omniture

TeamDrive Dinamakan "Vendor Hebat dalam Privasi" oleh Gartner

TeamDrive Systems GmbH
2013-05-24 20:19 148

HAMBURG, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ --

TeamDrive Diiktiraf untuk Teknologi "Selaras dan Kongsi"nya yang Inovatif dan Selamat, Dinamakan Sebagai Salah Satu "Vendor Hebat" Tahun 2013 oleh Gartner

TeamDrive Systems, penyedia utama perkhidmatan penyelarasan fail perusahaan selamat yang berpangkalan di Eropah, mengumumkan hari ini bahawa ia telah dimasukkan dalam laporan 2013 "Vendor Hebat untuk Privasi" oleh Gartner, Inc.

Peralihan pantas kepada penggunaan tablet dan peranti pintar telah mencetuskan kemunculan perkhidmatan awan hibrid dan peribadi untuk teknologi "Selaras dan Kongsi" yang selamat. "Kami percaya penyenaraian nama kami dalam laporan Vendor Hebat oleh Gartner adalah pengesahan bahawa "sekuriti yang terancang" TeamDrive memenuhi keperluan perusahaan untuk penyelesaian kerjasama selamat," kata Volker Oboda, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama TeamDrive Systems. "Kami akan terus membangunkan teknologi "Selaras dan Kongsi" generasi seterusnya yang selamat dan mesra pengguna. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Gartner kerana mengiktiraf sumbangan dan usaha kami untuk lebih privasi dan sekuriti dalam pasaran perkongsian dan penyelarasan fail perusahaan."

Mengenai TeamDrive Systems

TeamDrive Systems membolehkan kolaborasi selamat antara syarikat serta antara platform dengan privasi penuh dan sekuriti maksima. TeamDrive menawarkan kombinasi pengkomputeran awan, (peribadi dan awam) dan pilihan bebas untuk pelayan, yang memberikan kebolehskalaan dan kebebasan tanpa had yang menjimatkan kos. TeamDrive menggunakan pelayan dan klien Linux, Windows, Mac serta iPhones, iPads dan telefon pintar Android. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web TeamDrive: http://www.teamdrive.com/

Penafian: Gartner tidak mengendors sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihati para pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan pemeringkatan tertinggi. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pandangan organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan sebarang jaminan, sama ada yang dinyatakan atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan boleh diperdagangkan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

* "Vendor Hebat dalam Privasi" Gartner oleh Carsten Casper, Andrew Frank, Monica Basso, 24 April 2013.

Hubungan Media

Heidi Groshelle
Groshelle Communications (untuk TeamDrive)
Tel +1-415-821-1454
heidi@groshelle.com
@heidigro

Sumber: TeamDrive Systems GmbH

 

Source: TeamDrive Systems GmbH
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Awards