omniture

LyondellBasell mengumumkan pengambilalihan PolyPacific Polymers Sdn. Bhd. Di Malaysia

LyondellBasell Industries
2021-06-30 15:00 26

HOUSTON and HONG KONG, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB), salah satu syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan telah memiliki 100 peratus PolyPacific Polymers Sdn. Bhd. (PPM) di Pelabuhan Klang, Malaysia.

PPM adalah syarikat pembuatan 25kt yang menghasilkan kompaun Polyolefin diperkuatkan dan diubahsuai.

Setelah menyelesaikan pengambilalihan, fasiliti tersebut akan mendapat penjenamaan semula dan pertukaran nama, dan pekerjanya akan menjadi pekerja LyondellBasell. PPM akan terus menghasilkan dan membekalkan produk perniagaan yang berterusan kepada pelanggannya.

"Kami mengagumi PolyPacific Pty. Ltd untuk perniagaan dan reputasi yang  mereka wujudkan selama empat dekad terakhir, dan berharap mereka juga terus menjalankan perniagaan pengkompaunan Australia mereka di Melbourne. Kami gembira dapat meraih nilai PPM dalam jejak APS Asia kami" kata Jim Guilfoyle, Naib Presiden Eksekutif, Advanced Polymer Solutions and Supply Chain, LyondellBasell. "Kami mengalu-alukan pekerja baru ke keluarga LyondellBasell."

Bersama dengan pengambilalihan itu, LyondellBasell akan keluar dari PolyPacific, usaha sama 50:50, yang akan menjadi 100 peratus dimiliki oleh Mirlex Pty Ltd.  "Kita memandang ke masa depan untuk menjadi syarikat kompounder Australia sepenuhnya." kata Lindsey Hogg yang akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. "Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada pekerja-pekerja di PPM yang setia dan dipercayai, bersama masa depan yang cemerlang di LyondellBasell."

Mengenai LyondellBasell 
LyondellBasell (NYSE: LYB) adalah salah satu syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Dipacu oleh pekerja-pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang menjadi kunci untuk memajukan penyelesaian kepada cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan ringan dan fleksibel, melindungi kesucian bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan lebih serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api dalam kenderaan dan trak di jalan raya , dan memastikan kefungsian yang selamat dan berkesan dalam elektronik dan peralatan. LyondellBasell menjual produknya ke lebih 100 negara dan merupakan pengeluar terbesar kompaun polypropylene dan pengeluar berlesen terbesar teknologi polyeolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell dinobatkan dalam senarai Majalah FORTUNE sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lebih lanjut mengenai LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Oil/Energy Paper/Forest Products/Containers Utilities