omniture

IDBI Intech Ltd., syarikat transformasi Perbankan Digital terkemuka di India mengumumkan kerjasama dengan Lemon Advisors UK Ltd. untuk berkembang ke Asia Tenggara, Jepun, Australia, UK & EU

IDBI Intech Ltd.
2021-06-30 09:30 37

MUMBAI, India, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat Transformasi Teknologi Perbankan Digital terkemuka di India, IDBI Intech Ltd. mengumumkan kerjasama strategik dengan salah sebuah firma penasihat teknologi terbaik di UK iaitu Lemon Advisors UK Ltd. untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan Teknologi Kewangan (Fintech) mereka bagi Sektor Perkhidmatan Kewangan & Perbankan ke pasaran global yang baharu. Antara beberapa teknologi global standard yang ditawarkan oleh IDBI Intech termasuk Memerangi jenayah Kewangan, Transformasi Pembayaran, Pengalaman Pelanggan Digital dan Penyepaduan Teknologi Digital serta banyak lagi.

Tawaran "Pematuhan sebagai perkhidmatan" IDBI Intech menangani perubahan progresif dalam ekosistem tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan di seluruh dunia.

Mengakui kepentingan kerjasama ini, Encik Surajit Roy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif IDBI Intech berkata, "Adalah dianggarkan bahawa perbelanjaan global oleh institusi kewangan terhadap pematuhan kawal selia diunjurkan akan meningkat pada kadar 21% kepada lebih AS $5.6 bilion menjelang tahun 2024 dan 75% daripada perbelanjaan ini akan digunakan untuk pengesanan dan pencegahan jenayah kewangan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Lemon Advisors dan membawa penyelesaian kami ke pasaran global baharu."

 Kerjasama ini akan membantu IDBI Intech mengakses pasaran global yang disasarkan untuk memanfaatkan jangkauan signifikan yang diberikan oleh Lemon Advisors di seluruh pelosok Asia Tenggara, Jepun, Australia, UK & Rantau EU. 

Encik Subhash R. Ghosh, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lemon Advisors UK berkata, "IDBI Intech Ltd. serta rangkaian produk inovatifnya dalam bidang Pembayaran dan Jenayah Kewangan yang memanfaatkan AI dan ML telah memperoleh pengiktirafan dan kejayaan yang signifikan. Ia bermatlamat untuk membangunkan portfolio yang menguntungkan bagi hasil global mereka selama 18-24 bulan akan datang daripada rantau-rantau ini. Kami di Lemon Advisors UK amat berbangga menjadi rakan Penasihat mereka."

IDBI Intech Ltd. yang berpangkalan di Mumbai, India ialah sebuah syarikat IT Teknologi Kewangan Digital yang mengkhusus dalam transformasi perniagaan dalam bidang Perkhidmatan Kewangan Perbankan dan Insurans. Ia merupakan sebahagian daripada IDBI Bank iaitu bank perdagangan universal terkemuka di India. 

www.idbiintech.com

Lemon Advisors UK Ltd. ialah sebuah firma penasihat teknologi terkemuka yang berpangkalan di London dan memfokus kepada Teknologi Kewangan, Teknologi Angkasa & Penerbangan, Teknologi Kesihatan sebagai teras industri serta menawarkan perkhidmatan Pemindahan Teknologi, Pemindahan Pengetahuan dan Perlindungan IP di lebih 38 buah negara. 

www.lemonadvisors.co.uk

Sila hubungi:
IDBI Intech Ltd.
business.solution@idbiintech.com
+91 85919 11911

Lemon Advisors UK Ltd.
info@lemon-group.biz
+44 20 3289 8562

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1553352/IDBI_Intech_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: IDBI Intech Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Licensing/marketing agreements Financial Technology