omniture

Dibina pada VeChainThor, VeTrust Kini Diguna Pakai oleh Kerajaan Tempatan China, Membantu Lebih 300,000 Warganegara Kembali kepada Keadaan Normal

VeChain
2021-07-01 18:30 25

SHANGHAI, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 9 September 2020, semasa kesan pandemik COVID-19 sedang berterusan, VeChain yang bekerjasama dengan DNV telah memperkenalkan aplikasi penilaian risiko kendiri berasaskan rantaian blok iaitu VeTrust. Dibina pada rantaian blok awam VeChainThor, ia menggabungkan kaedah pengurusan risiko jangkitan DNV dengan rekod prestasi yang menyediakan piawaian pematuhan yang diiktiraf di seluruh dunia bagi membantu entiti menguruskan faktor risiko COVID-19. Susulan penerimagunaan VeTrust oleh hotel seperti InterContinental Hongqiao NECC, ia sentiasa memperluas kehadirannya dan membangunkan senario penggunaan baharu di pelbagai sektor industri di China. Pada masa ini, lebih 200 kawasan awam telah menyertai platform VeTrust. 

VeTrust among the Top 10 blockchain applications (bottom-left)
VeTrust among the Top 10 blockchain applications (bottom-left)

Pada 22 Jun 2021, semasa suatu acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Daerah Baharu Suzhou, VeTrust telah dipaparkan sebagai salah satu daripada 10 aplikasi rantaian blok Terbaik dan diperakui secara rasmi oleh para pegawai tertingginya.

Dalam usaha mencapai pengurusan risiko COVID-19 dari atas ke bawah yang lebih berkesan, kerajaan tempatan telah menggunakan platform VeTrust untuk memperlihatkan proses pengurusan risiko jangkitan bagi semua kawasan pentadbiran di daerah ini. Ia meliputi sejumlah 95 komuniti kediaman dan lebih 300,000 penduduk (setakat tahun 2021) dengan bukti pematuhan kesihatan bebas kepercayaan dan tidak berubah yang dikongsi dengan pihak kerajaan setiap hari secara selamat.

VeTrust menyediakan rangka kerja yang berpiawai untuk penilaian kendiri dalam pengurusan risiko jangkitan sekali gus membantu para pegawai komuniti dalam tugas-tugas pengurusan mereka. Tahap kesediaan komuniti tertentu akan dinilai mengikut kiraan wajar yang dipaparkan secara visual sebagai kod QR (Hijau — Kepatuhan, Kuning — Kesediaan, Merah — Ketidakpatuhan). Melalui papan pemuka VeTrust, pegawai awam lain seperti pasukan pentadbiran juga boleh mengakses data berkaitan pelaksanaan standard pengurusan risiko jangkitan dengan mudah, lancar dan serta-merta serta mengesahkan bahawa kesihatan dan keselamatan komuniti penduduk dikekalkan.

Dengan menggunakan rantaian blok awam VeChainThor yang selamat dan boleh diskala, model aplikasi VeTrust yang menggabungkan rantaian blok dengan pentadbiran kawal selia, mampu menjamin tahap kesihatan dan keselamatan yang lebih tinggi serta persekitaran kehidupan yang lebih baik dan lebih selamat bagi komuniti penduduk sekali gus meningkatkan rasa selamat, mengurangkan risiko epidemik dan memperbaiki kualiti kehidupan.

Masa Depan yang Cerah 

Ketika dunia terus membangunkan 'bandar pintar', aplikasi seperti VeTrust pula mewujudkan sebuah persekitaran teknologi yang terbuka dan lebih berpotensi bagi penerimaan dan penggunaan rantaian blok. Sebagai lapisan kepercayaan yang kritikal bagi data, rantaian blok berkuasa mengubah cara masyarakat beroperasi dengan menghapuskan perantara dan penipuan daripada sejumlah besar data yang dicipta setiap hari. Potensi data yang tidak berpusat dan tidak berubah ini adalah julung-julung kali dilaksanakan dan menjanjikan perubahan serta inovasi pada skala yang tidak pernah disaksikan sejak kewujudan Internet.

VeTrust semakin membuktikan bahawa rantaian blok bukan sekadar teknologi yang spekulatif, teori dan abstrak. Penerimaan dan penggunaan sebenar VeTrust oleh kerajaan tempatan di Suzhou menunjukkan potensi rantaian blok sebagai aset teknologi yang hebat dan dengan proksi, ia menunjukkan kepada dunia bahawa rantaian blok VeChainThor selamat, boleh diskala dan sedia untuk diguna pakai sebagai lapisan aplikasi komersial.

Dengan pembangunan selama bertahun-tahun dalam pelbagai industri utama, VeChain terus membuktikan bahawa ia akan membantu menerajui revolusi rantaian blok awam dan memanfaatkan penggunaan teknologi tersebut di seluruh dunia secara besar-besaran.

Tentang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain Technology merupakan sebuah syarikat rantaian blok mesra perusahaan yang terkemuka di peringkat global dengan matlamatnya untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia nyata melalui penyelesaian didayakan rantaian blok yang bersesuaian yang disediakan untuk memenuhi keperluan perniagaan para pengusaha.

Ia menawarkan VeChain ToolChain™, suatu platform Perisian sebagai Perkhidmatan berasaskan rantaian blok berkod rendah yang membolehkan pelanggan perusahaan membina dan memacu transformasi digital pada skala global dengan pantas seterusnya mendayakan evolusi ekosistem yang bebas kepercayaan dan teragih.

VeChain Technology merupakan perintis aplikasi rantaian blok dunia nyata dengan pejabat antarabangsa yang terletak di China, Singapura, Luxembourg, Jepun, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. Dengan keupayaan pembangunan tersendiri yang kukuh yang digabungkan dengan bimbingan pematuhan profesional daripada rakan kongsi strategik kami, PwC dan DNV, VeChain telah menjalinkan kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka dalam pelbagai industri termasuk Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, PICC, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan lain-lain. Laman web: www.vechain.com 

The VeTrust Dashboard Visualiser Used by Local Government
The VeTrust Dashboard Visualiser Used by Local Government

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1554801/vechain.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1554802/vechain1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738221/VeChain_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Expansion Blockchain