omniture

Mobileum Bekerjasama dengan GSMA dalam Pelancaran Rangkaian Perniagaan Telekomunikasi berasaskan Rantaian Blok

Mobileum
2021-07-01 15:00 24

Penyelesaian rantaian blok mengautomasi dan mengubah proses penyelesaian dan pelunasan perayauan secara pukal

CUPERTINO, California, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dilantik oleh GSMA untuk mengendalikan Rangkaian e-Perniagaan GSMA yang baru diumumkan. GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia yang menyatukan lebih 750 pengendali dengan hampir 400 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas. Hasrat GSMA adalah untuk mewujudkan kesalinghubungan antara pengendali di seluruh dunia dengan memupuk persekitaran berbilang pihak, berbilang vendor dan agnostik lejar.  Rangkaian rantaian blok seluruh industri bergred komersial baharu ini akan menyediakan pengendali mudah alih dengan antara muka tunggal kepada satu set perkhidmatan perayauan pukal yang komprehensif sekali gus meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos, mengurangkan ralat dan pertikaian serta meningkatkan kerjasama dan inovasi industri secara keseluruhan.

Perundingan, pengurusan dan penyesuaian perjanjian antara pengendali sentiasa menjadi cabaran bagi perkhidmatan perayauan mudah alih antarabangsa, terutama untuk memastikan penyelesaian dan pelunasan transaksi antarabangsa yang tepat dalam kalangan rangkaian rakan kongsi perayauan yang kompleks. Apabila rangkaian 5G berkembang, perayauan tidak dihadkan kepada pengendali rangkaian dan ini mendorong kepada hubungan baharu antara pengendali dengan rangkaian perusahaan swasta. Oleh kerana itu, pengendali mudah alih memerlukan ketelusan, ketepatan dan keselamatan yang lebih tinggi dalam semua transaksi perayauan antarabangsa mereka dan proses yang mendasarinya daripada penilaian dan penetapan caj hingga kepada penyelesaian dan pelunasan.

John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA mengulas:

"Memanfaatkan rantaian blok untuk mengautomasi proses dan mengurangkan ketidakcekapan dalam ekosistem perayauan merupakan langkah penting untuk mengukuhkan ekosistem mudah alih global dan meningkatkan kesalinghubungan antara pengendali. Perkhidmatan ini saling berkait kerana 5G dan IoT akan mengubah landskap perayauan pukal sedia ada dan mewujudkan kerumitan kendalian baharu yang hanya boleh ditangani dengan mekanisme kerjasama yang lebih kukuh serta automasi yang dipertingkatkan."

Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum mengulas:

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan GSMA untuk membantu pengendali mudah alih meningkatkan keupayaan pengurusan perayauan pukal mereka dan mengurangkan cabaran yang dikaitkan dengan penyelesaian dan pelunasan perayauan. Pembangunan rantaian blok benar-benar membawakan perubahan permainan ke dalam skop ini dengan menyediakan satu sumber yang benar sekali gus membolehkan pengendali memberi tumpuan kepada segala usaha memacu pertumbuhan hasil perayauan berbanding masa yang hilang dalam menguruskan pertikaian dan membetulkan kesilapan."

Untuk maklumat lanjut tentang cara Mobileum memperkasakan rantaian pukal dengan rantaian blok, sila layari: www.gsma.com/roamingservices

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian berasaskan analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Dubai, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures New products/services Data Analytics Financial Technology