omniture

Grenada yang dikenali sebagai 'The Spice of the Caribbean' Dinobatkan Sebagai "Culinary Capital" Pertama di Dunia

World Food Travel Association
2021-06-29 23:00 79

LONDON, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini World Food Travel Association (WFTA) mengumumkan bahawa ia baru sahaja menganugerahkan Grenada dan pulau sejajahannya, Carriacou serta Petite Martinique sebagai "Culinary Capital" (Ibu Negeri Kulinari) pertama di dunia. Culinary Capital ialah program pelancongan regeneratif yang dimulakan oleh WFTA untuk menyerlahkan budaya kulinari di seluruh dunia apabila industri pelancongan mulai pulih setelah sekian lama ia terhenti.

Kirl Grant-Hoschtialek, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Grenada Tourism Authority (GTA) berkata, "Akreditasi destinasi Culinary Capital yang dianugerahkan oleh World Food Travel Association merupakan suatu pencapaian besar bagi Grenada.  Kami terkenal di seluruh dunia sebagai Spice of the Caribbean (Rempah Kepulauan Carribean) dan ini amat bertepatan dengan gelaran kami sebagai pulau Caribbean pertama yang memperoleh gelaran ini.  Ia akan pasti menarik perhatian para pelancong yang berminat untuk meneroka hubungan antara makanan dan kebudayaan dan bagi mereka yang ingin memastikan setiap hidangan yang tersedia semasa percutian mereka terasa enak!"

Olahan rempah ke dalam masakan Grenada telah menghasilkan profil makanan kebangsaan yang mantap dan penuh berperisa secara keseluruhan.  Daripada restoran mewah hinggalah kepada restoran santai tepi pantai serta makanan jalanan, tidak dapat dinafikan bahawa warga Grenada mempunyai citarasa dan bakat dalam menghasilkan makanan yang lazat.  Pulau-pulau ini amat sempurna untuk dinobatkan sebagai Culinary Capital kerana ia mempunyai pelbagai aset kulinari unik yang boleh ditampilkan. Contohnya termasuk tradisi saraka, hidangan 'bersantan' negara, coklat, ais krim buah pala, rum buatan tangan dan sudah tentu rempah ratus pulau ini yang mempunyai pelbagai kegunaan – untuk makanan dan juga untuk tujuan perubatan dan kesihatan.

Oleh kerana budaya kulinari Grenada yang unik ini telah diiktiraf secara rasmi, GTA bersedia untuk memasarkan destinasi ini kepada "pelancong yang meminati makanan" dan membangunkan lagi tawaran pelancongan berasaskan makanan pulau tersebut serta menyerlahkan Grenada sebagai destinasi pelancongan para pengguna yang mengembara untuk menikmati makanan dan minuman yang unik dan menjadi kenangan.

Erik Wolf, Pengarah Eksekutif World Food Travel Association, iaitu sebuah badan berkuasa yang terkemuka di dunia dalam industri pelancongan berasaskan makanan dan minuman berkata, "Destinasi yang lebih kecil seperti Grenada memerlukan kelebihan daya saing dari segala segi dan itulah yang disediakan oleh Culinary Capital. Para pelancong yang arif dan amat menggemari makanan sedang menambahkan destinasi seperti Grenada ke dalam senarai destinasi impian mereka sekarang serta tidak sabar untuk memulakan semula perjalanan mereka."

Program Culinary Capital memberikan akreditasi kepada destinasi yang layak melalui suatu proses permohonan yang ketat. Program ini adalah lebih daripada sekadar memperoleh pengiktirafan. Destinasi yang berjaya turut menerima sokongan dari segi pemasaran dan strategi untuk tahun akan datang, sambil mereka menggunakan pengiktirafan baharu ini dalam usaha memasarkan destinasi mereka dengan baik. Dan untuk pelancong yang meminati makanan dan minuman, gelaran Culinary Capital memberikan mereka pilihan baharu dalam senarai destinasi yang kurang dikunjungi yang sekarang ini dicari-cari oleh para pengembara ketika pascapandemik.

Destinasi yang berminat boleh menghubungi WFTA untuk menjadi Culinary Capital yang mempunyai akreditasi.

TENTANG GRENADA  Grenada terdiri daripada tiga buah pulau di dalam satu destinasi unik yang terletak di wilayah paling selatan di Caribbean. Dengan 50 destinasi pantai pasir putih bertaraf dunia, 15 air terjun yang menakjubkan, denai pendakian yang terlalu banyak dan 60 buah lokasi menyelam yang tidak dapat dilupakan termasuk rangka kapal karam terbesar di Caribbean dan Taman Arca Bawah Laut pertama di dunia disertai dengan hospitaliti yang ceria, mesra dan ramah yang tiada tandingan, setiap pengunjung pasti menikmati pengalaman luar biasa Grenada Asli.

TENTANG WORLD FOOD TRAVEL ASSOCIATION  (WFTA)

WFTA ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Erik Wolf, Pengarah Eksekutif semasanya. Ia diiktiraf sebagai badan berkuasa yang terkemuka di dunia dalam industri pelancongan makanan dan minuman (atau dikenali sebagai pelancongan kulinari dan pelancongan gastronomi). Misi WFTA adalah untuk memelihara dan mempromosikan budaya kulinari melalui hospitaliti dan pelancongan. Setiap tahun, organisasi ini menyediakan program dan perkhidmatan profesional kepada 200,000 orang profesional di lebih 150 buah negara.

Hubungan Media:  Erik Wolf (+44) 7827 582 554 help@worldfoodtravel.org

 

Source: World Food Travel Association
Keywords: Beverages Food/Beverages Travel New products/services