dan Afrika Selatan.

Mark Roberts dilantik sebagai Presiden Bahagian untuk United Kingdom, Ireland dan Afrika Selatan bagi menggantikan Sara. Mark akan bertanggungjawab ke atas operasi hartanah dan kasualti, kemalangan dan kesihatan serta barisan pengguna Chubb di seluruh United Kingdom, Ireland dan Afrika Selatan. Jawatan terkini Mark ialah sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan Hartanah dan Kasualti, United Kingdom dan Ireland.

Robert Wilson dilantik sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan Chubb Global Markets dan Penaja Jaminan Aktif Syndicate 2488 Lloyd, Chubb. Robert akan bertanggungjawab ke atas semua aktiviti penaja jaminan Chubb Global Markets and Syndicate 2488. Dalam jawatan terbarunya, Robert merupakan Timbalan Ketua Pegawai Penaja Jaminan dan Ketua Operasi Penaja Jaminan Chubb Global Markets.

Sara, Mark dan Robert akan melapor kepada David Furby, Presiden Serantau, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Selain daripada tanggungjawab semasa beliau, David memegang jawatan sebagai Presiden, Chubb Global Markets.

Kesemua pelantikan berkuat kuasa serta-merta dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

David Furby berkata: "Saya benar-benar gembira dengan kehadiran Sara, Mark dan Robert ke dalam pasukan kepemimpinan di rantau EMEA. Mereka semua mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan pengalaman kepemimpinan mereka yang kukuh akan membawakan perkhidmatan terbaik daripada Chubb kepada pelanggan dan broker kami di seluruh rantau ini."

Juan Luis Ortega, Naib Presiden Eksekutif, Chubb Group merangkap Presiden Insurans Am Luar Negara berkata: "Dengan pengalaman dan pencapaian industri mereka selama beberapa dekad, dan di bawah kepemimpinan keseluruhan David Furby, ketiga-tiga eksekutif ini – Sara, Mark dan Robert – mewakili pasukan yang sangat kuat dan berbakat yang mengetuai rantau kami di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.  Kami amat berbesar hati dengan pelantikan pengurusan kanan ini yang sekali gus menunjukkan barisan kekuatan bakat yang signifikan dalam Chubb."

Sara Mitchell mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam industri insurans.  Sara menyertai Chubb pada tahun 2011 dan telah berkhidmat dengan memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam hartanah pengguna dan komersial dan perniagaan kasualti di UK dan Eropah. Sebelum menyertai Chubb, Sara memegang pelbagai jawatan di RSA dan Allianz. Beliau memiliki ijazah Kimia dari University of Manchester dan merupakan Ahli Bersekutu Institut Insurans Berkanun.

Mark Roberts mempunyai 28 tahun pengalaman dalam industri insurans termasuk 22 tahun dengan Chubb. Mark menyertai syarikat pada tahun 1999 dan telah bertahun-tahun memegang jawatan pengurusan dan penaja jaminan kanan serta meningkat di dalam kerjayanya. Mark memulakan kerjayanya sebagai broker di SBJ dan sebelum menyertai Chubb, beliau bekerja sebagai penaja jaminan di ITT London & Edinburgh. Mark mempunyai ijazah dalam bidang Sejarah Purba dari Durham University. 

Robert Wilson mempunyai 35 tahun pengalaman dalam industri insurans. Robert menyertai Chubb pada tahun 2009 dan telah memegang pelbagai jawatan kanan di Chubb Global Markets. Sebelum menyertai Chubb, Robert bekerja sebagai broker perjanjian insurans semula dengan Marsh, JLT dan Aon.

Tentang Chubb

Chubb ialah sebuah syarikat insurans kasualti dan hartanah dagangan awam yang terbesar di dunia. Dengan operasi di 54 buah negara dan wilayah, Chubb menyediakan insurans kasualti dan hartanah peribadi dan komersial, kemalangan peribadi dan insurans kesihatan tambahan, insurans semula serta insurans hayat kepada pelbagai kumpulan pelanggan. Sebagai sebuah syarikat penaja jaminan, kami menilai, mengendali dan menguruskan risiko dengan pengamatan dan disiplin. Kami memberikan perkhidmatan dan membayar tuntutan dengan adil dan segera. Syarikat ini juga ditakrifkan oleh tawaran produk dan perkhidmatannya yang banyak, keupayaan pengedaran yang luas, kekuatan kewangan yang luar biasa dan operasi setempat di seluruh dunia. Syarikat induk Chubb Limited disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE: CB) dan merupakan komponen indeks S&P 500. Chubb mempunyai pejabat eksekutif di Zurich, New York, London, Paris dan lokasi lain dengan kira-kira 31,000 orang pekerja di seluruh dunia. Maklumat tambahan boleh didapati di: www.chubb.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/324916/Chubb_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Chubb
Related Stocks:
NYSE:CB
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Personnel announcements