omniture

Program Perlesenan One-Blue untuk Cakera Blu-ray Disc™ Ambil Tindakan Pelanggaran Paten Terhadap Imation Corporation

One-Blue, LLC
2013-05-28 21:11 120

NEW YORK, 28 Mei 2013 /PRNewswire/ -- One-Blue, LLC, kedai sehenti untuk lesen paten daripada pembekal utama teknologi Blu-ray Disc™, hari ini mengumumkan bahawa One-Blue dan pemilik paten One-Blue tertentu telah memfailkan saman terhadap Imation Corp. (NYSE:IMN) kerana melanggar  paten yang penting untuk mengilang produk Blu-ray Disc™.

Aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Delaware, mendakwa bahawa Imation Corp., penjual produk Blu-ray Disc™ di bawah jenama Imation, TDK dan Memorex, telah melanggar enam (6) paten AS: 7,290,272; 7,389,520; 7,292,509; 7,123,567; 7,349,309; dan 7,158,472. Paten-paten ini terkandung dalam portfolio yang ditawarkan oleh program perlesenan One-Blue.

"Kumpulan paten One-Blue memberikan syarikat mekanisma yang adil dan menjimatkan kos untuk mendapatkan lesen produk Blu-ray Disc™," kata En. William J. Lenihan,Pengarah Perlesenan IP,One-Blue. "Kami memfailkan saman pelanggaran paten ini untuk mengekalkan keadaan yang saksama bagi ahli kumpulan pemberi lesen  dan pemegang lesen paten One-Blue yang mengilangkan produk Blu-ray Disc™. Kami mempunyai tanggungjawab untuk  memastikan bahawa semua syarikat yang menjual produk Blu-ray Disc™ menghormati paten-paten penting dalam kumpulan One-Blue."

Mengenai One-Blue

One-Blue, LLC, merupakan kedai sehenti untuk paten penting dalam standard Blu-ray Disc™ daripada pelesen utama, termasuk Cyberlink, Dell, Fujitsu, Hewlett-Packard, Hitachi Consumer Electronics, JVC Kenwood, LG Electronics, Panasonic, Pioneer, Philips, Samsung, Sharp, Sony, Taiyo Yuden danYamaha. Lima belas pemberi lesen ini telah memberikan lebih sepuluh ribu paten produk Blu-ray Disc™ yang penting di seluruh dunia untuk melaksanakan standard Blu-Ray, DVD dan CD. One-Blue menawarkan lesen untuk paten-paten ini bagi pelbagai produk Blu-ray Disc™ termasuk pemain, perakam, pemacu main balik, pemacu rakaman, perisian, PC, cakera siap rakam, dan cakera boleh rakam. One-Blue bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang saksama dan menggalakkan kesamaan kompetitif bagi pemegang lesen One-Blue. Kumpulan paten One-Blue terbina atas amalan terbaik industri dengan royalti menarik, kos transaksi rendah dan proses perolehan lesen paten yang mudah dan diperkemas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengumuman ini, sila hubungi:

En. William J. Lenihan
Pengarah Perlesenan IP
One-Blue, LLC
555 Madison Avenue
New York, NY 10022
(212) 223-4685

Hubungi:


Andrew MacLellan        

 Ashley Teitelbaum

617-897-8270         

 212-223-3190

andrew.maclellan@porternovelli.com

 ashley.teitelbaum@one-blue.com

    

   

Source: One-Blue, LLC
Related Stocks:
NYSE:IMN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Legal issues Patent Law