SYDNEY, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney Tahunan Ke-5 (24 Mei – 10 Jun) dibuka secara rasminya malam ini dengan Rumah Opera ikonik Sydney dilimpahi pesta cahaya pemetaan 3D penuh warna, aksi dan kesenian bertaraf dunia yang menawan hasil karya pengguna inovasi kreatif Australia The Spinifex Group.
Untuk menonton bahan multimedia berkaitan dengan siaran ini, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/61771-vivid-sydney-festival-2013
(Video akan disiarkan secara langsung pada tengah malam waktu Sydney (25 Mei).)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130524/MM19229 )
Festival cahaya, muzik dan idea terbesar di Hemisfera Selatan, Vivid Sydney mempersembahkan pemasangan cahaya di keliling pesisiran bawah pelabuhan, pertunjukan muzik secara langsung di Rumah Opera Sydney, dan lebih 120 acara industri kreatif.
Dibangunkan oleh Destination NSW sebagai sebahagian daripada agenda pelancongan dan acara baharu Kerajaan NSW, Vivid Sydney dijangka dapat menarik seramai lebih 550,000 pengunjung pada tahun 2013.
Tahun ini, Vivid Light mengganda tiga keluasan kawasan pesisiran bawah pelabuhan yang dikhususkan untuk persembahan cahaya, dengan satu pertiga daripada artis antarabangsa termasuk dari AS, Jerman, Itali, Greece, Malaysia, Korea, Poland, Brazil dan New Zealand.
Sebagai acara pertama seumpamanya di dunia, Harbour Bridge yang terkenal di Sydney bakal dihidupkan dengan persembahan cahaya boleh program yang interaktif di sebelah barat jambatan itu, dikawal oleh orang awam daripada sebuah skrin sentuh interaktif, dengan kolaborasi Intel dan 32 Hundred Lighting Sydney.
Dalam sebuah lagi acara pertama seumpamanya di dunia, Vivid Sydney kini juga diadakan di Darling Harbour yang terkenal, dengan air pancutan yang menakjubkan, persembahan tayangan skrin air dan pertunjukan cahaya dan air yang mengagumkan, oleh Aquatique Show International yang terkemuka dari Perancis.
Vivid LIVE di Rumah Opera Sydney, sebahagian daripada program muzik Vivid Sydney, dibuka dengan persembahan daripada lagenda soul R&B Bobby Womack, serta perintis muzik elektronik Kraftwerk, yang membuat persembahan pembukaan pada malam pertama daripada empat malam persembahan hebat siri retrospektif mereka yang juga laris dipersembahkan di MoMA New York dan TATE Modern di London.
Vivid Ideas, diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 festival idea utama di dunia oleh akhbar Guardian di UK, membawa para pemimpin kreatif dan pemikiran antarabangsa terutama di dunia ke Sydney dalam 120 acara-acara perniagaan industri kreatif.
Antara yang bakal menjadi tumpuan adalah bual bicara dan acara eksklusif Australia dengan artis visual dan ikon pujaan David Shrigley (UK), usahawan pakaian santai Johnny Cupcakes (USA), pencerita dan artis digital Jonathan Harris (USA), Ketua Pegawai Kreatif IDEO Paul Bennett (USA) dan pereka produk revolusioner Jane Chen (USA/India).
Gambar pegun, video dan gambar selang masa yang sentiasa dikemas kini boleh didapati di: http://www.vividsydney.com/media-centre/
Program Vivid Sydney boleh didapati di http://vividsydney.com/
HUBUNGI:
Sarah Hawthorne, Avviso PR
+61-410-633-390
sarahh@avviso.com.au