omniture

Suruhanjaya Bersama Antarabangsa menerbitkan Standard Akreditasi Antarabangsa edisi keempat untuk Makmal

Joint Commission International
2021-07-01 08:00 40

Standard dan polisi di dalam edisi terkini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 

OAK BROOK, Illinois, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) hari ini menerbitkan Edisi Keempat Standard Akreditasi Antarabangsa untuk Makmal, Suruhanjaya Bersama Antarabangsa. Manual ini menggariskan keperluan makmal di luar Amerika Syarikat untuk menangani keselamatan pesakit dan peningkatan kualiti yang berterusan. Standard dan polisi di dalam edisi terkini ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022

Standard JCI merupakan asas kepada akreditasi makmal di seluruh dunia. Standard ini mentakrifkan jangkaan prestasi, struktur dan fungsi yang mesti ada untuk mencapai akreditasi JCI. Ia memberi tumpuan kepada penyertaan akreditasi, penjagaan berpusatkan pesakit, pengurusan organisasi dan kawalan kualiti makmal.

"Standard makmal JCI adalah mantap dan menekankan keselamatan serta kualiti penjagaan pesakit," kata Joel Roos, MD, MBA, MHCDS, CPE, Naib Presiden Akreditasi Antarabangsa, Peningkatan Kualiti dan Keselamatan, Suruhanjaya Bersama Antarabangsa. "Organisasi penjagaan kesihatan akan turut mendapati bahawa standard makmal kami selaras dengan polisi ISO 15189 dan juga standard tambahan yang menekankan penjagaan berpusatkan pesakit."

Edisi keempat ini memperkenalkan bab baharu tentang Peningkatan Kualiti dan Keselamatan Pesakit (QPS) serta Pencegahan dan Kawalan Jangkitan (PCI) pada bahagian manual pengurusan organisasi makmal. Ia turut mengembangkan bab tentang Proses Kawalan Kualiti (QCP) untuk diselaraskan dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan makmal termasuk keperluan makmal khusus yang berlainan seperti:

  • Histopatologi
  • Imunohistokimia
  • Patologi beranatomi
  • Kehistoserasian
  • Kaedah molekul

Selain itu, manual yang dikemas kini ini juga merangkumi keperluan unik dan khusus untuk makmal kesuburan in vitro (IVF) dan banyak lagi. Sebagai sebahagian daripada kemas kini ini, JCI menyelaraskan keperluan dengan organisasi berasaskan makmal di seluruh dunia seperti Clinical and Laboratory Standards Institute (CLSI), American Society for Microbiology (ASM), AABB, American Society for Reproductive Medicine (ASRM) dan lain-lain. 

Lintasan ke Organisasi Antarabangsa untuk Penyeragaman (ISO) 15189: Makmal Perubatan - Keperluan Kualiti dan Kecekapan dimasukkan ke dalam edisi keempat ini berserta pengenalan yang berfungsi sebagai panduan pengguna, ringkasan prosedur dan polisi akreditasi JCI, glosari terma utama yang komprehensif serta indeks yang terperinci.

Manual edisi ke-4 ini diberikan percuma kepada pelanggan makmal akreditasi JCI melalui JCI Direct Connect dan tersedia untuk pembelian. Untuk maklumat lanjut tentang akreditasi dan standard makmal JCI, sila layari laman web JCI.

Tentang Suruhanjaya Bersama Antarabangsa
Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai satu bahagian daripada Joint Commission Resources, Inc. (JCR), sebuah gabungan tidak berasaskan keuntungan yang dikawal sepenuhnya oleh Suruhanjaya Bersama (Joint Commission). Melalui akreditasi dan pensijilan antarabangsa, khidmat nasihat, penerbitan dan program pendidikan, JCI memperluas misi Suruhanjaya Bersama di seluruh dunia dengan membantu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. JCI bekerjasama dengan organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan dan lain-lain di lebih 100 buah negara. Sila layari www.jointcommissioninternational.org untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media: 
Maureen Lyons
Komunikasi Korporat
(630) 792-5171
mlyons@jointcommission.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/118169/joint_commission_international_logo.jpg?p=medium600

Source: Joint Commission International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service New products/services Not for profit