SHENZHEN, China, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, melancarkan 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiganya di Kongres Dunia Mudah Alih 2021.
Sebelum ini, ZTE memperkenalkan salah satu penghala 5G yang pertama di dunia ZTE 5G Indoor CPE MC801 pada tahun 2018. 5G Indoor CPE MC801A generasi kedua syarikat ini dilancarkan pada tahun 2019, memenangi iF Design Award yang berprestij. Ketika ini, 5G Indoor CPE MC801A boleh didapati di lebih daripada 30 negara di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Timur Tengah.
Sorotan Utama Produk:
Bagi menyokong keperluan penyiaran langsung yang semakin berkembang pesat, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiga menyampaikan sambungan 5G berkualiti tinggi, menangani kesesakan rangkaian dalam senario rumit, memenuhi keperluan konfigurasi peringkat-perusahaan dan mempunyai tetapan mesra pengguna untuk sambungan rumah pintar yang lebih mudah.
Teknologi Antena Super 3.0
Teknologi antena super 3.0 terkini ZTE mencapai kejayaan semua arah yang sebenar untuk penembusan isyarat 5G yang lebih baik. Teknologi antena super baharu ini menyampaikan 15 peratus lebih liputan dan 20 peratus kelajuan akses yang lebih cepat berbanding ZTE 5G Indoor CPE MC801A.
Sambungan Pantas untuk Senario Rumit
Dengan NPU peringkat-perusahaan yang terkini daripada Qualcomm®, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 menyampaikan Wi-Fi 6, 4x4 MIMO dan 4KQAM pada kadar kelajuan puncak sehingga 5.4Gbps untuk sehingga 128 pengguna secara serentak. Ia menyokong teknologi Wi-Fi 6 penting seperti OFDMA, TWT dan pewarnaan BSS serta menggunakan kuasa pengkomputeran AI peringkat-cip - mengurangkan gangguan dan penggunaan kuasa dengan berkesan di samping memenuhi perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang lebih tinggi untuk profil penggunaan pelbagai terhubung secara serentak.
zLink Boost
Teknologi zLink Boost yang canggih menumpukan secara automatik rangkaian jalur lebar tanpa wayar dan berwayar, menggandakan kelajuan huluan dan hiliran ZTE 5G Indoor CPE MC8020 bagi mencapai sambungan berkelajuan tinggi yang tekal.
Sambungan Satu-Sentuh NFC
Dengan fungsian NFC baharu, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 dapat disambungkan ke telefon pintar didayakan NFC dengan hanya satu sentuhan. Menghubungkan televisyen, komputer dan peranti pintar ke ZTE Indoor 5G CPE MC8020 boleh dilakukan secara automatik tanpa caj pada tetapan rangkaian Wi-Fi.
Inovasi 5G yang Utama
Dengan pengalaman internet mudah alih selama 16 tahun dan hampir 1000 paten dalam bidang ini, ZTE telah menghantar lebih daripada 200 juta peranti internet mudah alih ke seluruh dunia dengan penghantaran cipset yang dibangunkan sendiri melebihi 30 juta. Sehingga kini, produk terminal internet mudah alih 5G ZTE digunakan secara komersial dalam lebih daripada 30 negara dan wilayah.
Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn